By Daniel John Jambun, 8-10-2025
THE Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) today welcomes the strong response from Sabahans to its earlier call for a Sabah Land Tribunal, and now further urges Parti Warisan to make good governance and clean administration the foundation of its election manifesto.
For decades, Sabah has suffered from corruption, abuse of power, and maladministration. Public funds meant for schools, hospitals, infrastructure, and rural development have too often been lost to leakages and crony politics. Sabahans are clear: the state cannot afford another cycle of mismanagement and betrayal.
CAMOS therefore calls on Warisan to commit to four sacred principles of governance:
Transparency — All government contracts, tenders, and expenditures must be publicly disclosed.
Accountability — Leaders and civil servants must answer directly to the rakyat, with clear consequences for failure and misconduct.
Fairness & Justice — Every Sabahan must have equal access to opportunities without discrimination or political bias.
Zero Corruption — A government that serves the rakyat, not personal or party interests.
To make these principles real and lasting, Warisan must pledge bold reforms that go beyond rhetoric:
Stationing MACC officers within the Chief Minister’s Office and all strategic ministries and departments as independent watchdogs.
Establishing the Sabah Ombudsman Office immediately within the first 100 days of forming government. This Ombudsman must have full independence, with powers to investigate complaints of maladministration, abuse of power, unfair treatment, or bureaucratic negligence, and must report directly to the State Legislative Assembly, not the Chief Minister.
Strengthening the Public Accounts Committee (PAC) with full autonomy to probe government spending and summon leaders for accountability.
Mandatory asset declaration by all Cabinet members and top civil servants, updated annually and made public.
Implementing a transparent, merit-based tender system that ends favoritism and ensures fairness.
The Sabah Ombudsman, to be established within the first 100 days, will send a clear and immediate signal to the rakyat and the world that Sabah under Warisan will tolerate no corruption, no abuse of power, and no injustice. It will provide Sabahans with a direct and independent channel to seek justice, ensuring that government serves the people with integrity from Day One.
CAMOS stresses that Sabah deserves nothing less than a government that is clean, transparent, and accountable to the people. Warisan must therefore commit to institutionalising reforms that outlast individual leaders, embedding integrity and justice as the permanent DNA of Sabah’s governance.
This is the recipe for Sabah to finally close the gap and trail Sarawak’s impressive economic performance — not through slogans, but through honest governance, transparency, and discipline in leadership.
The voice of the people is clear:
Enough of corruption.
Enough of excuses.
Enough of failed governance.
Sabah’s future depends on bold reforms, and Warisan must answer that call — beginning with the Sabah Ombudsman within 100 days of taking office.
Daniel John Jambun is President of
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)
Versi Bahasa Malaysia:
CAMOS Mendesak Warisan Memperkasa Tadbir Urus Baik — Ketelusan, Kebertanggungjawaban dan Sifar Toleransi terhadap Rasuah
KOTA KINABALU : Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) hari ini menyambut baik sambutan positif rakyat Sabah terhadap gesaannya sebelum ini agar sebuah Tribunal Tanah Sabah diwujudkan, dan kini menyeru Parti Warisan untuk menjadikan tadbir urus baik dan pentadbiran bersih sebagai teras utama manifesto pilihan raya.
Selama berdekad-dekad, Sabah telah menderita akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan kelemahan tadbir urus. Dana awam yang sepatutnya disalurkan untuk sekolah, hospital, infrastruktur dan pembangunan luar bandar sering kali bocor akibat politik kroni dan salah urus. Rakyat Sabah sudah jelas — negeri ini tidak mampu lagi menanggung satu lagi kitaran pengkhianatan dan ketirisan.
Oleh itu, CAMOS menyeru agar Warisan beriltizam kepada empat prinsip suci tadbir urus:
1. Ketelusan (Transparency) — Semua kontrak, tender dan perbelanjaan kerajaan mesti didedahkan kepada umum.
2.Kebertanggungjawaban (Accountability) — Pemimpin dan penjawat awam mesti menjawab terus kepada rakyat, dengan tindakan tegas terhadap kegagalan atau salah laku.
3. Keadilan & Kesaksamaan (Fairness & Justice) — Setiap rakyat Sabah mesti mendapat akses yang sama kepada peluang tanpa diskriminasi atau pilih kasih politik.
4. Sifar Rasuah (Zero Corruption) — Sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bukan demi kepentingan peribadi atau parti.
Bagi memastikan prinsip-prinsip ini benar-benar terlaksana dan berkekalan, Warisan mesti berjanji untuk melaksanakan reformasi berani yang melangkaui retorik, termasuk:
Menempatkan pegawai SPRM di Pejabat Ketua Menteri serta semua kementerian dan jabatan strategik sebagai pemantau bebas.
Menubuhkan Pejabat Ombudsman Sabah dalam tempoh 100 hari pertama selepas membentuk kerajaan. Ombudsman ini mesti benar-benar bebas, dengan kuasa menyiasat aduan mengenai salah tadbir, penyalahgunaan kuasa, layanan tidak adil atau kecuaian birokrasi, dan melapor terus kepada Dewan Undangan Negeri, bukan Ketua Menteri.
Memperkukuh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) dengan autonomi penuh untuk menyiasat perbelanjaan kerajaan dan memanggil pemimpin bagi tujuan kebertanggungjawaban.
Perisytiharan harta wajib oleh semua anggota Kabinet dan pegawai kanan kerajaan, dikemaskini setiap tahun dan disiarkan kepada umum.
Melaksanakan sistem tender berasaskan merit yang telus, bagi menamatkan amalan pilih kasih serta memastikan keadilan.
Penubuhan Ombudsman Sabah dalam tempoh 100 hari pertama akan menjadi isyarat jelas kepada rakyat dan dunia bahawa Sabah di bawah Warisan tidak akan bertolak ansur dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau ketidakadilan. Ia akan menyediakan saluran terus dan bebas bagi rakyat Sabah menuntut keadilan, memastikan kerajaan berkhidmat dengan integriti sejak Hari Pertama.
CAMOS menegaskan bahawa Sabah berhak mendapat sebuah kerajaan yang bersih, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Oleh itu, Warisan mesti berkomitmen untuk meminstitusikan reformasi yang berkekalan melangkaui individu pemimpin, dengan menanam nilai integriti dan keadilan sebagai DNA kekal dalam tadbir urus Sabah.
Inilah resipi sebenar untuk Sabah menyaingi kemajuan ekonomi Sarawak — bukan melalui slogan, tetapi melalui tadbir urus jujur, ketelusan dan disiplin kepimpinan.
Suara rakyat kini jelas:
Cukup dengan rasuah.
Cukup dengan alasan.
Cukup dengan kegagalan tadbir urus.
Masa depan Sabah bergantung kepada reformasi berani — dan Warisan mesti menyahut seruan itu, bermula dengan penubuhan Ombudsman Sabah dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.
Daniel John Jambun ialah Presiden
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment