Oleh Jayden Lisandu, 4-9-2025
KOTA KINABALU : Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal, konsisten semakin disambut begitu hangat termasuk oleh komuniti Tionghua, dan ini amat ketara pada jamuan kuih bulan atau "mooncake" parti itu di Putera Ballroom dekat Bukit Padang di sini semalam.Ia kini bukan rahsia lagi, angin perubahan melanda komuniti Cina yang telah mengalih sokongan politik dan kepimpinan daripada Pakatan Harapan ke Warisan menjelang PRN yang bakal diadakan pada bila-bila masa sekarang.
"It is a very good sign yet that Warisan is being supported by the Chinese as well as the Bumiputeras, at least for the upcoming Sabah state election.
"If Warisan could win mix seats where muslims and chinese are substantial, i think we may go for a landslide victory," said an optimistic friend who attended the mooncake celebration yesterday.
Seorang hadirin lain mengomen kepada Borneo Herald beliau amat teruja kerana akhirnya Sabah memiliki seorang pemimpin yang benar-benar menghormati dan menyayanyi semua manusia tanpa prejudis.
"Saya ini sudah tua 65 tahun, menitis air mata saya bro melihat Datuk Shafie seorang yang merendah diri dan nampak kejujuran beliau memeluk semua orang sama rata tak kira bangsa.
"Saya harap Warisanlah parti berbilang bangsa yang Sabah boleh banggakan sekali lagi seperti zaman kerajaan Berjaya dulu (1976-1985) dan juga time PBS (1985-1994)," kata beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ku.
Gambar-gambar berikut membawa ceritanya sendiri mengenai sambutan hangat di Putera Ballroom semalam itu:
No comments:
Post a Comment