Top posts

Featured Posts

Rakyat mendoakan Warisan menang ekoran pertembungan GRS dengan BN/Umno dan PH !



Pertembungan UMNO/BN dan GRS mungkin di lebih 50 kerusi DUN Sabah bakal membuka ruang kepada Warisan meraih kemenangan bersejarah pada PRN17 Sabah yang dijangka diadakan bila-bila masa sekarang. Berikut cerapan "interviu kupi-kupi" meluas wakil Borneo Herald, Jayden Lisandu, hari ini dengan beberapa orang awam yang rajin mengikuti politik Sabah dan meramal situasi terkini ekoran Presiden Umno dan BN, Datuk Zahid Hamidi isytihar perang terhadap GRS yang hanya menawarkan lapan kerusi (daripada 73) kepada BN jika BN ingin bekerjasama dengan GRS :


Borneo Herald: Dengan 'pengisytiharan perang' Datuk Zahid Hamidi hari ini terhadap GRS, nampaknya undi GRS dan BN/Umno/PBRS pecah. Apa kesan kepada pemain-pemain utama?

Luis (samaran): Ini adalah perpecahan undi kumpulan pro-kerajaan. Pertembungan UMNO-GRS bermakna undi penyokong kerajaan dan Bumiputera Islam telah berpecah dua. Warisan untung...

Lim (samaran): Ini bererti Warisan yang semakin ramai peminat kini merupakan alternatif terbaik untuk tukar rejim GRS dan PH di Sabah.


Borneo Herald: Agak-agak mengapa GRS tawar hanya lapan kerusi kepada BN sedangkan ia akur 13 kerusi untuk PKR, DAP, Upko dan Amanah?

Mohd Arfian (satu nama): GRS di bawah pimpinan Datuk Hajiji Noor, Datuk Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam ini pada saya sangat lemah itulah sebab mereka ini "step by step" sudah masuk bakul Malaya, sudah terjebak politik penjajah.. Sekarang sudah terima 13 untuk PH, baru mereka GRS ini sedar kebodohan mereka mana mau bagi 13 juga kerusi kepada BN? Itu sudah 26 kerusi makna tinggal 47 untuk GRS, bahaya untuk mereka sendiri. Ini kerja "budu".. 

Luis: Sini memang nampak tiada kejujuran langsung "gabungan" mereka itu. Hajiji bilang lapan saja kerusi itupun tidak habis pemimpin kanan Umno, PBRS dan MCA dapat kerusi. Datuk Bung Mokhtar Radin memang patut tidak suka "berdeal" dengan ini Hajiji. Kompom mereka "bertatak" PRN ini bro. Saya lihat Warisan yang jadi pilihan rakyat.


Borneo Herald: Kenapa kamu rasa Warisan yang menjadi pilihan sedangkan parti-parti GRS, PH dan BN agak kuat terutama kewangan, dan juga kan PH dan GRS tidak bertembung di 13 kerusi ini bermakna PH mungkin menang 13 kerusi penting itu? Itu kira "fix deposit" untuk GRS.

Lim: Bro, at least 70% pengundi Cina sudah berpindah sokongan dari PH ke parti lokal Warisan sekarang. Ini open secret sudah. Dalam banyak kerusi campuran seperti Cina, Natif Muslim dan Natif Kristian, Warisan kini berpotensi muncul sebagai pemenang.

Mohd Arfian: Bagi saya "branding" parti Sabah tulen Warisan dilihat sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah, berbeza dengan UMNO dan GRS ini parti yang rapat dengan penguasa Malaya ini macam rakyat Sabah sudah bosan tidak berminat asyik kena cucuk hidung.

Luis: Orang Sabah bukan saja mahu seperti Sarawak semua parti lokal tapi bagi saya semakin ramai Sabahans percaya parti tunggal berbilang kaum macam juga masa BERJAYA dan PBS dulu lebih menarik sebab seperti cakap Datuk Shafie Apdal lebih baik Warisan berpakat dengan rakyat jelata Sabah daripada berpakat dengan parti-parti rasuah dan kuat sakau.


BORNEO HERALD: Baiklah kita pendekkan cerita, siapa "poster boy Ketua Menteri" yang paling mantap dan diterima ramai sebagai pilihan rakyat pada PRN17 ini? Shafie? Hajiji? Jeffrey? Mustapha Sakmud? Ewon Benedik?

Luis, Mohd Arfian & Lim: Shafie bro.. He is the best.

Lim: Please dont insult our intelligence suggest nama-nama lain itu. Semakin jelas siapa yang sudah gagal lima tahun dan tidak layak diberi peluang lagi. Enough is enough bro.

2. Pengaruh Shafie Apdal: Karisma dan rekod beliau sebagai Ketua Menteri (2018–2020) masih ada pengaruh, terutama di Pantai Timur dan kawasan Bajau/Suluk.


3. Jentera terlatih: Warisan sudah ada pengalaman PRN 2020 dan PRU15, jadi mereka tahu kawasan tumpuan dan cara berkempen.


4. Rangkaian ADUN dan MP sedia ada: Masih ada pengaruh di beberapa kawasan bandar dan separa bandar (Semporna, Kota Belud, Penampang, Lahad Datu).




---

⚠️ 3. Cabaran Warisan

Imej melemah selepas tumbang 2020: Warisan perlu pulihkan naratif "kerajaan yang gagal dipertahankan kerana politik katak", bukan kerana rakyat tolak.

Kewangan dan logistik: GRS dan UMNO ada akses sumber lebih besar.

Perpecahan parti Sabah lain (UPKO, PCS, KDM): Jika mereka bertanding banyak kerusi, Warisan juga mungkin rugi kerana undi blok Sabah boleh pecah.

Kerusi majoriti Kadazandusun-Murut (KDM): Warisan agak lemah jika berdepan STAR/GRS yang dominan di pedalaman.



---

🧩 4. Strategi Warisan untuk Maksimumkan Peluang

1. Fokus 40–45 kerusi boleh menang: Tumpu di Pantai Timur, kawasan campuran bandar, dan kerusi UMNO-GRS bertembung.


2. Tonjolkan isu Sabah First: Mainkan naratif "parti Malaya gaduh, Sabah jadi mangsa".


3. Calon berprofil tinggi: Letak calon lokal berpengaruh untuk tarik pengundi muda dan first-time voters.


4. Kerjasama taktikal: Runding dengan parti kecil seperti PCS atau KDM untuk elak pertembungan tak perlu.


5. Serangan balas terhadap GRS & UMNO: Fokus kelemahan pentadbiran Hajiji dan isu dalaman UMNO Sabah.




---

📊 Ringkasan Potensi

Jika UMNO-GRS benar-benar bertembung di 50+ kerusi:

Warisan berpotensi menang 20–30 kerusi jika strategi berjalan lancar.

Mereka boleh jadi “kingmaker” atau kerajaan minoriti, bergantung kepada keputusan parti-parti kecil.

Dengan kempen agresif dan naratif anti-parti Malaya, Warisan boleh mengulang gelombang 2018.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog