Top posts

Featured Posts

Belanjawan 2026: Rakyat sangsi ia akan menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar Sabah


                              Saibin Gunsari

Oleh Saibin Gunsari, 11/10/2025
BELANJAWAN negara 2026 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat (10-10-2025) dengan belanjawan mengurus sebanyak RM338.2 billion, belanjawan pembangunan sebanyak RM81 bilion, pelaburan awam-swasta sebanyak RM10 billion dan belanjawan pelaburan badan berkanun persekutuan (MKD) sebanyak RM10.8 bilion. 

Sabah dan Sarawak menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2026 tersebut.

Namun, adakah agihan belanjawan itu akan menyelasaikan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan  isu keadilan sosial?

Kawasan Kiulu memerlukan perkara-perkara berikut jika inginkan kemajuan :

1. Bekalan elektrik yang stabil
2. Bekalan air bersih terawat
3. Pembinaan dan penyelanggaraan jalan raya dan jalan pertanian 
4. Pembinaan sekolah menengah (Kiulu satu-satunya daerah di Tuaran yang hanya mempunyai sebuah sekolah menengah dengan keluasan yang begitu besar dan mencabar)
5. Mengatasi pengangguran belia 
6. Pembinaan dan penyelanggaraan infrastruktur
7. Keperluan golongan rentan 
8. Pemilikan geran tanah
9. Pembinaan dan pengurusan pusat pengumpulan, pengredan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian penduduk.
10. Pembinaan pusat latihan kemahiran belia dan wanita.

Ini semua memerlukan peruntukan belanjawan pembangunan dan belanjawan mengurus. Namun begitu, berdasarkan keperluan di atas, sepatutnya peruntukan belanjawan luar bandar lebih memerlukan belanjawan pembangunan berbanding dengan belanjawan mengurus. 

Peruntukan untuk belanjawan pelaburan GLC, awam dan swasta serta MKD juga perlu mengambilkira kawasan atau lokaliti selain daripada aspek peluang pekerjaan dan pendapatan negara hasil pelaburan tersebut. 

Penghijrahan belia Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan dari luar bandar ke bandar perlu dilihat sebagai masalah ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah serta ketidakadilan sosial.

Dengan kata lain, belanjawan 2026 perlu mengkaji semula keperluan perbelanjaan pembangunan terutama di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak. Pelaburan daripada belanjawan tersebut juga perlu mengambilkira pelaburan ke Sabah dan Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

Rakyat Kiulu perlu tahu, perlu sedar.


Saibin Gunsari ialah seorang bekas pengetua sekolah menengah, dan kini Penyelaras Parti Warisan bagi DUN Kiulu di Tuaran.#~Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog