By Daniel John Jambun, 15-8-2025
WARISAN'S expansion into West Malaysia is not about personal ambition — it is about ensuring that the few hundred thousand Sabah citizens who live, work, and study in the peninsula are not forgotten, ignored, or left voiceless.
Critics who attack this move fail to recognise a simple truth: Sabah First means all Sabahans, whether they are in Kota Belud, Kota Kinabalu, Selangor, or Johor. Our reach may now be national, but our heart remains firmly in Sabah.
It is worth reminding the public that Norazlinah Arif, a former Warisan Assemblyman, rose to political office under the Warisan flag and influence. Today she sits comfortably under Gabungan Rakyat Sabah (GRS) — a government riddled with corruption, scandal, and shameless submission to Malayan political masters. Her defection was not an act of principle, but an act of political self-preservation. A leader with true dignity would rather fight from the opposition bench than sell their soul to a corrupt regime for position and favour.
Rather than standing shoulder to shoulder with her brothers and sisters in defending Sabah’s dignity and rightful share of resources, she chose the easy path — pleading with the federal government and turning a blind eye to the struggles of her own people. This is not leadership; it is political opportunism at the expense of the very state she once pledged to serve.
On the “Shafie for Prime Minister” Smear
On the accusation that Warisan’s expansion is merely a strategy for Datuk Seri Shafie Apdal to project himself as Prime Minister — let us be clear: this is nothing but political propaganda. Even if it were true, what exactly is wrong with that? Are Sabahans and Sarawakians supposed to accept that only West Malaysian leaders are fit to lead this nation?
The Federal Constitution places no such restriction — it does not say that the Prime Minister’s chair is reserved exclusively for leaders from the Peninsula. Sabah and Sarawak are equal partners in the formation of Malaysia. There is no shame — and there should be great pride — in having a capable leader from East Malaysia step forward to serve the whole country. Those who mock this idea are not defending Sabah’s dignity; they are reinforcing the colonial mindset that has kept East Malaysia politically sidelined for decades.
Our Mission Has Never Wavered
From the start, Warisan’s mission has been clear — to protect Sabah’s rights under MA63, defend our resources, and uphold the pride and dignity of our people. Establishing branches in Johor, Selangor, and other states is a strategic way to connect with our people where they are, to keep them informed of our vision, and to unite Sabahans across Malaysia.
Sabahans in the peninsula are part of our state’s story and future. Many have left home to seek education or employment but remain deeply connected to Sabah’s struggles — from fighting for fair revenue distribution to challenging policies that marginalise our state. Warisan’s expansion ensures that no Sabahan is left behind in our political struggle.
Those attacking our expansion conveniently ignore the facts: hundreds of thousands of Sabahans live, work, and study in the peninsula. Are they less Sabahan simply because they have crossed the South China Sea? Should they be abandoned to be courted only by parties from Malaya? We say no.
We reject the notion that fighting for Sabah’s rights must be confined to our shores. To win the battles that matter — whether it’s 40% revenue, oil and gas control, or the defence of our land — we must be present and organised wherever decisions are made. Sometimes that means being in the room, not shouting from outside the door.
Warisan will never apologise for defending Sabahans everywhere. We are, and will remain, a party born in Sabah, rooted in Sabah, and fighting for Sabah — whether that fight takes place in Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, or any corner of Malaysia where Sabahans live.
Those who fear this strategy should ask themselves one question: Do you want a party that waits for change, or a party that goes where it must to bring that change home?
Versi Bahasa Malaysia:
PENGEMBANGAN WARISAN ADALAH UNTUK SEMUA ORANG SABAH — BUKAN KERANA KEPENTINGAN PERIBADI
PENGEMBANGAN Warisan ke Semenanjung Malaysia bukanlah kerana kepentingan atau cita-cita peribadi — ia adalah untuk memastikan ratusan ribu rakyat Sabah yang tinggal, bekerja dan belajar di Semenanjung tidak dilupakan, tidak diabaikan, dan tidak dibiarkan tanpa suara.
Pengkritik yang menyerang langkah ini gagal memahami satu hakikat mudah: Sabah First bermaksud semua orang Sabah, sama ada mereka di Kota Belud, Kota Kinabalu, Selangor atau Johor. Capaian kita kini mungkin bersifat nasional, tetapi hati kita tetap teguh di Sabah.
Perlu diingatkan kepada umum bahawa Norazlinah Arif, bekas ADUN Warisan, naik ke jawatan politik di bawah pengaruh dan panji Warisan. Hari ini beliau duduk selesa di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) — sebuah kerajaan yang dipenuhi skandal, rasuah, dan tunduk tanpa malu kepada tuan politik di Malaya. Tindakannya melompat parti bukanlah atas dasar prinsip, tetapi demi menyelamatkan kedudukan sendiri. Pemimpin yang benar-benar bermaruah lebih rela berjuang di bangku pembangkang daripada menjual jiwa kepada rejim korup demi jawatan dan habuan.
Daripada berdiri bahu-membahu bersama rakyat Sabah mempertahankan maruah dan hak negeri, beliau memilih jalan mudah — merayu kepada kerajaan persekutuan dan menutup mata terhadap penderitaan bangsanya sendiri. Ini bukan kepimpinan; ini adalah oportunisme politik yang menggadaikan negeri yang suatu ketika dahulu beliau ikrarkan untuk berkhidmat.
Mengenai Fitnah “Shafie untuk Perdana Menteri”
Berkaitan tuduhan bahawa pengembangan Warisan hanyalah strategi untuk Datuk Seri Shafie Apdal menonjolkan diri sebagai Perdana Menteri — biar jelas: ini hanyalah propaganda politik. Kalau sekalipun ia benar, apa salahnya? Adakah orang Sabah dan Sarawak perlu menerima bahawa hanya pemimpin dari Semenanjung layak memimpin negara ini?
Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sebarang larangan sedemikian — ia tidak menyatakan bahawa kerusi Perdana Menteri hanya untuk pemimpin dari Semenanjung. Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf dalam pembentukan Malaysia. Tidak ada rasa malu — malah sepatutnya menjadi kebanggaan — apabila seorang pemimpin berkebolehan dari Malaysia Timur tampil untuk memimpin seluruh negara. Mereka yang memperlekehkan idea ini bukan mempertahankan maruah Sabah, tetapi mengukuhkan mentaliti kolonial yang telah lama meminggirkan Malaysia Timur dari arus kepimpinan negara.
Misi Kami Tidak Pernah Berubah
Sejak awal, misi Warisan jelas — mempertahankan hak Sabah di bawah MA63, melindungi sumber negeri, dan memelihara maruah rakyat. Menubuhkan cawangan di Johor, Selangor dan negeri-negeri lain adalah langkah strategik untuk menghubungkan rakyat kita di mana sahaja mereka berada, menyampaikan visi kita, dan menyatukan semua orang Sabah di seluruh Malaysia.
Orang Sabah di Semenanjung tetap sebahagian daripada kisah dan masa depan negeri kita. Ramai yang berhijrah untuk menuntut ilmu atau mencari pekerjaan, tetapi mereka kekal terikat dengan perjuangan Sabah — daripada menuntut agihan hasil yang adil hinggalah mencabar dasar yang meminggirkan negeri kita. Pengembangan Warisan memastikan tidak ada seorang pun rakyat Sabah yang tertinggal dalam perjuangan politik kita.
Mereka yang menyerang langkah ini sengaja menafikan fakta: ratusan ribu rakyat Sabah tinggal, bekerja dan belajar di Semenanjung. Adakah mereka kurang “Sabah” hanya kerana menyeberangi Laut China Selatan? Haruskah mereka diserah bulat-bulat untuk dipancing parti-parti dari Malaya? Jawapan kami: tidak.
Kami menolak tanggapan bahawa perjuangan hak Sabah hanya terhad di dalam sempadan negeri. Untuk memenangi perjuangan penting — sama ada 40% hasil, kawalan minyak dan gas, atau pertahanan tanah kita — kita mesti hadir dan teratur di mana sahaja keputusan dibuat. Kadangkala ia bermakna kita perlu berada di dalam bilik mesyuarat, bukan sekadar melaung dari luar pintu.
Warisan tidak akan sekali-kali meminta maaf kerana mempertahankan rakyat Sabah di mana sahaja mereka berada. Kita adalah, dan akan kekal, sebuah parti yang lahir di Sabah, berakar di Sabah, dan berjuang untuk Sabah — sama ada perjuangan itu berlaku di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, atau di mana-mana sahaja rakyat Sabah berada.
Kepada mereka yang takut dengan strategi ini, tanya diri anda satu soalan: Adakah anda mahukan parti yang hanya menunggu perubahan, atau parti yang pergi ke mana sahaja demi membawa perubahan itu pulang?
Daniel John Jambun ialah Presiden
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment