Top posts

Featured Posts

Esok Diketahui Nasib 73 Wakil Rakyat DUN Sabah Bagi Sesi 2025-2030



KOTA BELUD : Dari Kota Belud, saya kongsikan beberapa pemerhatian sepanjang 14 hari kempen PRN17 yang ditutup dengan pengundian esok 29 November 2025 :

1. Kebanyakan 73 kerusi nampaknya amat ramai calon kali ini, ada yang sampai 13 dan 14 penjuru. Undi kompom pecah.

2. Walaupun demikian keseluruhannya menyaksikan tiga kumpulan yang mendominasi majoriti tempat iaitu GRS, Warisan dan BN khususnya Umno.

3. Di beberapa kawasan yang ramai KadazandusunMurutSungai pula, parti-parti KDM dan Upko turut bersaing rapat dengan GRS, ada tempat seperti di Matunggong, Bandau, kawasan Ranau, KDM kelihatan lebih menyerlah sokongan berbanding Warisan.

4. Namun pantai timur dan Sandakan menyaksikan Warisan bersaing sengit dengan GRS dan BN, ramai juga percaya ia rahmat kepada Warisan.

5. Kawasan ramai Cina nampaknya sebahagian besar pengundi Cina dijangka memberi undi kepada Warisan. Ini boleh menyebabkan PH khususnya DAP hilang kerusi bahkan tidak mustahil dapat kosong kerusi kali ini !

6. Kawasan campuran khususnya yang meliputi pengundi Islam, Kristian dan Cina seperti Tanjong Kapor, Tempasuk, Pantai Dalit, Liawan dan Apas amat menarik keputusannya esok.

7. Yang sebenar, Warisan memiliki kekuatan tersembunyi di kerusi-kerusi campuran ini memandangkan inilah kali pertama Datuk Shafie Apdal benar-benar teruji pengaruhnya sebagai pemimpin politik pelbagai bangsa.

8. Shafie dicanang sebagai satu-satunya calon Ketua Menteri Sabah paling layak sekarang berdasarkan penampilannya sendiri serta perbandingan dengan beberapa pemimpin seperti Datuk Hajiji Noor, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Ruji Ubi serta mana-mana anak atau keluarga Tun Musa Aman yang sering disebut "menunggu peluang".

9. Berdasarkan pelbagai faktor negatif yang menghantui GRS, PH dan BN atau Umno, baik dahulu mahupun yang sedang berlaku, ramai pemerhati tempatan dan antarabangsa meramal Warisan berupaya memenangi majoriti mudah iaitu minimum 37 daripada 73 kerusi DUN Sabah yang dipertandingkan.

10. Dalaman Warisan juga yakin 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog