TAMPARULI : Satu pertandingan ladang padi bukit terbaik peringkat negeri Sabah untuk musim 2025 kini dibuka kepada Orang Asal Sabah.
Presiden Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah), Gaibin Ransoi, berkata hadiah-hadiah menarik menanti pemenang.
"Peserta hendaklah mengusahakan minimum dua ekar padi bukit dan hanya untuk musim ini. Dua kategori iaitu ibu bapa dan belia berumur di bawah 40 tahun," katanya kepada Borneo Herald hari ini.
Menurut Gaibin lagi pertandingan itu bertujuan menggalakkan pengeluaran padi bukit serta menarik minat para belia menceburi sektor pertanian terutama padi bukit di Sabah.
"Hadiah kategori belia ialah RM5,000 bagi tempat pertama, RM4,000 kedua, RM3,000 ketiga dan saguhati RM300 kepada semua peserta.
"Bagi kategori ibubapa, hadiah pertama ialah RM3,000, kedua RM2,500, ketiga RM2,000 manakala saguhati RM200 kepada semua peserta," katanya.
Menurut Gaibin musim menuai padi bukit dijadual Disember 2025 ini.
"Jika sambutan baik, Petanah akan usahakan pertandingan seperti ini pada tahun-tahun depan lagi," katanya.
Yuran penyertaan pertandingan ialah RM50. Tarikh tutup penyertaan ialah 30 November, 2025.
Pertanyaan boleh diajukan kepada Gaibin di talian 01136152060 dan Leetony 0193503605.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment