By Daniel John Jambun, 12-10-2025
KOTA KINABALU : Following its earlier calls for Parti Warisan to champion Good Governance, the establishment of a Sabah Land Tribunal, and the Reform of the Native Court System, the Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) today adds another key proposal for inclusion in Warisan’s upcoming election manifesto — the launch of a Momogun Agropreneur Programme to revive the rural economy and empower the Momogun (indigenous) communities.
> “The interior districts — from Tambunan to Keningau, Pensiangan to Ranau — have long been sidelined despite being the backbone of Sabah’s agricultural potential. It is time to transform these regions from subsistence economies into dynamic agro-industrial zones led by the native people themselves,” CAMOS said in a statement.
Under this programme, CAMOS proposes that Warisan focus on developing high-value crops and livestock industries such as cocoa, coffee, ginger, fruits, freshwater fish, and cattle — supported by modern training, technological adoption, and financing through cooperatives and micro-grant schemes.
CAMOS also emphasized the importance of rural tourism and community-based homestay enterprises as supplementary income sources for Momogun families.
> “The Momogun heartland is rich in culture, nature, and hospitality — these are valuable economic assets. By promoting homestay and eco-based tourism, rural families can earn sustainable income while preserving their heritage and environment,” it added.
In addition, CAMOS proposed a Rural Infrastructure Acceleration Plan to ensure every interior district benefits from better roads, electricity, and clean water — essential foundations for agricultural, tourism, and small enterprise development.
> “Reviving the rural economy is not merely an economic issue — it is a moral obligation. For too long, the heartland has been the cultural soul of Sabah yet left behind in prosperity. Warisan must change that,” CAMOS stressed.
CAMOS affirmed that the Momogun Agropreneur Programme would complement Warisan’s broader reform agenda — laying the economic foundation for clean governance, land justice, and the recognition of native customs within the justice system.
> “These four reform pillars and another three to be announce in stages — Good Governance, Sabah Land Tribunal, Native Court Reform, and the Momogun Agropreneur Programme — together form a comprehensive framework to build a prosperous, just, and sovereign Sabah,” the statement concluded.
Daniel John Jambun is President of Change Advocate Movement Sabah.
Versi Bahasa Malaysia:
Selepas Tadbir Urus Baik, Tribunal Tanah & Reformasi Mahkamah Anak Negeri — CAMOS Kini Desak Warisan Laksana ‘Program Agropreneur Momogun
Kota Kinabalu — Selepas menggesa Parti Warisan untuk memperjuangkan tadbir urus baik, penubuhan Tribunal Tanah Sabah, dan reformasi Mahkamah Anak Negeri, Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) hari ini mengemukakan satu lagi cadangan utama untuk dimasukkan dalam manifesto Warisan — pelancaran Program Agropreneur Momogun bagi memulihkan ekonomi luar bandar dan memperkasa komuniti Momogun (pribumi).
> “Daerah-daerah pedalaman — dari Tambunan ke Keningau, Pensiangan hingga Ranau — telah lama terpinggir walaupun menjadi tulang belakang kepada potensi pertanian Sabah. Sudah tiba masanya kawasan ini diubah daripada ekonomi sara diri kepada zon agroindustri yang dinamik dan diterajui oleh rakyat pribumi sendiri,” kata CAMOS dalam kenyataan itu.
Di bawah program ini, CAMOS mencadangkan agar Warisan menumpukan kepada tanaman bernilai tinggi dan industri ternakan seperti koko, kopi, halia, buah-buahan, ikan air tawar, dan lembu — disokong oleh latihan moden, penggunaan teknologi, serta pembiayaan melalui koperasi dan skim geran mikro.
CAMOS turut menekankan pentingnya pelancongan luar bandar dan perusahaan inap desa (homestay) berasaskan komuniti sebagai sumber ekonomi tambahan bagi keluarga Momogun.
> “Tanah besar Momogun kaya dengan budaya, alam semula jadi, dan keramahan — ini aset ekonomi yang berharga. Dengan mempromosikan pelancongan homestay dan ekopelancongan komuniti, keluarga luar bandar boleh menjana pendapatan sambil memelihara warisan dan kelestarian alam,” tambah kenyataan itu.
Selain itu, CAMOS juga mencadangkan satu Pelan Pemecut Infrastruktur Luar Bandar, bagi memastikan setiap daerah pedalaman menikmati jalan raya, elektrik, dan air bersih yang lebih baik — prasyarat penting untuk pembangunan pertanian, pelancongan dan perusahaan kecil.
> “Pemulihan ekonomi luar bandar bukan sekadar isu ekonomi — ia tanggungjawab moral. Sudah terlalu lama kawasan pedalaman menjadi nadi budaya Sabah tetapi diketepikan daripada arus kemakmuran. Warisan mesti mengubah keadaan ini,” tegas CAMOS.
CAMOS menegaskan bahawa Program Agropreneur Momogun akan menjadi pelengkap kepada reformasi Warisan yang lain — membina asas ekonomi yang kukuh bagi pelaksanaan tadbir urus bersih, keadilan tanah, dan pengiktirafan adat dalam sistem keadilan.
> “Empat teras reformasi ini dan ada tiga lagi akan di- umum secara berperingkat— Tadbir Urus Baik, Tribunal Tanah Sabah, Reformasi Mahkamah Anak Negeri, dan Program Agropreneur Momogun — akan membentuk rangka kerja menyeluruh bagi membina Sabah yang makmur, adil dan berdaulat,” ujar kenyataan itu.
Daniel John Jambun
Presiden
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment