Top posts

Featured Posts

Piala Dr Julia Ongkili di Tamparuli


16-8-2025
TAMPARULI : Satu kejohanan bolasepak melibatkan 100 pasukan akan diadakan di Padang Pekan Tamparuli pada 7 September, 2025 ini.

Penganjur utama kejohanan "cabaran sepakan penalti" Tamparuli, Dr Julia Ongkili, berkata sebanyak 70 pasukan lelaki dan 30 pasukan perempuan dijadual mengikuti pertandingan unik itu.
                            Dr Julia Ongkili 

"Peserta kejohanan ini terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap pasukan dianggotai oleh tujuh orang saja pemain.

"Hadiah menarik wang tunai dan medal disediakan antaranya untuk kategori juara 'winner pool' dan 'loser pool', penjaring gol terbanyak, penjaga gol terbaik dan pasukan/pengurusan terbaik," katanya sambil menambah hadiah adalah untuk kedua-dua kategori jantina.

Menurut Dr Julia tarikh akhir penyertaan ialah 30 Ogos 2025. Peserta boleh menghubungi Muhammad Azley di talian 01116220961.

Sementara itu, Dr Julia, anak bekas Menteri Kehakiman, Datuk Dr James Ongkili, turut disebut-sebut bakal dicalonkan oleh Parti Impian Sabah (PIS) bagi kawasan DUN Tamparuli.




No comments:

Post a Comment

Search This Blog