Top posts

Featured Posts

Cosmetic Narratives Cannot Hide GRS’ Failure to Secure Sabah’s Oil & Gas Rights


By Daniel John Jambun, 21-9-2025
WE take notes with concern the recent article “Days of missed chances over under GRS” which paints a glossy, triumphalist picture of Sabah’s oil and gas sector under the Gabungan Rakyat Sabah (GRS) government.

While the numbers highlighted — billions in contracts and hundreds of millions in profits through SMJ Energy — may look impressive on paper, they cannot disguise the fundamental truth: Sabah is still denied its constitutional rights and fair revenue share under the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

The GRS government celebrates the Commercial Collaboration Agreement (CCA) with Petronas as if it were a landmark victory. In reality, it was a compromise that entrenched federal control while giving Sabah crumbs in return. Framing this as a “game-changer” is nothing more than political cosmetics designed to mislead the rakyat ahead of the impending state election.

Sabah produces nearly 40% of Malaysia’s oil, yet in 2025 its petroleum royalties amount to only RM1.297 billion out of RM6.445 billion in total state revenue. This glaring imbalance exposes how little Sabahans truly benefit, despite decades of resource extraction. Meanwhile, the government’s much-hyped RM2 billion in OGSE contracts hides another truth: over 70% of these local firms remain inactive, existing more on paper than in real capacity. This is political tokenism, not genuine empowerment.

Furthermore, the constant comparison with Sarawak is both misleading and defeatist. Sarawak’s success did not come from being “115 years ahead” — it came from political courage and insistence on defending its rights. Crucially, Sarawak is already diversifying its economy into hydrogen, renewable energy, and semiconductor industries. Sabah, meanwhile, remains tied down to oil and gas under GRS’ short-sighted policies — and even here, equity without decision-making power is not sovereignty. A 50% stake in Samarang PSC may sound impressive, but Sabah still remains a passive shareholder while Petronas calls the shots.

Sabah’s reliance on inflated oil price forecasts — US$76 per barrel when the global price hovers closer to US$60 — is another reckless gamble. Without fiscal prudence and diversification, budget shortfalls will inevitably hit healthcare, education, and essential services, leaving ordinary Sabahans to bear the burden.

We stresses that true empowerment lies not in subcontracting opportunities tied to Petronas’ approval, but in Sabah regaining full policy control and fair financial autonomy as promised under MA63. Until that is achieved, any attempt to glorify half-measures and compromises is an insult to the intelligence of the Sabah people.

Cosmetic narratives cannot replace constitutional rights. Sabah deserves the full return of its oil and gas revenue, and a bold vision for diversification — not recycled propaganda repackaged as progress. While Sarawak invests in hydrogen and semiconductors, its new engine of growth - not oil and gas. Sabah under GRS is still chained to Petronas’ oil barrels.

Daniel John Jambun is the President of
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).



Versi Bahasa Malaysia:

Naratif Kosmetik Tidak Mampu Menutup Kegagalan GRS Menjamin Hak Minyak & Gas Sabah

Kota Kinabalu — Kami memandang serius artikel bertajuk “Days of missed chances over under GRS” yang cuba melakar gambaran indah dan penuh kejayaan terhadap sektor minyak dan gas Sabah di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Walaupun angka yang diketengahkan — berbilion kontrak dan ratusan juta keuntungan melalui SMJ Energy — kelihatan mengagumkan di atas kertas, ia tidak mampu menutup hakikat sebenar: Sabah masih dinafikan hak perlembagaan serta pulangan hasil yang adil di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kerajaan GRS menyanjung Perjanjian Kolaborasi Komersial (CCA) dengan Petronas seolah-olah ia satu kemenangan besar. Hakikatnya, ia hanyalah satu kompromi yang terus mengukuhkan cengkaman persekutuan sambil memberi Sabah sisa-sisa kecil. Menjadikan ia sebagai “game-changer” hanyalah naratif kosmetik politik yang direka untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Sabah menghasilkan hampir 40% minyak Malaysia, namun pada 2025, royalti petroleum hanya berjumlah RM1.297 bilion daripada keseluruhan hasil negeri RM6.445 bilion. Ketidakseimbangan ini membuktikan betapa sedikitnya manfaat sebenar yang dinikmati rakyat Sabah walaupun sumber negeri dieksploitasi selama berdekad. Sementara itu, kononnya RM2 bilion kontrak OGSE yang diwar-warkan pula menutup kebenaran lain: lebih 70% syarikat tempatan ini tidak aktif, sekadar wujud di atas kertas tanpa kapasiti sebenar. Ini bukan pemerkasaan, sebaliknya tokenisme politik semata-mata.

Tambahan pula, perbandingan berterusan dengan Sarawak adalah mengelirukan dan bersifat mengalah. Kejayaan Sarawak bukan kerana ia “115 tahun ke hadapan” — tetapi kerana keberanian politik dan ketegasan mempertahankan hak. Lebih penting lagi, Sarawak kini giat mempelbagaikan ekonominya ke arah hidrogen, tenaga boleh diperbaharui, dan industri semikonduktor. Sabah pula terus terikat kepada minyak dan gas di bawah dasar sempit GRS — dan dalam sektor ini sekalipun, pegangan ekuiti tanpa kuasa membuat keputusan bukanlah kedaulatan. Pegangan 50% dalam PSC Samarang mungkin kedengaran hebat, namun hakikatnya Sabah masih sekadar pemegang saham pasif sementara Petronas kekal sebagai penentu utama.

Kebergantungan Sabah kepada unjuran harga minyak yang melambung tinggi — AS$76 setong sedangkan harga global lebih hampir kepada AS$60 — adalah perjudian fiskal yang berbahaya. Tanpa kewangan berhemat dan kepelbagaian ekonomi, defisit belanjawan pasti akan menjejaskan kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan asas — dengan rakyat Sabah yang akhirnya menanggung beban.

Kami menegaskan bahawa pemerkasaan sebenar bukanlah melalui peluang subkontrak yang bergantung kepada kelulusan Petronas, tetapi melalui pengembalian kuasa dasar dan autonomi kewangan yang adil sebagaimana termaktub dalam MA63. Selagi perkara ini tidak dicapai, sebarang usaha mengagungkan kompromi separuh jalan hanyalah penghinaan terhadap kecerdikan rakyat Sabah.

Naratif kosmetik tidak mampu menggantikan hak perlembagaan. Sabah berhak menuntut semula sepenuhnya hasil minyak dan gasnya, serta visi berani untuk kepelbagaian ekonomi — bukannya propaganda kitar semula yang dijual sebagai kemajuan. Sedangkan Sarawak kini melabur dalam hidrogen dan semikonduktor — enjin pertumbuhan baharu, bukan minyak dan gas — Sabah di bawah GRS masih dirantai pada tong minyak Petronas.#~Borneo Herald™


No comments:

Post a Comment

Search This Blog