Top posts

Featured Posts

Awas SCAMMER Pilihanraya di Sabah. Seperti Tebu, Manis di Pangkal, Tawar di Hujung Bahkan Mungkin Pahit

Borneo Herald 
7.59PM MYT, 4-11-2025

Siri Literasi Politik Sabah 101
AWAS Para penipu dalam politik sedang berkeliaran di kedai :

SERINGKALI pada setiap pilihanraya terutama di Sabah, ramai yang bernafsu menjadi calon Yang Berhormat akan menjadi mangsa skem atau penipuan. Salah satu penipuan pilihanraya itu membabitkan orang yang menjanjikan wang ringgit yang banyak terutama kepada "bakal-bakal" calon.
Berikut salah satu modus operandi yang saya perjelas poin demi poin :

1. Katakan ada satu parti kecil Sabah atau satu kumpulan Bebas atau sebarang grup yang ada seorang ketua "scammer". Dia akan mempromosi platformnya kepada mereka yang sedang mencari 'tiket' bertanding.

2. Kerja "scammer" ialah berlagak sebagai pemimpin atau ketua yang boleh bergaya sedikit. Mungkin dia sentiasa berpakaian kemas dan memprojek imej boleh diharap. Perkataanya tersusun rapi. Tutur katanya kekadang disulami senyuman kecil yang meyakinkan.

3. Scammer ini akan merekrut bakal calon-calonnya dan kepada sebahagian calon dia akan menjanjikan wang dari Parti dalam lingkungan RM200,000 atau RM300,000 kepada setiap bakal calon. Namun beliau akan meminta bakal-bakal calon itu menunjukkan kepadanya mereka ada minimum RM100,000 atau RM80,000 untuk digunakan sebagai persiapan awal.

4. Ketua scammer itu akan berjanji duit akan dikeluarkan oleh penaja atau sponsor parti mereka mungkin dalam minggu terakhir sebelum Penamaan Calon, atau mungkin juga selepas saja Penamaan Calon. Bakal-bakal calon ini pula amat mengharapkan dana itu untuk mereka belanjakan menghadapi kempen dan pengundian.

5. Scammer itu mungkin akan meminta bakal-bakal calon tersebut menyumbang kepada parti, katakan hanya RM5,000 seorang. Ini hanya jumlah yang kecil berbanding RM300,000 yang bakal mereka terima dari 'sponsor'. Bayangkan jika 35 orang bakal calon derma hanya RM5,000 itu sudah berjumlah RM175,000!

6. Sebenarnya scammer itu menggunakan wang inilah untuk bergaya tinggal di hotel, bermesyuarat di sana sini, dan menemui lebih ramai bakal calon.
Saya tahu ada ketua scammer politik ini yang mudah mendapat "sumbangan" dari bakal calonnya sendiri. Bakal calon ini pula ada yang sudah tertipu oleh scammer sehingga dia telah menyerahkan sejumlah wang mungkin mula-muka hanya RM3,000 tapi kemudian RM5,000 kemudian RM10,000.




No comments:

Post a Comment

Search This Blog