Top posts

Featured Posts

Ketua PBM Sabah Jupperi Lenson, Keluar Parti

                             Jupperi Lenson

Borneo Herald 
12.28AM MYT, 15-11-2025


KOTA MARUDU : Ketua Perhubungan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Jupperi Lenson, keluar parti dan tidak menyertai mana-mana parti.

Jupperi yang juga salah seorang naib presiden parti asal Sarawak itu berkata dia dan hampir semua penjawat PBM Kota Marudu meletak jawatan ramai-ramai hari ini kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan parti.

Menurutnya antara yang turut keluar PBM dari bahagian Kota Marudu ialah timbalan ketua bahagian, setiausaha bahagian, ketua penerangan, bendahari, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua-ketua PDM Kota Marudu.
Jupperi bersama sebahagian AJKnya yang bertindak keluar PBM hari ini.

"Kami menafikan dakwaan presiden parti yang kononnya kami menyokong calon GRS di Bandau (Datuk Redonah Bahanda) seperti dimaksudkan dalam status media sosial," dakwanya.

Sebelum ini, presiden PBM, Datuk Larry Sng, ada mengumumkan PBM akan bertanding di dua kerusi di Sabah iaitu di Bandau dan Sook.#~Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog