Top posts

Featured Posts

Calon-calon masih belum dimuktamadkan kurang tiga minggu ke Penamaan Calon 15 Nov

Borneo Herald 
11.41PM MYT, 27-10-2025



KOTA KINABALU : Penamaan Calon pilihanraya Sabah ialah 15 November 2025 ini, namun kebanyakan parti belum lagi menamakan calon-calon mereka.

Setakat ini hanya Parti Impian Sabah (PIS) yang sudah mendedahkan senarai calon mereka.

Parti pemerintah GRS dan PH dikatakan masih bergelut mengenai pembahagian kerusi dan penetapan calon sehingga kini. 

Malahan presiden-presiden parti komponen GRS masih tertanya-tanya kesahihan kedudukan mereka selagi tiada pengumuman Presiden GRS, Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri.

Parti Warisan yang dijangka meletak calon di kesemua 73 kerusi juga dilaporkan masih dalam proses memuktamadkan senarai calon.

Kegiatan melobi calon juga sedang giat dijalankan dan presiden-presiden parti dilaporkan menghadapi tempoh yang amat sibuk menemui pelbagai pihak yang melobi.

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula mengambil pendekatan mengumumkan calon secara berperingkat dengan terbaru ini sudah ada sedozen calon telah diumumkan.

Demikian juga parti-parti dari Semenanjung seperti PKR, DAP dan Umno, masih menyimpan senarai bakal calon mereka dan enggan menamakan kecuali di satu dua kerusi seperti di Usukan, Datuk Salleh Keruak sudahpun diumumkan Umno.

Semua pemimpin kanan parti-parti dijangka bertanding walaupun belum ada pengumuman.

Parti Star dan SAPP yang meningalkan GRS minggu lalu dikatakan masih mengumpul barisan calon mereka dan dilaporkan menghadapi cabaran mendapat calon sesuai di beberapa tempat.

Warisan dijangka mengumumkan barisan calonnya pada 12 November manakala parti kecil Aspirasi dari Sarawak dijadual membuat pengumuman calonnya lebih awal pada 3 November ini.

Parti-parti lain juga dijangka mengumumkan calon masing-masing pada sekitar minggu terakhir sebelum penamaan calon.

Selain GRS, Warisan, BN, KDM dan PIS, parti lain yang dijangka meletak calon ialah Aspirasi, PN, PBK, Parti Kerjasama Anak Negeri, Sedar, PKS dan juga calon Bebas.

PKS atau huruf penuhnya Parti Kebangsaan Sabah pula dikhabarkan sudah mengeluarkan surat lantikan calon kepada beberapa bakal calon sejak sebulan ini namun belum membuat pengumuman rasmi.#~Borneo Herald™


No comments:

Post a Comment

Search This Blog