Top posts

Featured Posts

PAN batal hasrat bergabung dengan GSB pimpinan Dr Jeffrey Kitingan

Borneo Herald 
7.25PM MYT, 22-10-2025


Oleh Jayden Lisandu
KOTA KINABALU : Gabungan yang mulanya diwar-warkan antara Star, SAPP dengan Parti Kerjasama Anak Negeri (PAN) akhirnya tidak menjadi.

Menurut mereka yang mengetahui hal itu, PAN tidak meneruskan hasrat bergabung dengan Gabungan Sabah Bersatu (GSB) apabila hasrat meletak lebih ramai calon PAN bercanggah dengan kehendak GSB.

"Macamana mahu gabung? GSB tidak beri laluan PAN tanding lebih banyak kerusi sedangkan PAN sudah bergabung dengan barisan bebas yang menamakan diri Gemilang Sabah (GS)," kata seorang sumber.

Menurut seorang lain, PAN dan GS dijadual meletak 55 orang calon pada PRN17 ini di mana dikatakan 17 calon adalah dari PAN.

Pewujudan GSB diumumkan beberapa hari lalu oleh presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga menyatakan keinginannya mempelawa parti-parti lokal.

Bagaimanapun setakat ini belum ada parti yang jelas berminat.

Presiden PAN ialah Datuk Henrynus Amin manakala presiden SAPP ialah Datuk Yong Teck Lee.#~Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog