Top posts

Featured Posts

Don’t Whitewash the Past: GRS Cannot Take Credit for Cleaning Up a Crisis They Helped Create

By Daniel John Jambun, 6-6-2025
THE recent statement by STAR Deputy President Datuk Kenny Chua, that appeared in the Daily Express, praising the Sabah Development Bank’s (SDBank) recovery as a hallmark of GRS’s so-called “economic reform agenda,” is not only misleading—it is a blatant attempt to whitewash the past and rewrite history for political convenience.

Let us be absolutely clear: the Sabah Development Bank scandal was not inherited by GRS—it was engineered over time by the very same political actors who now claim to be fixing it.

Both Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor and Finance Minister Datuk Masidi Manjun were senior Cabinet members during the Barisan Nasional (BN) era, a period when many of Sabah’s state-linked companies—including SDBank—fell into decline through mismanagement, political interference, and abuse of public trust.

Masidi’s Own Admission: A Decades-Long Financial Fraud
In July 2024, Datuk Masidi himself admitted before the Sabah State Assembly that over RM5 billion in non-performing loans—representing 75% of SDBank’s total loan portfolio—had been hidden for years through what he described as “creative accounting.” This practice involved issuing fresh loans to defaulters so that overdue payments could be masked, thereby artificially inflating SDBank’s performance and hiding its actual losses.

Masidi described the situation as a “governance nightmare,” citing a total collapse in risk management, internal controls, and oversight. The bank, he said, had become known in the market as a “bank of last resort”—where politically connected borrowers, unqualified and unchecked, took loans with little to no fear of legal consequence or accountability.

What Masidi failed to mention, however, is this: he was a key part of the very administration that presided over this financial disaster. Hajiji, too, held various ministerial positions during the BN government’s long rule in Sabah. For them now to claim credit for “reforming” what they helped enable is political hypocrisy of the highest order.

One Case Does Not Make a Reform Agenda
Let us be honest: While any financial recovery at SDBank is welcome, this is not proof of a wider reform agenda. If anything, it is a belated response to a long-festering problem—one that the same political class allowed to grow unchecked for nearly two decades.

Where are the reforms in:

Sabah’s electricity sector, which continues to suffer from blackouts and underinvestment?

Water infrastructure, where chronic shortages plague even urban centres?

Public transparency, with no independent audits published for other GLCs or departments?

Anti-corruption enforcement, when the public still sees politically connected individuals go unpunished?

SDBank’s restructuring—led by a new management team and board only installed in mid-2023—cannot be used to launder GRS’s legacy of failure.

“Sabah First” Cannot Be a Slogan of Convenience
The claim that SDBank now operates on a “Sabah First” basis rings hollow when viewed in context. If Sabah’s interests truly came first, then:

Why were billions in public funds ever loaned to West Malaysian tycoons with no ties to local development?

Why were there no interventions when these practices were actively taking place under the watch of BN and early GRS leaders?

You cannot suddenly invoke “Sabah First” when you were Sabah Last for decades.

Conclusion: Reform Requires Accountability, Not Reinvention
Real reform begins with truth and accountability—not reinvention and repackaged narratives. Sabahans are not so easily fooled. They know that the same political elites responsible for past misgovernance are now trying to rebrand themselves as reformers, hoping one bank’s restructuring can erase years of systemic failure.

We say: No more political amnesia. No more recycled promises.

If GRS is serious about reform, it must go beyond slogans and spin. It must hold those responsible to account—including those in its own ranks—and restore institutional integrity across all levels of government.

Until then, the people of Sabah will not—and should not—be swayed by hollow victories over crises they helped create.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia foundation (BoPiMaFo) &
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).



Versi Bahasa Malaysia:

KENYATAAN MEDIA
6hb Jun 2025

Jangan Putar Belit Sejarah: GRS Tidak Boleh Mendakwa Membetulkan Krisis Yang Mereka Sendiri Cipta


KENYATAAN terbaru oleh Timbalan Presiden STAR, Datuk Kenny Chua, yang memuji pemulihan kewangan Sabah Development Bank (SDBank) sebagai kejayaan agenda reformasi ekonomi GRS adalah bukan sahaja mengelirukan, malah cubaan terang-terangan untuk menutup sejarah dan mengolah semula naratif demi kepentingan politik.

Kita perlu jelas: skandal kewangan di SDBank bukan sekadar masalah yang diwarisi oleh GRS—ia adalah masalah yang dibina secara beransur-ansur oleh pelakon politik yang sama yang kini mendakwa mereka sedang “membaikinya.”

Kedua-dua Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun adalah tokoh kanan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) selama bertahun-tahun—era di mana banyak syarikat berkaitan kerajaan negeri, termasuk SDBank, mula merosot akibat salah urus, campur tangan politik dan ketirisan amanah awam.

Pengakuan Masidi Sendiri: Skandal Kewangan Selama Dua Dekad
Pada Julai 2024, Datuk Masidi mengakui di Dewan Undangan Negeri bahawa lebih RM5 bilion pinjaman tidak berbayar (NPL)—bersamaan 75% daripada keseluruhan pinjaman SDBank—telah disembunyikan selama bertahun-tahun melalui apa yang beliau sendiri istilahkan sebagai “perakaunan kreatif.”

Amalan ini melibatkan pemberian pinjaman baharu kepada peminjam yang gagal membayar hutang lama supaya kelewatan bayaran dapat disembunyikan, sekaligus mewujudkan gambaran palsu bahawa prestasi kewangan bank adalah baik.

Masidi menyifatkan situasi itu sebagai “mimpi ngeri tadbir urus,” dengan kegagalan sepenuhnya dari segi kawalan dalaman, pengurusan risiko dan semakan pinjaman. Malah pasaran menjuluki SDBank sebagai “bank pilihan terakhir” bagi peminjam yang ditolak oleh institusi kewangan lain—dan akhirnya bank ini menanggung kerugian besar.

Namun apa yang tidak dinyatakan Masidi ialah: beliau sendiri adalah sebahagian daripada pentadbiran yang menyaksikan krisis ini membesar. Hajiji pula pernah memegang pelbagai jawatan menteri semasa era BN. Maka adalah hipokrasi yang nyata apabila mereka kini tampil kononnya sebagai penyelamat krisis yang mereka sendiri benarkan berlaku.

Satu Kes Tidak Membuktikan Reformasi
Walaupun sebarang pemulihan di SDBank dialu-alukan, ia bukan bukti kukuh bahawa satu agenda reformasi sedang berlangsung. Ia hanyalah tindak balas terlewat terhadap masalah yang telah lama dibiarkan.

Di mana reformasi terhadap:

Krisis bekalan elektrik Sabah yang masih menjadi antara yang terburuk di negara ini?

Masalah air, yang masih menghantui kawasan bandar dan luar bandar?

Ketelusan pengurusan GLC, tanpa audit bebas atau pembentangan laporan kepada rakyat?

Tindakan terhadap korupsi, apabila ramai kroni politik masih bebas dan tidak didakwa?

Penstrukturan semula SDBank—yang hanya bermula selepas pelantikan lembaga pengarah dan pengurusan baharu pada pertengahan 2023—tidak boleh dijadikan pencuci dosa warisan kegagalan GRS sendiri.

“Sabah First” Bukan Slogan Bermusim
Dakwaan bahawa SDBank kini mengutamakan prinsip “Sabah First” tidak lebih daripada retorik manis. Jika benar Sabah diutamakan:

Mengapa berbilion ringgit dana negeri diberikan kepada taikun dari Semenanjung yang gagal membayar balik?

Mengapa tiada tindakan sewajarnya diambil ketika semua ini sedang berlaku—di bawah pentadbiran yang diketuai oleh mereka yang kini dalam GRS?

Anda tidak boleh secara tiba-tiba melaungkan “Sabah First” apabila selama ini anda menjadi simbol “Sabah Last.”

Kesimpulan: Reformasi Memerlukan Akauntabiliti, Bukan Solekan Politik
Reformasi sebenar bermula dengan kebenaran dan pertanggungjawaban—bukan helah politik dan slogan kosong. Rakyat Sabah tidak mudah diperdaya. Mereka tahu siapa yang mencipta masalah, siapa yang membisu selama ini, dan siapa yang kini mahu tampil sebagai wira tanpa meminta maaf atas sejarah sendiri.

Kami katakan: Cukup-cukuplah dengan amnesia politik. Hentikan sandiwara kitar semula.

Jika GRS benar-benar ikhlas untuk membawa perubahan, maka ia mesti melepasi retorik dan mengambil tindakan tegas—termasuk terhadap pemimpin dalam kalangan mereka sendiri. Institusi negeri tidak boleh dibersihkan dengan tangan yang sama yang mengotorkannya.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) &
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#~Borneo Herald™

No comments:

Post a Comment

Search This Blog