By Jayden Linsadu, 5-10-2025
PAPAR : A Sabahan social and economic activist today dismissed the statement by Deputy Economy Minister Datuk Hanifah Hajar Taib, who projected that Sabah would record 5.8% annual economic growth under the 13th Malaysia Plan (13MP), calling it yet another recycled promise ahead of the coming state election.
Roger Amandus said Hanifah’s projection reflects the same political rhetoric repeated under every Malaysia Plan — from the 9MP to the 12MP — while Sabah continues to rank among the poorest states in Malaysia.
“Every five years, Sabahans are told that the next Malaysia Plan will transform the state. Yet, the people still face poor roads, unreliable electricity, water shortages, and weak internet coverage.
"Promises of digitalisation, blue economy and downstream industries mean nothing when basic needs remain unmet,” Amandus said.
He pointed out these projections are meaningless without addressing the fundamental issue — the Federal Government’s failure to restore Sabah’s 40% net revenue entitlement under Articles 112C and 112D of the Federal Constitution.
“As long as Sabah is denied its rightful share of revenue, no plan or projection can deliver real progress.
"Genuine development requires fiscal autonomy, not dependence on federal handouts and token allocation," he further said.
Amandus who is from Papar also said that Hanifah’s admission — that infrastructure in other states is far more complete than Sabah’s — is a clear acknowledgment of decades of federal neglect.
“It’s ironic for a Federal deputy minister from Sarawak to admit Sabah’s lack of basic facilities while the same government has been in power and ruled Sabah and Sarawak for over 60 years.
"If the federal administration truly cared about equitable development, it would prioritise infrastructure, connectivity, and jobs — not just issue projections ahead of an election," he said.
The “Jelajah Jalinan Borneo” programme is another political roadshow aimed at creating the illusion of progress, he stressed.
“Sabahans have heard enough promises. What we need now are leaders with integrity, discipline, and courage to deliver — not more slogans every election season," he added.
Versi Bahasa Malaysia :
Unjuran 13MP Hanya Gimik Pra-Pilihan Raya — Rakyat Sabah Mahukan Keberhasilan Sebenar, Bukan Janji Kosong
Kota Kinabalu — Roger Amandus, seorang Aktivis Sosial dan Ekonomi hari ini menolak kenyataan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, yang meramalkan Sabah akan mencatat pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 5.8% di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sambil menyifatkannya sebagai satu lagi janji kitar semula menjelang pilihan raya negeri akan datang.
Unjuran Datuk Hanifah mencerminkan retorik politik sama yang telah diulang dalam setiap Rancangan Malaysia — dari RMK9 hingga RMK12 — sedangkan Sabah masih kekal antara negeri termiskin di Malaysia.
“Setiap lima tahun, rakyat Sabah dijanjikan bahawa Rancangan Malaysia yang seterusnya akan mengubah negeri ini. Namun sehingga hari ini, rakyat masih berdepan jalan raya yang teruk, bekalan elektrik tidak stabil, kekurangan air, dan liputan internet yang lemah. Janji tentang pendigitalan, ekonomi biru, dan industri hiliran tidak bermakna apa-apa apabila keperluan asas pun gagal dipenuhi,” kata Roger.
Beliau menegaskan lagi bahawa unjuran sebegini tidak membawa makna sekiranya isu asas tidak diselesaikan — iaitu kegagalan Kerajaan Persekutuan memulihkan hak Sabah terhadap 40% hasil bersih yang dikutip daripada negeri ini sebagaimana termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
“Selagi Sabah dinafikan hak hasilnya sendiri, tiada pelan atau unjuran yang mampu membawa kemajuan sebenar. Pembangunan tulen memerlukan autonomi fiskal, bukan kebergantungan kepada bantuan dan peruntukan token daripada Kerajaan Persekutuan,” tegasnya.
Roger turut menyatakan bahawa pengakuan Datuk Hanifah — bahawa infrastruktur di negeri-negeri lain jauh lebih lengkap berbanding Sabah — merupakan pengiktirafan jelas terhadap puluhan tahun pengabaian oleh kerajaan pusat.
“Amat ironik apabila seorang Timbalan Menteri mengakui kekurangan asas di Sabah sedangkan kerajaan yang sama telah memerintah selama bertahun-tahun. Jika kerajaan persekutuan benar-benar prihatin terhadap pembangunan seimbang, mereka sepatutnya memberi keutamaan kepada infrastruktur, jaringan pengangkutan, dan peluang pekerjaan — bukan sekadar mengeluarkan unjuran menjelang pilihan raya,” katanya lagi.
Program ‘Jelajah Jalinan Borneo’ pula tidak lebih daripada satu lagi jelajah politik yang bertujuan mencipta ilusi kemajuan.
“Rakyat Sabah sudah muak dengan janji-janji kosong. Apa yang kita perlukan sekarang ialah pemimpin yang berintegriti, berdisiplin, dan berani melaksanakan tanggungjawab — bukan sekadar slogan baharu setiap musim pilihan raya,” tambah beliau.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment