Aktivis politik Dr Kanul Gindol ketika berucap pendek di majlis KDM di Kadamaian, Kota Belud hari ini.
22-6-2025
KOTA BELUD : Sebuah CSO Sabah atau Civil Society Organisation mencadangkan "nasihat dua-poin" kepada masyarakat Sabah dalam menghadapi PRN tahun ini ~ #TolakPemimpinRasuahIncompetentTamak
#TolakPemimpinPartiMalayaSarawakdiSabah.
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS) berpendapat dua poin itu cukup untuk memandu pemikiran pengundi memfokus kepada parti-parti lokal dan pemimpin serta parti yang tidak tercemar dengan kes-kes rasuah yang semakin menggila di kalangan pemimpin dan parti politik Sabah.
Naib Pengerusi I CAMOS, Dr Kanul Gindol, berkata nasihat dua poin itu sebenarnya sudah sedia diterima oleh majoriti rakyat Sabah, cuma ramai belum memutuskan parti politik macamana yang sebenarnya terbaik sekali untuk dipilih bagi memastikan dua poin itu diangkat oleh rakyat.
"Pada masa ini kita belum menamakan apa-apa parti berkenaan tetapi apabila DUN bubar nanti, parti yang dimaksudkan itu akan menjadi semakin jelas sebagai pilihan yang sesuai untuk diberi mandat mentadbir Sabah," katanya.
Dr Kanul berucap ringkas pada pertemuan bersama kira-kira 35 orang pemimpin komuniti Kampung Terintidon, Kota Belud hari ini. Majlis itu dianjurkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kadamaian.
Turut hadir dan berucap pada majlis itu ialah Penyelaras KDM Kadamaian, Zamal Intim dan para pemimpin KDM Kadamaian iaitu Danny Leinsin Limpakan, Josly Taising dan John Tingoh.#
No comments:
Post a Comment