Top posts

Featured Posts

Bagaimana Kerajaan Perpaduan Persekutuan Dibentuk PRU15 2022?

Borneo Herald
9.50AM MYT, 16-9-2026

    Gambar penulis dengan pengaruh editan AI.

Oleh Dr Kanul Gindol, Tuaran
PADA 19 November 2022, keputusan PRU15 menyaksikan tiada satu parti atau gabungan pun memperoleh majoriti mudah 112 kerusi (daripada jumlah 222). Kedudukan ialah :-

PH — 82
PN — 73
BN — 30
GPS — 23
GRS — 6
Warisan — 3
Bebas — 2
PBM — 1
KDM — 1

Perhatikan kerusi Parlimen Sabah. Hanya 6 GRS dan 3 Warisan daripada jumlah 25. Sebab kerusi lain telah dimenangi BN, PH dan juga Bebas.

Begitupun, BN, PN dan PH masing-masing tak cukup kerusi ke 112, 'simple majority'.

Namun rundingan segera dilakukan pihak-pihak "berpengaruh" besar iaitu para presiden parti terbanyak kerusi, PH, PN dan BN walaupun hanya 30 kerusi.

Perhatikan jika Sabah dan Sarawak bersatu, ia berpotensi memiliki 57 kerusi Parlimen sebagai blok besar Borneo.

Hakikatnya mereka, terutama sekali di Sabah, saling tidak mempercayai dan tidak dapat bekerjasama atas sebab Sabah sudahpun terlalu berpecah.

"Tiada siapa yang buleh dipercayai di Sabah. Len dicakap, len dibuat..." Ingat tuh.

Pada 19-20 November 2022, PN(73) menerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin mulanya dapat menghalang Datuk Anwar Ibrahim duluan sampai angka 112 dengan memujuk Umno/BN dan MP Sabah dan Sarawak menyertainya.

Gerakan balas Anwar pada 21 November 2022 dengan membuat pertemuan mengunci kerjasama dengan Umno berakhir dengan janji melantik ketua Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri, dari situlah semuanya menjadi bagi mereka termasuk DAP turut akhirnya menerimanya ..kerajaan perpaduan madani mereka itu.

Pertemuan 21 November itu berlangsung di Hotel Seri Pacific yang bersebelahan saja dengan ibu pejabat Umno sendiri di bangunan PWTC :

Ringkas cerita, PH dan BN bersatu membentuk majoriti mudah 112 kerusi membentuk 'kerajaan perpaduan' seperti juga dicadang banyak pihak termasuk Agong.

Maka segera kebuntuan pun dapat 'diselesaikan' maka masuklah GPS(23), GRS(6), Warisan(3), Bebas(2), PBM(1) dan KDM(1) dalam pembentukan kerajaan.

Dan, semua mereka yang masuk itu mendapatlah habuan dan jawatan besar, ada yang menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC, sehingga kini.

Anwar hanya akhirnya dapat mengangkat sumpah jawatan PM pada 24 November manakala Kabinetnya hanya terbentuk pada 2 Disember 2022.

Tertinggallah PN(73) yang Wakil Rakyatnya dari PAS dan Bersatu atau PPBM di luar sebagai pembangkang sehingga hari ini !

KINI, terutama sekali selepas melihat PRN Johor dan Negri Sembilan beberapa minggu lepas, PN sedang meningkat naik. Kerusi mereka bertambah. 

Kerusi PH sama ada PKR atau DAP sedang tumbang dan berkurang seperti berlaku di PRN Johor dan PRN Negri Sembilan. Barang diingatkan Mentri Besar Negri Sembilan pun telah tewas!

Apakah mesej yang anda nampak kemungkinan pada PRU16 yang bakal diadakan mungkin hujung tahun 2027 ini?

Jika trajektori PN (kini PAS, Wawasan dan beberapa parti kecil) terus menang banyak kerusi terutama yang dominan Melayu Islam, tidak mustahil perbincangan tertutup paling hangat pada malam atau pagi keputusan PRU17/2027 nanti ialah antara PN dan Blok Borneo(57), jauh melewati majoriti mudah 112 !

Mungkin juga antara Blok Borneo dan PH dan BN saja, sekali lagi hendak meninggalkan PN di luar. Apa yang rakyat atau anak Sabah mahu kini ialah "gelombang baru", "gelombang perubahan" yang dipimpin barisan baru yang berpaksi kepada 'Kejujuran dan Kebijaksanaan', bukan model yang sudah ternyata gagal banyak kali.

Enough is enough, kata rangputi.

Buat apa balik-balik ikut model politik yang sudah gagal?

Mungkin ketika itu blok terbesar MP Sabah bukan dari Warisan atau GRS tapi dari GBM atau partinya. Siapa tahu kan.

Pada masa itu siapa yang akan datang mengetuk pintu siapa? Adakah kemungkinan Perdana Menteri Malaysia datang dari Borneo? Kita tidak patut kata ia mustahil sebab ia boleh berlaku. Perlembagaan Malaysia pun tiada cakap hanya dari Semenanjung boleh menjadi PM Malaysia.

Tidakkah mungkin sistem penggiliran jawatan PM diperkenalkan supaya Persekutuan akhirnya turut dimiliki wilayah Borneo? Ini tidak mustahil..Inilah perjuangan GBM. Ia perang mentaliti antara yang mahu perubahan dengan yang selesa hanya mengikut.

Either you make things happen or wait and wonder at things happening around you, kata rangputi. Pemimpin yang hebat dan patut disokong ialah yang "make things happen" !

Adakah mustahil Gabungan Bebas Merdeka (GBM) sebagai prelude kepada sebuah parti baru Sabah, katakanlah Parti Kinabalu, bakal memenangi 11 hingga 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU16 nanti?

Dalam tempoh enam bulan akan datang kita mungkin boleh merasainya jika ada gelombang baru atau gelombang perubahan di Sabah.

Sarawak nampaknya hanya menunggu di sana, sedang memerhati.#~Borneo Herald™ 


Dr Kanul Gindol adalah seorang penulis dan pemikir yang masa ini sedang mengetuai 26 calon bebas yang bernaung di bawah Gabungan Bebas Merdeka dengan dua seruan serangkainya yang sedang meningkat popular iaitu "PM Malaysia Dari Sarawak" dan "Gilirkan PM Antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah Setiap 5 atau 8 Tahun" pada PRU16 ini.

Sabah Kecam Pemimpin Umno Persenda Paderi dan Sister Roman Katolik

Borneo Herald
3.10PM MYY, 15-9-2026

Oleh Datuk Dr Mohd Irwansyah Abdullah
SAYA mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Noorazli Said yang menggunakan watak seorang paderi Katolik dan seorang biarawati sebagai bahan jenaka berunsur seksual dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Bagi saya, ini bukan soal sama ada seseorang itu mempunyai selera humor yang berbeza atau sama ada kenyataan tersebut dimaksudkan sebagai jenaka. 

Apabila tokoh agama, kehidupan keagamaan dan Kitab Suci dijadikan bahan jenaka yang berunsur seksual, ia sudah melampaui batas kewajaran dan rasa hormat yang sepatutnya kita amalkan dalam sebuah negara berbilang agama seperti Malaysia.

Lebih membimbangkan, jenaka tersebut disampaikan di pentas sebuah perhimpunan politik nasional dan kemudiannya dikaitkan pula dengan Mazmur 129. Rujukan tersebut amat mengelirukan kerana kandungan sebenar Mazmur 129 tidak membawa maksud seperti yang digambarkan dalam jenaka berkenaan.

Kitab Suci bukan bahan untuk diputarbelitkan demi mendapatkan gelak ketawa. Paderi dan biarawati bukan watak untuk diseksualkan atau dipermainkan bagi menyampaikan analogi politik.

Saya ingin tegaskan bahawa sebagai seorang wakil rakyat dari Sabah, saya amat memahami kepentingan menjaga keharmonian dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. 

Di Sabah khususnya, kita telah lama menunjukkan bahawa perbezaan agama bukan penghalang untuk kita hidup bersama dalam keadaan aman, saling menghormati dan saling membantu. Sebab itu, kita tidak boleh membiarkan budaya mempermainkan agama menjadi sesuatu yang normal dalam politik.

Saya juga ingin bertanya: Jika jenaka yang sama dibuat dengan menggantikan paderi dan biarawati Katolik dengan tokoh agama daripada agama lain, adakah kita akan menganggapnya sebagai sekadar gurauan? Kita tidak boleh mempunyai dua standard dalam soal sensitiviti agama. 

Jika kita mahu agama kita sendiri dihormati, maka kita juga wajib menghormati agama orang lain. Kebebasan bersuara bukan lesen untuk menghina atau memperlekehkan kepercayaan orang lain. Kebebasan berpolitik pula tidak bermakna seseorang pemimpin boleh menggunakan agama sebagai bahan untuk meraih tepukan dan ketawa daripada khalayak.

Saya mengambil maklum bahawa Datuk Noorazli Said kemudiannya menyatakan kesediaan untuk memohon maaf sekiranya kenyataannya telah menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan, sambil mengatakan bahawa beliau tidak berniat menghina mana-mana agama.

Namun, dalam isu yang menyentuh agama dan maruah penganutnya, saya berpandangan bahawa permohonan maaf perlu dibuat secara jelas, terbuka dan tanpa syarat, khususnya kepada masyarakat Katolik dan komuniti Kristian yang telah tersinggung dengan kenyataan tersebut.

Jangan hanya minta maaf kerana semata - mata hendak meredakan keadaan tetapi hasrat minta maaf itu juga harus disertakan jiwa sebenar untuk menjulang keharmonian negara. Jangan mulut cakap lain, perwatakan buat lain.

Saya juga menyokong supaya pihak berkuasa menilai perkara ini secara profesional dan adil, termasuk meneliti keseluruhan konteks kenyataan tersebut serta penyebarannya di media sosial, sekiranya terdapat asas untuk siasatan di bawah undang-undang yang berkaitan. 

Saya menyeru kepada seluruh warga Katolik dan umat Kristian seluruh negara untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang - undang terhadap Datuk Noorazli Said.  Rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia kena bagi isyarat jelas bahawa mana - mana individu yang memperkudakan perkara 3R harus diambil tindakan tegas demi perpaduan Negara Malaysia yang tercinta ini.

Pada masa yang sama, saya menyeru semua pemimpin politik supaya lebih bertanggungjawab apabila menyentuh perkara berkaitan agama. Kita boleh berbeza parti. Kita boleh berbeza pendapat. Kita boleh berdebat dengan hebat mengenai dasar, ekonomi, pembangunan dan masa depan negara.

Tetapi agama rakyat jangan dijadikan bahan permainan politik.
Malaysia dibina atas kepelbagaian. bahawa rakyat daripada pelbagai agama dan latar belakang boleh hidup bersama dengan aman apabila kita memilih untuk menghormati antara satu sama lain. Jangan kerana mahu mendapatkan satu gelak ketawa dalam dewan politik, kita sanggup melukakan hati ribuan malah jutaan penganut agama. 

Hormati agama. Hormati tokoh agama. Hormati Kitab Suci. Hormati penganutnya.
Itulah asas keharmonian Malaysia yang mesti kita pertahankan bersama.

Datuk Dr Mohd Irwansyah Abdullah @ Derreck ialah Pengerusi Cawangan Wilayah Sabah, Persatuan Pengguna Harapan Malaysia (PPHM) dan juga Ketua Kawasan Parlimen Gabungan Bebas Merdeka (GBM) Putatan.#~Borneo Herald™

Top Borneo Activist Again Proposes Rotating Malaysia's PM Post, Sarawak to First Hold it

Borneo Herald
11.20AM MYT, 12-9-2026
 
Top Borneo activist Dr Kanul Gindol... His persistent idea of rotating the post of Malaysia Prime Minister to Sarawak, Peninsula and Sabah has arrived in Malaysia's corners and centres, and is poised to fast gain traction in the unhappy 3-region multicultural Federation which celebrates its 63rd anniversary in five days time to this September 16.


A Veteran Activist-Political Analyst-Politician Dr Kanul Gindol Has Again Proposed Rotating the Malaysia PM Post Between Peninsula, Sarawak and Sabah as "the Formula" to Address Rampant Corruption in the Country's Offices of Power and to Finally Make Malaysia Federation a Truly Workable Equitable One for All the Three Regions. Hereby, Borneo Herald Publishes in Full Dr Kanul's Press Statement on the Matter: ~ By Jayden Lisandu


THE people of Sabah and Sarawak have waited long enough for true equality, fair representation, and the full spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA63).
 
For too long, the highest office in our nation has been held almost exclusively by leaders from Malaya. This imbalance must end — now.
 
We hereby call for:
 
1. That the Prime Minister of Malaysia for the 16th General Election (GE16) be a leader from Sarawak — in recognition of Sarawak’s vital contribution, growing economic stature, and long-overdue right to lead the federation it helped found.
​
2. That this be followed by a formal, constitutional arrangement to rotate the office of Prime Minister among three equal partners: Malaya, Sarawak, and Sabah — serving fixed terms of 5 years or 8 years per term, in a fair and agreed sequence.
 
I have first announced this call in Tuaran on the 14 August, 2026, and am repeating this clarion call today on the occasion of a Meeting or Summit on MA63 held in Kota Kinabalu today, attended by PM Anwar Ibrahim, Sarawak Premier Abang Zohari Openg and Sabah CM Hajiji Noor.

This rotation is not merely symbolic — it is essential to restore trust, uphold MA63, and build a truly united Malaysia where every region sees itself reflected in national leadership. No longer should Sabahans and Sarawakians feel like second-class citizens in the nation they helped build.
 
Sarawak has the talent, the vision, and the capacity to lead. Sabah stands ready to support Sarawak now — and to take its turn in future. Malaya, too, will benefit from a stronger, more inclusive federation where all three partners share leadership, responsibility, and pride.
 
We urge all political parties, community leaders, and citizens across our nation to stand together and make this reform a reality. A Malaysia that truly shares power is a Malaysia that will truly endure.

Issued by Dr Kanul Gindol, Chairman of Gabungan Bebas Merdeka a grouping of 26 Sabah independent candidates for GE16.
Kota Belud, SABAH 
 
 
The Malay Translation of the Statement:-
 
11 September 2026
PERKARA: SERUAN AGAR PERDANA MENTERI DARI SARAWAK PADA PRU16 & PENGGILIRAN JAWATAN PM PERSEKUTUAN MALAYSIA KEPADA SEMENANJUNG, SARAWAK DAN SABAH

 
RAKYAT Sabah dan Sarawak telah menunggu terlalu lama untuk kesetaraan sebenar, perwakilan yang adil, serta pelaksanaan penuh semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
 
Terlalu lama, jawatan tertinggi negara ini hampir keseluruhannya dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung. Ketidakseimbangan ini mesti berakhir — sekarang juga.
 
Kami dengan ini menyerukan:
 
1. Agar Perdana Menteri Malaysia bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah seorang pemimpin dari Sarawak — sebagai pengiktirafan atas sumbangan penting Sarawak, kedudukan ekonominya yang semakin berkembang, serta hak yang telah lama tertunda untuk memimpin persekutuan yang turut diasaskannya.
​
2. Langkah ini diikuti dengan satu pengaturan perlembagaan rasmi bagi menggilirkan jawatan Perdana Menteri di antara tiga rakan setara: Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah — dengan tempoh perkhidmatan tetap selama 5 tahun atau 8 tahun bagi setiap penggiliran, mengikut urutan yang dipersetujui bersama.

Saya pertama kali mengeluarkan saranan ini pada 14 Ogos 2026 lalu di Tuaran dan mengulangi gesaan ini hari ini bersempena  satu Mesyuarat Tindakan MA63 di Kota Kinabalu yang dihadiri PM Persekutuan Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Abang Zohari Openg dan KM Sabah Hajiji Noor.

Penggiliran ini bukan sekadar simbolik — ia amat perlu untuk memulihkan kepercayaan, menegakkan MA63, serta membina Malaysia yang benar-benar bersatu di mana setiap wilayah merasakan dirinya diwakili dalam kepimpinan negara. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak lagi sepatutnya berasa seperti warga kelas kedua di negara yang turut dibina oleh tenaga mereka.
 
Sarawak mempunyai bakat, wawasan dan keupayaan untuk memimpin. Sabah bersedia menyokong Sarawak sekarang — dan sedia mengambil gilirannya pada masa hadapan. Semenanjung juga akan mendapat manfaat daripada persekutuan yang lebih kukuh dan inklusif, di mana ketiga-tiga rakan berkongsi kepimpinan, tanggungjawab dan kebanggaan bersama.
 
Kami menyeru semua parti politik, pemimpin masyarakat dan rakyat seluruh negara untuk bersatu padu menjadikan pembaharuan ini satu kenyataan. Malaysia yang benar-benar berkongsi kuasa adalah Malaysia yang akan kekal teguh.#Borneo Herald™



Avoid grandiose announcement if you can't provide proof, says activist on claim 2 million acres restored

Borneo Herald
11.45AM MYT, 5-9-2026

By Jayden Lisandu
KOTA KINABALU : A well-known activist has called on the GRS Sabah Government to avoid making grandiose announcement on "restored" 830,000 hectares of forest if it can't provide details of what and how the forest was 'restored'.

"Please show Sabahans the maps, satellite images, the money and the results of the so-called sustainable forest management programme," said Daniel John Jambun in a statement here today.

Daniel who is President of Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo), said everyone welcomes genuine effort to restore Sabah’s degraded forests and protect our natural heritage but people need sufficient evidences for such big claim.

On September 4, 2026, it was reported that Sabah had restored approximately 830,000 hectares or approximately 2.05 million acres of degraded forest under the programme.

"If the claim is true, it would be worthy of international recognition. But first we Sabahans are entitled to ask where is the evidence and what exactly does "restored" mean..." Daniel said.

"Tell us about the silvicultural treatment, natural regeneration, which 830,000 hectares?, the locations, when did restoration begin?, what tree species were planted? and how many seedlings were planted?

"What was their survival rate? What was the condition of these forests before rehabilitation?What measurable ecological improvement has occurred since?

"And, most importantly who indepedently verified that 830,000 hectares have been successfully restored," he added.#~Borneo Herald™





Search This Blog