Top posts

Featured Posts

Reset Sabah: Gerakan Rakyat Untuk Meruntuhkan Rejim Gagal


Oleh Daniel John Jambun, 5-6-2025
SABAH kini berada di ambang pilihan raya paling menentukan dalam sejarahnya. Seruan untuk reformasi menyeluruh dan tidak dapat diundur lagi semakin lantang. "Reset Sabah" bukan sekadar slogan—ia adalah laungan keramat kerajaan baharu yang bakal mengambil alih, yang diharapkan diterajui Warisan, untuk merampas kembali tanah air daripada rejim yang telah gagal dalam setiap aspek.

Selama lima tahun di bawah pentadbiran GRS, Sabah telah dijadikan bahan ketawa: sebuah negeri yang kaya dengan sumber, tetapi musnah oleh salah urus, korupsi, dan ketundukan membuta tuli kepada kuasa pusat. Sabah tidak rosak secara semula jadi—ia dirosakkan secara terancang.

Sabah Dalam Krisis: Realiti Yang Tidak Boleh Disangkal

Rakyat Sabah tidak berhalusinasi. Mereka kecewa—dan dengan sebab yang jelas:

Krisis Bekalan Air Terburuk di Malaysia – Keperluan asas kini menjadi mimpi ngeri harian. Air bersih kini dianggap barang mewah.

Kerap Kali Bekalan Elektrik Terputus – Bandar dan kampung bergelap, sementara pemimpin berpesta cahaya.

Jalan Raya Paling Teruk di Negara – Jalan rosak dan berbahaya, mencerminkan arah pentadbiran GRS: retak dan tidak layak.

Kadar Kemiskinan Tertinggi – Dalam negeri yang kaya, rakyat terpaksa bergelut untuk hidup.

Kadar Pengangguran Tertinggi (7.7%) – Terutamanya anak muda, yang terpaksa berhijrah demi masa depan.

Sekolah Dalam Keadaan Uzur – 589 daripada 1,200 sekolah diklasifikasikan sebagai daif; 225 daripadanya kritikal. Anak-anak Sabah sedang dicuri masa depan mereka.

Sistem Kesihatan di Ambang Kegagalan – Klinik tanpa doktor, hospital tanpa peralatan, pesakit dibiar merana.

Kes Rasuah Tertinggi di Malaysia – Pemimpin hidup mewah, rakyat terus merana.

Moral Penjawat Awam Merudum – Semangat kerja hancur akibat campur tangan politik.

Rampasan Tanah Oleh Kroni Politik – Tanah rakyat dirampas atas nama “pembangunan.”

Kemusnahan Alam Sekitar Yang Dibiarkan – Hutan digondol, sungai dicemar, semuanya didiamkan.

Sebuah Negeri Dikhianati Oleh Pemerintahnya Sendiri

Ini bukan sekadar kelemahan pentadbiran—ini adalah pengkhianatan. Rasuah telah merebak ke setiap urat nadi kerajaan negeri. Institusi dirampas. Dana awam dicuri. Perkhidmatan awam dipolitikkan. Rakyat menjadi penonton kepada perompakan yang berlaku secara terbuka.

Yang patuh diberi ganjaran. Yang menentang dibisukan. Ini bukan pentadbiran—ini penjajahan berselindung, oleh orang kita sendiri.

Mengapa Tadbir Urus Baik Bukan Lagi Pilihan, Tapi Keharusan

Sabah mesti keluar daripada kitaran pergantungan, ketakutan, dan kehancuran ini. Reset Sabah membayangkan sebuah kerajaan yang:

Melantik Berdasarkan Merit, bukan kesetiaan politik.

Mengamalkan Ketelusan Menyeluruh, bukan keputusan sulit.

Bertanggungjawab Sepenuhnya, bukan lepas tangan.

Menegakkan Keadilan, bukan kronisme.

Mendengar Rintihan Rakyat, bukan menolaknya.

Mentadbir bukan hak istimewa—ia adalah amanah rakyat. Kerajaan seterusnya mesti melaksanakan tugas dengan rendah diri, integriti, dan kecekapan—atau undur diri.

Sabah Perlukan Pemimpin, Bukan Boneka

Kita perlukan pemimpin yang berani, jujur dan tegas—yang akan mempertahankan hak Sabah, bukan jadi alat Putrajaya. Sabah tidak perlukan pengampu. Ia perlukan pejuang.

Kerajaan baru ini tidak akan tunduk. Ia tidak akan merayu. Ia akan menuntut hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Cukup-cukuplah dengan pengkhianatan.

Agenda Reset Sabah: Tegas, Berani dan Tidak Boleh Dikompromi

Basmi Rasuah – Wujudkan ketelusan institusi. Tempatkan pegawai SPRM di semua kementerian utama termasuk Pejabat Ketua Menteri. Rasuah mesti dipantau secara harian, bukan selepas berlaku.

Pulihkan Ekonomi Sabah – Bangunkan industri tempatan, cipta peluang pekerjaan, dan pastikan kekayaan Sabah untuk rakyat Sabah.

Tegakkan Autonomi Sabah – Pertahankan hak di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan. Sokong sepenuhnya tindakan undang-undang oleh SABAR dan SLS untuk mencabar Akta Laut Wilayah 2012 dan menuntut 40% hasil bersih persekutuan.

Baik Pulih Institusi Awam – Bebaskan perkhidmatan awam daripada politik dan pulihkan keyakinan rakyat.

Pulihkan Infrastruktur & Perkhidmatan Asas – Baiki jalan, stabilkan bekalan elektrik, selesaikan isu air, dan tingkatkan kemudahan kesihatan serta pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

Akhiri Kronisme, Laksanakan Tadbir Urus Inklusif dan Berdasarkan Merit – Semua rakyat Sabah mesti diberi peluang saksama.

Penutup: Bangkit Atau Binasa—Pilihan Di Tangan Kita

Sabah telah terlalu lama diperintah secara rosak. Jalan pemulihan bukan mudah, tetapi ia mesti bermula dengan keberanian di peti undi dan kesatuan dalam perjuangan.

Reset Sabah bukan hanya rancangan kerajaan baru—ia adalah tuntutan rakyat. Ia adalah titik perubahan untuk menuntut semula maruah dan masa depan kita.

Masa untuk bangkit adalah sekarang.
Akan terus kita derita di bawah rejim korup? Atau bangkit, reset dan bina semula Sabah?

Perubahan bukan pilihan. Ia satu-satunya jalan untuk menyelamatkan Sabah.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) &
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)




English Version :

Sabah Reset: The People's Movement to Dismantle a Failed Regime

AS Sabah stands on the threshold of a defining election, the cry for bold and irreversible reform has grown deafening. The “Sabah Reset” is not mere rhetoric—it is the rallying call of a new incoming government, led by the people’s hope, possibly under Warisan, to take back our homeland from a regime that has failed us at every turn.

For five long years, the GRS-led administration has reduced Sabah to a cautionary tale: a land blessed with immense resources but cursed with misrule, corruption, and blind subservience to federal overlords. Sabah is not broken by nature—it is being broken by design.

Sabah in Ruin: The Reality No One Can Deny

Sabahans are not delusional. They are disillusioned—and for good reason:

Worst Water Supply in Malaysia – A basic necessity has become a daily nightmare. Clean water is now a luxury.

Most Frequent Blackouts – Our cities and villages plunge into darkness while leaders bask in the spotlight.

Worst Roads Nationwide – Dangerous, crumbling roads that reflect the state’s direction under GRS: broken and unfit for purpose.

Highest Poverty Rate – In a resource-rich state, our people are forced to scrape for survival.

Highest Unemployment (7.7%) – Especially among youth, who are pushed out of Sabah in search of dignity.

Schools in Crisis – Over 589 out of 1,200 schools are dilapidated, 225 in critical condition—Sabah’s children are being robbed of their future.

Healthcare Collapse – Empty clinics, unequipped hospitals, suffering patients. Our health system is a national disgrace.

Corruption Capital – Sabah leads in corruption cases—leaders feed off public wealth with impunity.

Demoralised Civil Service – Dedicated officers demotivated by political interference and nepotism.

Land Grab Scandals – Cronies and political allies seize native land under the guise of “development.”

Environmental Plunder – Logging, mining, and pollution carried out with zero regard for sustainability.

A State Betrayed by Its Own Government

This is not just mismanagement—it is betrayal. Corruption has metastasised into every limb of the state. Institutions are captured. Public funds are siphoned off. Civil service is politicised. The people have been reduced to bystanders while a cartel of elites tightens its grip on Sabah.

Silence is rewarded, dissent punished. This is not governance. This is occupation in disguise—by our own.

Why Good Governance Is No Longer an Option—It Is the Only Option

Sabah must break the cycle of dependency, subservience, and decay. The Sabah Reset envisions a government that:

Appoints Based on Merit, not political loyalty.

Practices Total Transparency, not secrecy.

Holds Power Accountable, not protected.

Upholds Justice, not favours.

Listens to the People, not dismisses them.

Governance is not a privilege of power—it is a sacred duty. The next government must serve with humility, integrity, and competence—or step aside.

Sabah Deserves Leaders, Not Lackeys

We need a generation of leadership that speaks truth to power, defends our rights, and reclaims our future. Sabah doesn’t need yes-men to Putrajaya—it needs warriors for the people.
This new government will not bend. It will not beg. It will demand what is rightfully ours under the Malaysia Agreement 1963 (MA63). No more betrayals.

The Sabah Reset Agenda: Bold and Non-Negotiable

Crush Corruption – Institutionalise transparency. Place MACC officers in every ministry, especially the Chief Minister’s Office. No more unchecked power.

Reclaim the Economy – Develop homegrown industries, create jobs, and ensure Sabahans benefit from Sabah’s wealth.

Assert Autonomy, Not Ask for It – Enforce Sabah’s constitutional rights under MA63 and support all legal efforts (SABAR, SLS) to challenge the Territorial Sea Act 2012 and secure Sabah’s 40% federal revenue entitlement.

Fix Broken Institutions – Restore independence to public service and end political interference.

Revive Basic Services – Repair our roads, stabilise electricity, resolve water woes, and rebuild our hospitals and schools—especially in rural areas.

End Cronyism – Replace it with inclusive, fair, and merit-based appointments that reflect the true spirit of Sabah.

Conclusion: Rise or Rot—The Choice is Ours

Sabah has suffered enough. We cannot afford another five years of lies, of plunder, of betrayal. The Sabah Reset is not just a plan—it is a revolution of accountability. It is Sabah’s last chance to rise.

Let this be the generation that said enough. Let this be the government that truly serves. Let this be the moment Sabah rewrites its destiny.

Change is not optional. It is a matter of survival.
Reset now—or perish under a regime that no longer serves the people.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) and
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#~Borneo Herald™

KDM, PBS and Warisan to fight it in the Rungus land of Matunggong



          Julita Majungki           Wetrom Bahanda

By Jesselton Times, picked by Borneo Herald, 3-6-2025

KOTA KINABALU: Three decades ago, the Matunggong state constituency located in northern Sabah was home to numerous prominent political figures.

These include Datuk Mathius Majihi, Datuk Markus Majihi, Atong Magabis, Jornah Mojihim, Sarapin Magana, and Datuk Jelani Hamdan.

Currently, the Matunggong state seat is represented by YB Datuk Julita Mojungki.

Julita has served as the representative for the Matunggong for two terms and is the Secretary-General of the Parti Bersatu Sabah (PBS), with expectations to defend her seat in the forthcoming state election (PRN).

However, in contrast to the political landscape two terms ago, where Julita secured an easy victory in the Matunggong state constituency, political analysts now anticipate that the incumbent will encounter significant opposition from various figures in opposition parties, particularly from Datuk Wetrom Bahanda, the Deputy President of the KDM party.

Social Activist and Political Analyst, Dr Kanul Gindol, stated that considering the previous PRU outcomes for the Kota Marudu parliamentary constituency, where the Matunggong DUN showed significant backing for KDM, he anticipates that Wetrom is likely to run in Matunggong.

“Should this occur, I foresee a heated confrontation that will elevate the political climate of the forthcoming state election,” he remarked, adding that it would be a scenario of “if we win, we win; if we lose, we lose.”

Kanul noted that many perceive Wetrom’s influence to be on par with Julita’s in Matunggong, particularly as Wetrom and KDM are viewed as gaining momentum, while Julita and PBS are seen by many as losing ground.

The fierce rivalry between Wetrom and Julita for the Rungus Matunggong seat is undoubtedly influenced by elements such as their community service histories, affiliations with the Malaya party, religious backgrounds, and the involvement of another local party, Warisan, maybe through veteran Jornah Mozihim.

Can Jornah Mozihim make a comeback in Matunggong? It is not impossible, say many.

“Even though the odds seem to be evenly matched for both candidates, it is not out of the question for Wetrom, to pull off another unexpected victory in the Sabah state election, similar to his triumph in the Bandau state assembly and subsequently in the parliamentary election for the Kota Marudu constituency,” Dr Kanul emphasised.

He pointed out that the appeal and charisma of both Wetrom and Julita will be rigorously tested this time in Matunggong, especially as local party sentiments reach their peak, while Barisan Nasional, previously represented by PBRS, is contending with the anti-Malaya party sentiment.

In the 2020 state election, Matunggong experienced an eight-cornered contest, with three parties garnering the most votes: PBS, BN, and PKR. Julita emerged victorious with 4,369 votes, followed by Richard Kastum (BN/PBRS) with 2,859 votes, Sazalye Donol Abdullah (PKR) with 1,680 votes, Dr. Paul Porodong (Independent) with 1,069 votes, Sarapin Magana (PCS) with 843 votes, Hibin Masalin (Gagasan) with 223 votes, Joseff Emmanuel (Independent) with 51 votes, and another Independent candidate, Ronald Tampasok, with 82 votes.

In the 15th General Election of 2022, Wetrom emerged as a “giant killer” in the Kota Marudu constituency by defeating the PBS President, Datuk Dr. Maximus Ongkili, with a significant majority of 8,174 votes.

Dr. Kanul noted that Wetrom’s accomplishment is remarkable, especially considering he had only been a member of the party for a few days when he ran under the KDM emblem.

In the 2022 election, Wetrom garnered 24,318 votes, while Dr. Maximus received 16,144 votes, Jilid Kuminding @ Zainuddin (Warisan) obtained 5,320 votes, Sharizal Denci (Muda) got 3,225 votes, Norman Tulang (Independent) had 660 votes, and Mohd Azmi Zulkiflee (Pejuang) secured 279 votes.#~Jesselton Times/Borneo Herald ™

Stop Insulting Sabahans — Demanding Our Rights Is Not “Shouting”



By Daniel John Jambun, 31-5-2025
WE refer to the recent statement by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim during the Sabah-level Kaamatan celebration, where he implied that firm demands for state rights amount to "harsh words" and "shouting", and that only those who negotiate "calmly" with Putrajaya will be rewarded.

This statement is not only condescending—it is an insult to the intelligence, dignity, and constitutional rights of the Sabahan people.

Let us be unequivocal: Sabah is not begging. We are demanding what was promised to us under the Malaysia Agreement 1963 (MA63), the Inter-Governmental Committee (IGC) Report, and the Federal Constitution. These are not emotional appeals—they are legal and historical entitlements.

If the Prime Minister believes that dignity must be exchanged for allocations, and that "good behaviour" is the currency for getting what is rightfully ours, then he has grossly misunderstood the meaning of federalism and justice.

1. Asking Nicely Has Gotten Sabah Nowhere

For decades, Sabah’s leaders have extended cooperation after cooperation to the Federal Government—yet we remain the poorest state, with the worst infrastructure, and billions owed in oil royalties and tax revenue still unpaid. What has “calm negotiation” really brought Sabah?

Meanwhile, Sarawak was forced to threaten legal action and assert its power through Petros before anything moved. Abang Johari did not whisper to Putrajaya—he stood firm, and he got results.

2. This Is Not About Shouting—It’s About Standing Up

Calling Sabahan demands “shouting” is a classic tactic to discredit assertiveness. What Anwar calls noise, we call courage. What he calls confrontation, we call constitutional defence.

We are not here to win arguments. We are here to win back the dignity, autonomy, and economic justice that Sabah was promised and continues to be denied.

3. Federalism Is Not Feudalism

Let it be known: state rights are not gifts from Putrajaya to be distributed based on tone and obedience. This is not a monarchy where rewards are given to the loyal and withheld from the bold. It is a Federation of equal partners—and Sabah is one of the founding partners.

4. Sabah’s Future Cannot Be Held Hostage to Political Politeness

Whether or not there is an election in Sabah is irrelevant. The struggle to reclaim our rights does not belong to any one party or government—it belongs to the people of Sabah, and we will continue to speak out, expose wrongdoing, and demand justice, whether or not Putrajaya approves of our tone.

We will not be silenced by veiled threats. We will not be pacified with shallow praise. And we will not trade our rights for empty promises.

Sabah’s dignity is not negotiable.

Daniel John Jambun is President of
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) & Change Advocate Movement Sabah  (CAMOS)

Versi Bahasa Malaysia:

Hentikan Menghina Rakyat Sabah — Menuntut Hak Bukan “Menjerit”

Kami merujuk kepada kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di mana beliau membayangkan bahawa tuntutan tegas terhadap hak-hak negeri disamakan dengan “kata-kata kasar” dan “menjerit”, serta menyatakan bahawa hanya mereka yang berunding “dengan tenang” dengan Putrajaya akan diberikan ganjaran.

Kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan merendahkan—ia adalah satu penghinaan terhadap maruah, akal dan hak perlembagaan rakyat Sabah.

Perlu ditegaskan dengan jelas: Sabah tidak merayu. Sabah menuntut apa yang telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), dan Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan soal emosi—ini adalah hak yang sah berdasarkan undang-undang dan sejarah.

Jika Perdana Menteri merasakan bahawa maruah perlu dikorbankan demi mendapatkan peruntukan, dan “kelakuan baik” menjadi syarat untuk menerima apa yang sememangnya milik kita, maka beliau telah gagal memahami makna sebenar persekutuan dan keadilan.

1. Berunding Secara Baik Tidak Pernah Mengubah Nasib Sabah
Selama berdekad-dekad, para pemimpin Sabah telah menunjukkan kerjasama yang berterusan dengan Kerajaan Persekutuan—namun kita kekal sebagai negeri termiskin, dengan infrastruktur paling teruk, dan hasil minyak serta cukai berbilion ringgit masih belum dipulangkan. Apakah hasil sebenar dari rundingan “tenang” itu?

Sebaliknya, Sarawak terpaksa mengancam tindakan undang-undang dan menubuhkan Petros dengan tegas sebelum sebarang hasil diperoleh. Abang Johari tidak membisik kepada Putrajaya—beliau berdiri teguh, dan beliau berjaya.

2. Ini Bukan Soal Menjerit—Ini Soal Maruah
Menyamakan suara rakyat Sabah dengan “menjerit” adalah taktik lapuk untuk menidakkan keberanian. Apa yang Perdana Menteri panggil bising, kami panggil keberanian. Apa yang beliau anggap konfrontasi, kami anggap sebagai mempertahankan hak.

Kami bukan mahu menang hujah. Kami mahu menuntut semula maruah, autonomi dan keadilan ekonomi yang telah dijanjikan kepada Sabah tetapi terus dinafikan.

3. Persekutuan Bukan Sistem Feudal
Ingatlah: hak-hak negeri bukan hadiah dari Putrajaya yang boleh diberi atau ditarik semula bergantung kepada kesetiaan atau kelembutan nada suara. Ini bukan kerajaan beraja yang menganugerahkan ganjaran kepada yang patuh dan menghukum yang tegas. Ini adalah Persekutuan rakan kongsi yang setara—dan Sabah ialah rakan pengasas negara.

4. Masa Depan Sabah Tidak Boleh Dijadikan Tahanan Kepada Kesopanan Politik
Sama ada pilihan raya negeri akan datang atau tidak adalah tidak relevan. Perjuangan untuk mendapatkan semula hak-hak kita bukan milik mana-mana parti atau kerajaan—ia milik rakyat Sabah, dan kami akan terus bersuara, mendedahkan penyelewengan, dan menuntut keadilan, walaupun Putrajaya tidak menyukai nada kami.

Kami tidak akan dibisukan oleh ancaman tersirat. Kami tidak akan dipujuk dengan pujian kosong. Dan kami tidak akan menukar hak kami dengan janji yang tidak bermakna.

Maruah Sabah bukan untuk dirundingkan.

Daniel John Jambun
Presiden
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) & Change Advocate Movement Sabah  (CAMOS).#~Borneo Herald™


#~Borneo Herald™

Sabah Perlu Tindakan, Bukan Alasan — Skandal Perlombongan Jangan Dikambus Dengan Prosedur


Oleh Daniel John Jambun, 30-5-2025
KAMI mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri hari ini di Hongkod Koisaan KDCA di Penampang berkenaan skandal perlombongan di Sabah. Walaupun kami menghargai kehadiran beliau sempena sambutan Kaamatan dan pendiriannya terhadap keperluan proses undang-undang, kami tidak boleh berdiam diri apabila isu serius yang melibatkan berbilion ringgit hasil bumi Sabah disisihkan dengan alasan prosedur dan analogi yang mengelirukan.

Perlu ditegaskan: tiada siapa meminta Perdana Menteri bertindak sebagai diktator. Apa yang rakyat Sabah tuntut ialah keberanian moral, ketegasan politik, dan kepimpinan yang telus—terutamanya apabila kekayaan negeri ini terus dirompak di bawah pengawasan pihak yang berkuasa.

Skandal perlombongan ini bukan isu kecil. Ia bukan sekadar video tular atau rakaman yang dikatakan dihasilkan oleh AI—ia adalah penyalahgunaan kuasa yang nyata dan serius, eksploitasi terhadap sumber asli kita, dan tanda jelas bahawa rakyat Sabah seolah-olah dibiarkan mempertahankan diri sendiri manakala mereka yang bersalah terus dilindungi.

Kami amat bimbang dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyamakan pemberi maklumat (whistleblower) dengan penjenayah yang menggelapkan berbilion ringgit. Analogi ini bukan sahaja salah—malah memberikan mesej yang merbahaya. Pemberi maklumat bukan masalah—merekalah benteng terakhir antara rasuah dan kebenaran. Mengatakan mereka tidak layak dilindungi hanya akan melemahkan keberanian rakyat untuk mendedahkan salah laku pada masa hadapan.

Jika benar kerajaan kini memiliki rakaman penuh, rakyat berhak tahu dengan segera: Apakah tindakan SPRM? Siapa yang telah disoal siasat? Aset siapa yang telah dibekukan? Bilakah rakyat akan tahu kebenaran?

Lebih membimbangkan, pujian terbuka Perdana Menteri terhadap Ketua Menteri—dalam keadaan wujud persoalan sah terhadap penglibatan pentadbiran beliau dalam skandal ini—menambah persepsi bahawa kepentingan politik lebih diutamakan daripada integriti dan keadilan.

Sabah telah lama dirompak kekayaannya. Ini bukan soal politik semata-mata—ini soal maruah, akauntabiliti, dan masa depan rakyat kita.

Kami mendesak Perdana Menteri agar menunaikan kata-katanya sendiri. Jangan biarkan hak Sabah dikambus oleh birokrasi. Jangan jadikan proses undang-undang sebagai alasan untuk tidak bertindak.

Rakyat sedang memerhati. Dan kami tidak akan berdiam diri.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).



The English Version:

Sabah Deserves Action, Not Excuses — The Mining Scandal Must Not Be Buried Under Procedure

We take note of the Prime Minister's remarks today at the KDCA Hongkod Koisaan in Penampang regarding the Sabah mining scandal. While we welcome his presence at Kaamatan and his stated commitment to due process, we cannot remain silent when such a serious issue involving billions in Sabahan resources is brushed aside with procedural deflections and misplaced analogies.

Let us be clear: no one is asking the Prime Minister to act like a dictator. What Sabahans are demanding is moral courage, political clarity, and transparent leadership—especially when our state’s wealth is plundered under the watch of those in power.

The Sabah mining scandal is not a trivial matter. It is not just about viral videos or AI-generated clips—it is about the very real and visible abuse of power, the exploitation of our natural resources, and the growing sense that Sabahans are being left to fend for themselves while those responsible remain protected.

We are deeply concerned by the Prime Minister’s statement comparing whistleblowers to criminals who embezzle billions. This analogy is not only flawed—it sends the wrong message. Whistleblowers are not the problem. They are often the last line of defence between corruption and truth. To suggest they do not deserve protection is to discourage future acts of public courage that expose wrongdoing.

If indeed the government is in possession of the full footage, then the people deserve an immediate update: What has the MACC done? Who has been questioned? What assets have been frozen? When will the public know the truth?

Furthermore, the Prime Minister’s public praise of the Chief Minister—at a time when legitimate questions are being raised about his administration’s role in this scandal—only deepens the perception that political alliances are being prioritised over integrity and justice.

Sabah has been robbed of its wealth for far too long. This is not about politics—it is about dignity, accountability, and the future of our people.

We urge the Prime Minister to live up to his own words. Do not let Sabah’s rights be buried under bureaucracy. Do not let due process become a shield for inaction.

The people are watching. And we will not stay silent.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).#~Borneo Herald™

Banyak perlu dibuat untuk perkasakan rumpun Dayak, kata Presiden PKRDS

                      Cleftus Spine Mojingol


Oleh Cleftus Spine Mojingol, 29-5-2025
Sempena Tadau Kaamatan & Gawai 202
1. SALAM persaudaraan dan perpaduan kepada semua rumpun Dayak di Sabah dan Sarawak. Sekali lagi kita menyambut Tadau Kaamatan dan juga Gawai, dua acara tahunan yang meriah dan bermakna kepada kita.
2. Sejajar dengan kemajuan yang semakin rancak, marilah kita memperingati keperluan untuk terus memelihara kebudayaan dan tradisi kita termasuk bahasa ibunda kita yang semakin disisihkan oleh ramai kalangan kita sendiri.
3. Rumpun Dayak berterima kasih kepada pihak kerajaan  pusat dan negeri kerana terus membantu kita termasuk dalam memberi geran memperkembangkan kebudayaan dan cara hidup kita bukan sahaja dalam penggalakan bahasa-bahasa tempatan tetapi dalam pelbagai bidang seperti ilmu perubatan herba, seni, musik, binaan dan sebagainya.
4. Lebih banyak penyelidikan dan pendokumentasian perlu dilakukan terhadap setiap segi hidup suku-suku dan kaum-kaum rumpun Dayak ini bagi mengukuhkan lagi keluarga Dayak.
5. Kemudahan infrastruktur seperti pusat-pusat kebudayaan, masyarakat dan ilmu bagi setiap kaum rumpun Dayak adalah sesuatu yang kita idamkan dalam menyerlahkan dan memperkasa lagi ketamadunan rumpun ini.
6. Usaha untuk memperkasa penyertaan lebih bermakna rumpun Dayak antara lain dalam perniagaan, industri, pertanian dan pelancongan sangat penting dibangun tambah, dan untuk ini sudah masanya kerajaan memberi fokus dan sumber kepada Sabah dan Sarawak.

Sekian.
Kotobian Tadau Kaamatan & 
Gayu Guru Gerai Nyamai.

Cleftus Spine Mojingol ialah Presiden 
Pertubuhan Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah [PKRDS].#~Borneo Herald™

Decolonising Belief: Indigenous Identity and the Fight for Freedom of Conscience in Postcolonial Southeast Asia

 



By Daniel John Jambun, 26-5-2025
Presented at the ASEAN Freedom of Thought, Conscience & Belief Forum, Kuala Lumpur, 25th May 2025

Introduction
Freedom of thought, conscience, and belief is often discussed in abstract or legalistic terms. However, in Southeast Asia, and particularly in postcolonial states such as Malaysia, Indonesia, and Myanmar, this freedom is deeply entangled with questions of power, identity, and historical injustice. Nowhere is this more evident than in the lived experience of indigenous peoples — including those in the Malaysian state of Sabah — whose ancestral belief systems and cultural autonomy have been systematically eroded through state-led homogenization, politicized religion, and constitutional manipulation.

This paper argues that decolonizing belief is not merely about protecting religious freedom in a narrow legalistic sense, but about restoring dignity, cultural sovereignty, and plurality to historically marginalized communities. It challenges ASEAN — under Malaysia’s 2025 chairmanship — to move beyond rhetorical commitments and confront the systemic violations of conscience and belief that persist within its member states.

Colonial and Postcolonial Legacies
The colonial powers in Southeast Asia did not merely extract resources — they imposed structures that redefined and regulated belief. In British North Borneo (now Sabah), indigenous animistic and syncretic traditions were either ignored or discouraged. Christian missions were supported as instruments of 'civilization', while colonial administrators preferred a uniform religious identity for administrative ease.

Post-independence, these patterns persisted. Instead of embracing indigenous diversity, many ASEAN states, including Malaysia, doubled down on religious centralization. Malaysia’s constitutional designation of Islam as the religion of the Federation, for instance, has led to the sidelining of non-Muslim voices in policy, law, and education — including the ancestral belief systems of Sabah and Sarawak’s native peoples.

This creates an ongoing “internal colonization” in which indigenous identities are remoulded to fit a narrow national narrative — one that excludes freedom of conscience and imposes belief as a tool of state legitimacy.

Sabah offers a unique case study
Its people — the Momogun (Indigenous) communities — practiced deeply spiritual, animist and syncretic traditions long before the arrival of monotheistic religions. For decades, their beliefs were neither fully respected nor protected. State efforts, sometimes in collusion with federal actors, have resulted in deceptive conversions, discriminatory resource allocation, and exclusion from religious decision-making bodies.

Faith Without Consent: Spiritual Colonization in Sabah
In May 2025, another case of religious conversion by deception surfaced in Nabawan, Sabah — a disturbing pattern that continues to violate personal dignity and erode interfaith trust. As I stated during the forum:

> "This is not dakwah; it is spiritual colonization. Belief must be born of conviction, not coercion. Anything less is a betrayal of conscience and a threat to social harmony. Prime Minister Anwar has spoken about reducing Islamophobia — but if nothing is done to stop these deceptive conversions, then Islamophobia will only grow. The failure to act will not only damage interfaith trust, it will deepen public resentment. There can be no meaningful freedom of religion without freedom from manipulation."

To speak of religious liberty in Sabah without confronting these realities is to remain complicit in silence. Such acts not only contradict Islamic ethical traditions but also violate international and constitutional protections for freedom of conscience.

Legal Guarantees vs. Practical Realities
While Article 11 of the Malaysian Federal Constitution guarantees freedom of religion, in practice, these rights are unequally protected and politically circumscribed. The restriction on apostasy, discriminatory religious education policies, and the de facto privileging of Islam in public life reflect a systemic erosion of Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights and the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) — both of which affirm the individual’s right to adopt, change, or reject religious belief without coercion.

In ASEAN more broadly, the principle of non-interference has allowed authoritarian regimes to use religion as a tool of repression — from the persecution of Rohingya in Myanmar to the crackdowns on atheists and free thinkers in parts of Indonesia. ASEAN’s silence has emboldened these practices, undermining any regional claim to moral leadership on human rights.

Toward an ASEAN Framework on Freedom of Belief
With Malaysia chairing ASEAN in 2025, there is both opportunity and responsibility. The region must go beyond vague declarations and initiate a binding framework on freedom of thought and belief — modelled perhaps after the Rabat Plan of Action or the African Charter on Human and Peoples' Rights.

This framework should include, at minimum:

1. Recognition of Indigenous Belief Systems
Protect traditional animist, syncretic, and non-theistic worldviews from legal erasure and bureaucratic neglect.

2. Criminalization of Deceptive or Forced Conversions
Establish clear legal prohibitions and remedies for conversion by coercion or fraud, including among vulnerable indigenous populations.

3. Equitable State Support for All Belief Systems
Ensure fair allocation of state resources and institutional representation for all recognized religions, indigenous faiths, and non-religious philosophies.

4. Protection of the Right to Disbelieve
Uphold the civil liberties of atheists, agnostics, secularists, and critics of religion — whose freedom of conscience is equally fundamental.

5. Independent Monitoring and Accountability Mechanisms
Create regional bodies, independent of state religious departments, to monitor violations and support victims of belief-related discrimination.

The Moral Imperative of Decolonizing Belief
Ultimately, this is not just a legal issue — it is a moral one. Freedom of thought, conscience, and belief is the foundation of all other rights. When the state controls what its citizens can believe, say, or question, it has already dismantled democracy at its root.

For indigenous communities in Sabah and across Southeast Asia, reclaiming this freedom is an act of cultural survival. It is about resisting the tide of historical injustice and asserting the right to exist — spiritually, culturally, and politically — on one’s own terms.

We must decolonise not only our institutions but also our imagination — to once again see diversity not as a threat, but as the heart of what it means to be human.

As ASEAN gathers to discuss freedom of thought, conscience, and belief, let us not be satisfied with abstract platitudes. Let us name the violations, honour the indigenous voices, and commit to regional mechanisms that truly protect the right to believe — or not to believe.

Sabah, like much of Southeast Asia, stands at a crossroads. Either we continue the legacy of control, coercion, and spiritual erasure — or we chart a new path rooted in pluralism, dignity, and the unassailable right to think, question, and believe freely.

Let us choose freedom — and mean it.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)



Versi Bahasa Malaysia:

Dekolonisasi Kepercayaan: Identiti Pribumi dan Perjuangan untuk Kebebasan Hati Nurani di Asia Tenggara Pascapenjajahan.

Dibentangkan di Forum ASEAN Mengenai Kebebasan Pemikiran, Hati Nurani & Kepercayaan, Kuala Lumpur, 25hb Mei 2025

Oleh Daniel John Jambun


Pengenalan

Kebebasan pemikiran, hati nurani, dan kepercayaan sering dibincangkan dalam bentuk abstrak atau perundangan. Namun, di Asia Tenggara, khususnya di negara-negara pascajajah seperti Malaysia, Indonesia dan Myanmar, kebebasan ini amat berkait rapat dengan soal kuasa, identiti dan ketidakadilan sejarah. Hal ini paling ketara dalam pengalaman hidup masyarakat pribumi — termasuk di negeri Sabah, Malaysia — yang mana sistem kepercayaan nenek moyang dan autonomi budaya mereka telah lama terhakis akibat pemaksaan homogenisasi negara, agama yang dipolitikkan, dan manipulasi perlembagaan.

Kertas kerja ini berhujah bahawa dekolonisasi kepercayaan bukan sekadar mempertahankan kebebasan beragama dalam kerangka undang-undang yang sempit, tetapi adalah tentang mengembalikan maruah, kedaulatan budaya dan kepelbagaian kepada komuniti yang telah lama terpinggir. Ia mencabar ASEAN — di bawah kepengerusian Malaysia bagi tahun 2025 — untuk melangkaui retorik dan menangani pencabulan sistemik terhadap kebebasan hati nurani yang masih berlaku dalam negara-negara anggotanya.

Legasi Kolonial dan Pascakolonial

Kuasa-kuasa penjajah di Asia Tenggara bukan sahaja menjarah sumber, tetapi turut membentuk struktur yang mentakrif dan mengawal kepercayaan. Di Borneo Utara British (kini Sabah), tradisi animisme dan sinkretik masyarakat pribumi sering kali diabaikan atau disekat. Misi Kristian disokong sebagai instrumen "peradaban", manakala pentadbir kolonial lebih gemar kepada identiti agama yang seragam demi kemudahan pentadbiran.

Pasca kemerdekaan, pola ini diteruskan. Daripada meraikan kepelbagaian pribumi, banyak negara ASEAN termasuk Malaysia memperkukuh pemusatan agama. Perisytiharan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyebabkan suara bukan Islam diketepikan dalam dasar, undang-undang dan pendidikan — termasuk sistem kepercayaan nenek moyang masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

Ini mewujudkan apa yang boleh dianggap sebagai "penjajahan dalaman" yang mana identiti pribumi dibentuk semula untuk disesuaikan dengan naratif nasional yang sempit — naratif yang menindas kebebasan hati nurani dan menjadikan kepercayaan sebagai alat legitimasi negara.

Sabah menjadi satu kajian kes yang unik. 

Rakyatnya — Kaum Momogun (Orang Asal) — telah lama mengamalkan tradisi kepercayaan animisme dan sinkretik yang mendalam sebelum ketibaan agama-agama monoteistik. Selama berdekad, kepercayaan mereka tidak dihormati dan tidak dilindungi. Usaha-usaha negeri, kadangkala dengan kerjasama pelaku-pelaku persekutuan, telah mengakibatkan penukaran agama secara tipu daya, diskriminasi dalam pengagihan sumber, dan pengecualian daripada badan-badan pembuat keputusan agama.

Iman Tanpa Izin: Penjajahan Rohani di Sabah

Pada Mei 2025, satu lagi kes penukaran agama secara tipu daya berlaku di Nabawan, Sabah — satu pola yang membimbangkan dan terus mencabuli maruah insan serta merosakkan kepercayaan antara agama. Seperti yang saya nyatakan dalam forum:

> "Ini bukan dakwah; ini adalah penjajahan rohani. Kepercayaan harus lahir daripada keyakinan, bukan paksaan. Apa-apa yang kurang daripada itu adalah pengkhianatan terhadap hati nurani dan ancaman kepada keharmonian sosial. Perdana Menteri Anwar telah menyatakan hasrat untuk mengurangkan Islamofobia — namun jika tiada tindakan terhadap penukaran secara tipu daya ini, maka Islamofobia hanya akan bertambah. Kegagalan untuk bertindak bukan sahaja merosakkan kepercayaan antara agama, malah memperdalam rasa tidak puas hati rakyat. Tiada kebebasan beragama yang sebenar tanpa kebebasan daripada manipulasi."

Untuk bercakap mengenai kebebasan agama di Sabah tanpa mengakui realiti ini adalah satu bentuk kerjasama dalam kesenyapan. Tindakan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan nilai etika Islam, tetapi juga melanggar perlindungan perlembagaan dan antarabangsa terhadap kebebasan hati nurani.

Jaminan Perundangan vs Realiti Praktikal

Walaupun Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kebebasan beragama, hak ini sering dilindungi secara tidak saksama dan dikekang oleh agenda politik. Sekatan terhadap murtad, diskriminasi dalam pendidikan agama, serta keutamaan de facto terhadap Islam dalam ruang awam mencerminkan pelanggaran sistemik terhadap Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) — yang kedua-duanya menegaskan hak individu untuk menganut, menukar atau menolak kepercayaan agama tanpa sebarang paksaan.

Di peringkat ASEAN pula, prinsip tidak campur tangan telah membolehkan rejim autoritarian menggunakan agama sebagai alat penindasan — daripada penganiayaan terhadap Rohingya di Myanmar hinggalah kepada tindakan keras terhadap ateis dan pemikir bebas di beberapa bahagian Indonesia. Sikap membisu ASEAN telah menggalakkan lagi amalan ini dan melemahkan tuntutan moral serantau terhadap hak asasi manusia.

Ke Arah Kerangka ASEAN Mengenai Kebebasan Kepercayaan

Dengan Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun 2025, terdapat peluang dan tanggungjawab yang besar. Rantau ini mesti melangkaui deklarasi umum dan menggubal satu kerangka yang mengikat mengenai kebebasan pemikiran dan kepercayaan — mungkin berasaskan Rabat Plan of Action atau Piagam Afrika mengenai Hak Asasi dan Hak Rakyat.

Kerangka ini harus merangkumi sekurang-kurangnya:

1. Pengiktirafan Sistem Kepercayaan Pribumi
Melindungi pandangan dunia animisme, sinkretik, dan bukan teistik daripada penghapusan undang-undang dan pengabaian birokrasi.

2. Jenayahkan Penukaran Secara Tipu Daya atau Paksaan
Menggubal larangan undang-undang yang jelas terhadap penukaran secara paksaan atau penipuan, khususnya terhadap komuniti pribumi yang terdedah.

3. Sokongan Negara Secara Saksama Kepada Semua Kepercayaan
Menjamin peruntukan sumber dan representasi institusi yang adil untuk semua agama yang diiktiraf, kepercayaan pribumi, dan falsafah bukan agama.

4. Perlindungan Terhadap Hak Untuk Tidak Percaya
Menegakkan hak sivil bagi ateis, agnostik, sekularis, dan pengkritik agama — yang kebebasan hati nuraninya juga adalah asas.

5. Pemantauan Bebas dan Mekanisme Akauntabiliti
Mewujudkan badan pemantau serantau, bebas daripada jabatan agama negara, untuk memantau pencabulan dan menyokong mangsa diskriminasi berkaitan kepercayaan.

Imperatif Moral untuk Dekolonisasi Kepercayaan

Akhirnya, isu ini bukan sekadar isu perundangan — ia adalah isu moral. Kebebasan pemikiran, hati nurani dan kepercayaan merupakan asas kepada semua hak yang lain. Apabila negara mengawal apa yang boleh dipercayai, diucap atau dipersoal oleh warganya, maka demokrasi telah pun runtuh dari akarnya.

Bagi komuniti pribumi di Sabah dan seluruh Asia Tenggara, menuntut kembali kebebasan ini adalah satu bentuk perjuangan untuk kelangsungan budaya. Ia adalah penolakan terhadap arus ketidakadilan sejarah dan pengisytiharan hak untuk wujud — secara rohani, budaya dan politik — atas terma sendiri.

Kita mesti mendekolonisasi bukan sahaja institusi kita, tetapi juga imaginasi kita — agar kepelbagaian dilihat bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai teras makna kemanusiaan itu sendiri.

Ketika ASEAN berkumpul untuk membincangkan kebebasan pemikiran, hati nurani dan kepercayaan, janganlah kita berpuas hati dengan retorik kosong. Mari kita namakan pencabulan, hormati suara pribumi, dan komited terhadap mekanisme serantau yang benar-benar melindungi hak untuk percaya — atau untuk tidak percaya.

Sabah, seperti banyak bahagian lain di Asia Tenggara, sedang berada di persimpangan. Sama ada kita terus mewarisi legasi kawalan, paksaan dan penghapusan rohani — atau kita membuka jalan baru berteraskan kepelbagaian, maruah dan hak mutlak untuk berfikir, mempersoal dan mempercayai secara bebas.

Pilihlah kebebasan — dan maksudkannya.

Daniel John Jambun 
President 
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo)# ~Borneo Herald™

Kesilapan Politik Terbesar Sabah Adalah 31 Tahun Pemerintahan BN — Bukan Era Pemerintahan Parti Tempatan


Oleh Daniel John Jambun, 22-5-2025
KOTA KINABALU : Kami merujuk kepada kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Malay Mail 20hb 2025, yang mendakwa kononnya ketidakstabilan politik dan kemunduran pembangunan di Sabah berpunca daripada pemerintahan parti-parti tempatan sebelum tahun 1994, sambil mengangkat pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebagai era pembangunan sebenar dan kestabilan.

Naratif ini bukan sahaja menyeleweng daripada fakta sejarah, malah merupakan satu cubaan terang-terangan untuk memutihkan era gelap pemerintahan penuh manipulasi politik, korupsi dan penindasan. Rakyat Sabah tidak boleh terus diperbodohkan. Kesilapan politik paling besar dalam sejarah moden Sabah bukanlah perpaduan di bawah parti tempatan — sebaliknya adalah apabila kita membenarkan BN memerintah Sabah selama 31 tahun.

Fakta mesti dijelaskan:

1. Sabah Dibenamkan Dalam Kemiskinan Di Bawah BN
Sepanjang pemerintahan BN, Sabah kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia, walaupun kaya dengan hasil minyak, gas, balak dan sumber asli. Di bawah 31 tahun pemerintahan BN:

Berbilion ringgit dibolot melalui amalan rasuah

Kawasan luar bandar terus terpinggir

Infrastruktur asas seperti jalan raya, sekolah, hospital, bekalan air dan elektrik sangat daif dan ketinggalan

Jika ini dikatakan pembangunan, ia adalah pembangunan tanpa maruah dan tanpa kesejahteraan rakyat.

2. Autonomi Sabah Dirobohkan, Bukan Diperkuatkan
Kononnya “kestabilan” yang dibawa BN bermula dengan rampasan kuasa politik. Kejatuhan PBS pada tahun 1994 bukanlah peralihan kuasa secara demokratik, tetapi hasil daripada lompat parti besar-besaran, campur tangan Persekutuan, dan pelaksanaan Projek IC yang mencabuli kedaulatan dan integriti politik Sabah.

BN tidak menyatukan Sabah — BN menjajah Sabah dari segi politik.

3. Korupsi Berleluasa dan Pengurusan Kewangan Yang Lemah
BN mentadbir Sabah melalui kronisme dan politik habuan, bukan melalui tadbir urus yang telus. Institusi-institusi awam dipolitikkan, dana rakyat disalahgunakan, dan budaya rasuah berakar umbi dalam pentadbiran negeri.

Ini adalah realiti yang cuba disembunyikan oleh Bung Moktar.

4. Sabah Ditinggalkan Dalam Keadaan Kewangan Lemah Berbanding Sarawak
Pada penghujung pemerintahan BN pada tahun 2018, Sabah hanya mempunyai rizab kewangan berjumlah RM3 bilion, sedangkan Sarawak — yang kekal dengan pentadbiran negeri yang lebih berdaulat — berjaya mengumpul rizab kewangan sebanyak RM31 bilion pada tahun yang sama.

Tepat dikatakan:
Jika UMNO memerintah Sarawak seperti mana mereka memerintah Sabah, Sarawak juga akan menjadi negeri yang mundur dan melarat. Perbezaannya bukan pada kedudukan di Persekutuan, tetapi pada kualiti dan integriti pentadbiran.

5. Projek IC Masih Menjadi Luka Terbuka Sabah
Projek IC yang dijalankan di bawah pemerintahan BN merupakan pengkhianatan besar terhadap rakyat Sabah. Pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing demi kepentingan politik telah mengubah komposisi demografi negeri ini, menjejaskan hak-hak anak negeri, dan membebankan sistem pendidikan, kesihatan dan sosial kita.

Inilah harga sebenar kepada "kestabilan" palsu yang didakwa BN.

6. Projek Mega BN Ditangguh dan Dipolitikkan
Projek seperti Lebuhraya Pan Borneo telah dijanjikan sejak tahun 1990-an, tetapi hanya dilaksanakan secara serius selepas pertukaran kerajaan. Projek-projek ini turut diselubungi kelewatan, kos melambung dan pemberian kontrak kepada kroni. Pembangunan di bawah BN lebih tertumpu kepada mengkayakan golongan elit politik, bukan memperbaiki nasib rakyat.

Kata Akhir:
Datuk Bung Moktar tidak layak memutarbelit sejarah untuk memuliakan rejim yang merompak kekayaan Sabah, melemahkan institusi, dan menjual maruah rakyat.

Pemerintahan 31 tahun BN bukanlah zaman keemasan — ia adalah zaman pengkhianatan, kegelapan dan kemunduran. Masa depan Sabah terletak bukan pada nostalgia terhadap penjajah politik, tetapi pada keberanian untuk mengembalikan autonomi sebenar, membersihkan pentadbiran, dan menyerahkan kuasa kepada rakyat Sabah sendiri.

Kita tidak boleh lagi keliru antara penindasan dengan kestabilan, atau antara korupsi dengan pentadbiran.

Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).


The English Version : 

PRESS STATEMENT
22 May 2025

Sabah’s Real Political Mistake Was 31 Years of BN Rule — Not the Era of Local Governance

KOTA KINABALU — We refer to the recent remarks made by Sabah UMNO Chief, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Malay Mail 20th May 2025,  who claimed that political instability and underdevelopment in Sabah stemmed from the period of local party rule prior to 1994, while portraying Barisan Nasional’s (BN) takeover as a period of “real development” and stability.

This narrative is not only historically misleading, but it is a blatant attempt to glorify a dark era of political manipulation, corruption, and subjugation. Sabahans must not be fooled. The greatest political mistake in Sabah’s modern history was not unity under local parties — it was allowing BN to rule Sabah for 31 years.

Let us respond with facts:

1. Sabah Was Plunged into Poverty Under BN
During BN’s rule, Sabah remained consistently the poorest state in Malaysia, despite being one of the most resource-rich. Blessed with oil, gas, timber, and fertile land — yet under BN’s 31-year rule:

Billions were siphoned off through corrupt practices

Rural communities were neglected

Basic infrastructure like roads, schools, hospitals, water supply, and electricity remained critically underdeveloped

BN failed to translate resources into real development for the rakyat.

2. Sabah’s Autonomy Was Hijacked, Not Strengthened
BN’s so-called “stability” began with a political coup. The fall of PBS in 1994 was engineered through mass political defections, federal interference, and the infamous Project IC, which tampered with Sabah’s demographics and electoral integrity.

BN did not unite Sabah — it colonised it politically.

3. Systemic Corruption and Financial Mismanagement
BN ruled Sabah through cronyism and patronage, not governance. State institutions were politicised, public funds were misused, and the culture of corruption became embedded in government operations.

This is the reality Bung Moktar conveniently forgets.

4. Sabah Was Left Financially Weak Compared to Sarawak
At the end of BN’s rule in 2018, Sabah had only RM3 billion in state financial reserves. In contrast, Sarawak — which maintained stronger state-led governance — had accumulated RM31 billion in reserves for the same year.

Let us be blunt:
Had UMNO governed Sarawak the way it governed Sabah, Sarawak too would be financially crippled. The difference lies not in federal alignment but in the quality and integrity of governance.

5. The Legacy of Project IC Still Haunts Sabah
BN’s systematic granting of citizenship to foreigners through Project IC remains one of the greatest betrayals in Malaysian history. It diluted native rights, strained public services, and continues to destabilise Sabah’s social fabric. This “stability” came at the cost of Sabah’s identity.

6. BN’s “Mega Projects” Were Delayed and Politicised
Projects like the Pan Borneo Highway were promised for decades under BN, yet only began proper implementation after regime change. Many were riddled with delays, inflated costs, and politically connected contracts. The so-called “development” under BN was more about enriching elites than serving the people.

Final Word:
Datuk Bung Moktar should not be allowed to rewrite history to glorify a regime that siphoned Sabah’s wealth, weakened our institutions, and sold our dignity.

BN’s 31-year rule represents an era of missed opportunities, economic theft, and political betrayal. Sabah’s future lies not in reliving that past, but in restoring real autonomy, rooting out corruption, and empowering Sabahans to take back control of their destiny.

We must never again mistake oppression for order, or corruption for stability.

Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo). ~Borneo Herald™

Kuasa autonomi Sabah, ye ke Zahid?

Datuk Bung Mokhtar Radin yang berusaha projekkan Umno/BN Sabah ada kuasa autonomi tapi sebenarnya kuasa adalah dalam tangan presiden Umno.

Kupi-kupi bersama Dr Kanul Gindol, 19-5-2025
SEHARI dua ini Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ligat di Sabah mengulas pelbagai isu dari slogan Sabah for Sabahan, semangat kenegerian sempit tak boleh pakai di Sabah, kuasa autonomi Umno Sabah dihormati, dan Zahid bakal menyelesaikan semua masalah air, elektrik dan pembangunan Sabah yang tak cukup, dalam tempoh tiga tahun, jika menjadi Kerajaan Negeri Sabah.

Pendek kata semua isu disapulah oleh Zahid. Seolah-olah tiadalah yang terlepas dari radarnya. Malah ramai kenalan saya dari Umno Sabah terkejut rupanya banyak lagi hal "autonomi" Sabah mereka sendiri belum ulas atau pasti. Mereka mesti kena tunggu Zahid dan KL, barulah pemimpin Sabah ini berani ulas, bukan suka-suka ulas, tiada kuasa sebenarnya.

Kamu percayakah Zahid hormati autonomi Sabah?

Pemimpin GRS Sabah terutama Dr Jeffrey Kitingan, yang tiba-tiba kembali mahukan supaya "parti lokal" mendominasi pentas politik Sabah, menerima tamparan sayang dari Zahid, yang dianggap angkuh oleh rakyat Sabah dalam mempersoalkan slogan "Sabah for Sabahans".

Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Salleh Said kompomlah selepas ini akan mengulas lebih lanjut setiap isu selepas, tapi bukan sebelum, Zahid ulas.

MENGENAI komen Bung Mokhtar dan pendirian Dr Jeffrey berhubung memilih "parti lokal", saya dapati sekarang Dr Jeffrey sudah kena tempeleng oleh Bung, juga kelmarin.
"Dr Jeffrey ini temberang saja.." itu rumusan Bung berhubung Dr Jeffrey yang kini seolah-olah mahu parti lokal berkuasa dan menguasai Sabah, sedangkan sebelum ini, pada 2020, ketika Warisan ada 29 kerusi dan juga BN 29 kerusi, Dr Jeffrey memilih untuk bersama dengan BN dan bukannya bersama parti lokal, Warisan.

Jadi di situ si kawan sudah kena. Jem sudah dua hari si kawan belum lancar mengulas komen tajam Bung itu.#~Borneo Herald™


Stop Defending the Status Quo — Native Court Reform Must Be Grounded in Law, Not Political Loyalty


By Daniel John Jambun, 17-5-2025
KOTA KINABALU : We refer to the comments made by Datuk William Majinbon and Isaiah Majinbon in response to our call for comprehensive reforms to the Native Court system in Sabah, as reported in Warta Online on 15 May. While we welcome healthy public discourse, we cannot allow factually flawed and politically defensive narratives to mislead the public or derail urgent reform.

Their recent statements reflect more of a desire to polish the image of a failing system than to confront the truth: that Sabah’s Native Court remains marginalised, structurally weak, and politically manipulated.

Let us be precise and unapologetic in addressing their flawed arguments:

1. No Religious Discrimination — It’s the Law
The claim that our proposal discriminates on religious grounds is legally inaccurate and intellectually dishonest.

Section 9 of the Native Courts Enactment 1992 clearly states that the Native Court has no jurisdiction over matters governed by the Syariah Court. Any native customs that contradict Islamic law are excluded from Native Court proceedings.

This means Muslim natives are legally bound by Syariah law, and their first and primary recourse is the Syariah Court—not the Native Court.

Therefore, it is both logical and lawful to propose that the administration of the Native Court and Native Affairs be led by non-Muslim natives, who continue to rely on customary law as their source of justice, culture, and identity.

2. Endorsed by Legal Authority: Tun Richard Malanjum’s View
This position is not radical—it is supported by Tun Richard Malanjum, former Chief Judge of Sabah and Sarawak and Chief Justice of Malaysia. He publicly stated that native institutions in Sabah should be led by non-Muslim natives, as they make up the majority of indigenous peoples who still live by and depend on customary law.

This is not exclusion. It is about jurisdictional clarity, cultural representation, and legal consistency.

3. Talk of Meritocracy is Hypocrisy
Talk of “merit-based appointments” rings hollow when political patronage is the norm. For decades, appointments to the Native Court and the Department of Native Affairs have been dictated more by political allegiance than by legal acumen or cultural knowledge.

Case in point: A Native Chief with past criminal convictions was recently appointed and later removed. Where was the merit then?

Those defending the system today are defending a system that has consistently sidelined adat-literate and respected community leaders in favour of political loyalists.

4. Digital Records Are Not Reform — They’re Basic Housekeeping
Boasting about digitising court records as a sign of “reform” is a weak deflection. Digitalisation is a minimum standard in any modern administrative system—it is not structural reform.

If real reform was underway, we would already see:

A new and empowered Native Court Enactment,

Constitutional recognition of the Native Court,

Increased budget allocations,

Independent oversight mechanisms, and

Administrative autonomy.

None of these exist today.

5. Sabah Should Emulate Sarawak’s Native Court System
Sarawak has made considerable strides in elevating its Native Court. It is recognised under the Sarawak Constitution, has dedicated judicial training, clearer jurisdictional standing, and institutional pride.

Sabah must learn from this. Our Native Court must not remain a ceremonial footnote. We should emulate Sarawak’s model—a structurally independent, culturally representative, and constitutionally recognised Native Court.

This is the benchmark we must aspire to—not the watered-down version currently tolerated in Sabah.

6. The Native Court’s Role Has Evolved — Let’s Be Honest
Historically, the Native Court in Sabah included jurisdiction over all natives. But since Islam was made the state religion in 1973, and with the subsequent rise of the Syariah legal system, Muslim natives have been legally and structurally aligned with Syariah Courts.

Today, the Native Court primarily serves non-Muslim indigenous peoples. Any attempt to deny this reality is disingenuous and undermines effective reform.

7. Muslim Knowledge of Adat Is Not the Issue
We do not question the knowledge of adat held by Muslim natives. But the issue is not knowledge—it is legal applicability.

As long as Syariah law is the governing framework for Muslims, it is only fair, as Tun Malanjum argued, that native institutions be led by non-Muslim natives, who are the primary users and custodians of native customary law.

8. Is the Current System Working?
We urge Datuk William and Isaiah Majinbon to reflect:

Are they truly proud of the current state of the Native Court?
Are they satisfied with a system viewed by many as a “kampung court” with no real authority, no budgetary dignity, and no professional development?

Or do they admit—like most Sabahans—that it has become a political convenience, stripped of its rightful status as a legitimate pillar of justice?

We Stand Firm — Reform Is Not Optional
Sabah’s indigenous peoples deserve better. We reiterate:

The Native Court must be constitutionally recognised, structurally independent, and culturally representative.

Leadership in native institutions must be based on jurisdictional relevance, not tokenistic “balance.”

Reforms must be substantive, not cosmetic.

We don’t need more excuses. We need transformation. Let us be bold, honest, and just—for the sake of our people, our traditions, and our future.

Daniel John Jambun is President of
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO).


KENYATAAN MEDIA
17 Mei 2025

HENTIKAN MEMPERTAHANKAN STATUS QUO — REFORMASI MAHKAMAH ANAK NEGERI MESTI BERASASKAN UNDANG-UNDANG, BUKAN KESETIAAN POLITIK

KOTA KINABALU — Kami merujuk kepada kenyataan Datuk William Majinbon dan Isaiah Majinbon berhubung gesaan kami agar reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem Mahkamah Anak Negeri Sabah, seperti yang dilaporkan dalam Warta Online pada 15 Mei. Walaupun kami mengalu-alukan perbincangan awam yang sihat, kami tidak boleh membiarkan naratif yang pincang dan defensif secara politik menyesatkan rakyat atau menggagalkan keperluan mendesak untuk perubahan.

Kenyataan mereka jelas lebih bertujuan untuk mempertahankan imej sistem yang sedang gagal, daripada berani berdepan dengan realiti sebenar: bahawa Mahkamah Anak Negeri di Sabah kekal dipinggirkan, lemah dari segi struktur, dan sering dimanipulasi untuk kepentingan politik.

Kita mesti tegas dan tidak berdolak-dalik dalam menjawab hujah mereka yang lemah:

1. Tiada Diskriminasi Agama — Ini Soal Undang-undang

Tuduhan bahawa cadangan kami bersifat diskriminasi agama adalah tidak tepat dari sudut undang-undang dan tidak jujur secara intelektual.

Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berada di bawah Mahkamah Syariah. Apa-apa adat anak negeri yang bercanggah dengan hukum Islam juga tidak terpakai.

Ini bermaksud bahawa anak negeri beragama Islam secara sah tertakluk kepada undang-undang Syariah, dan Mahkamah Syariah adalah saluran utama mereka — bukan Mahkamah Anak Negeri.

Justeru, adalah wajar dan sah untuk mencadangkan agar pentadbiran Mahkamah Anak Negeri dan Hal Ehwal Anak Negeri dipimpin oleh anak negeri bukan Islam, yang masih bergantung kepada adat sebagai sumber keadilan, budaya, dan identiti.

2. Disokong oleh Autoriti Undang-undang: Pandangan Tun Richard Malanjum

Cadangan ini bukanlah sesuatu yang radikal. Ia disokong oleh Tun Richard Malanjum, mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak dan mantan Ketua Hakim Negara. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa institusi adat di Sabah wajar dipimpin oleh anak negeri bukan Islam kerana mereka mewakili majoriti yang masih berpegang kepada undang-undang adat.

Ini bukan soal pengecualian. Ini soal kejelasan bidang kuasa, kewakilan budaya, dan konsistensi undang-undang.

3. Cakap Tentang Meritokrasi Adalah Hipokrasi

Seruan tentang “pelantikan berdasarkan merit” adalah kosong apabila budaya pelantikan berdasarkan kesetiaan politik telah berakar umbi selama berdekad.

Sebagai contoh: seorang Ketua Anak Negeri yang pernah mempunyai rekod jenayah telah dilantik dan kemudian terpaksa digugurkan. Di mana merit ketika itu?

Mereka yang mempertahankan sistem ini hari ini sedang mempertahankan satu sistem yang telah lama mengenepikan pemimpin komuniti yang arif tentang adat, demi melantik orang yang setia kepada politikus.

4. Rekod Digital Bukan Reformasi — Itu Kerja Asas

Membanggakan diri kerana telah mendigitalkan rekod mahkamah kononnya sebagai “reformasi” adalah alasan lemah. Pendigitalan adalah tahap minimum dalam sistem pentadbiran moden — ia bukanlah reformasi struktur.

Jika benar reformasi sedang berlaku, kita seharusnya telah melihat:

Enakmen Mahkamah Anak Negeri yang baharu dan diperkasakan;

Pengiktirafan perlembagaan terhadap Mahkamah Anak Negeri;

Peruntukan belanjawan yang lebih tinggi;

Mekanisme pemantauan bebas; dan

Autonomi pentadbiran.

Namun, semuanya masih belum wujud.

5. Sabah Harus Mencontohi Sistem Mahkamah Bumiputera Sarawak

Sarawak telah mencatat kemajuan ketara dalam memperkasa Mahkamah Bumiputera. Ia diiktiraf dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, mempunyai latihan kehakiman tersendiri, bidang kuasa yang lebih jelas, dan martabat institusi yang tinggi.

Sabah mesti belajar daripada ini. Mahkamah Anak Negeri kita tidak boleh kekal sebagai institusi simbolik tanpa kuasa sebenar. Kita perlu mencontohi model Sarawak — institusi yang bebas, mewakili budaya, dan diiktiraf secara perlembagaan.

6. Peranan Mahkamah Anak Negeri Telah Berubah — Akuilah Realitinya

Secara sejarah, Mahkamah Anak Negeri melibatkan semua anak negeri. Namun sejak Islam dijadikan agama negeri pada tahun 1973, dan dengan perkembangan Mahkamah Syariah, anak negeri beragama Islam secara struktur dan undang-undang telah beralih ke dalam sistem Syariah.

Kini, Mahkamah Anak Negeri khususnya berkhidmat untuk anak negeri bukan Islam. Menafikan realiti ini adalah satu tindakan tidak jujur yang akan menggagalkan reformasi sebenar.

7. Ilmu Adat oleh Anak Negeri Islam Bukan Isunya

Kami tidak mempertikaikan pengetahuan adat dalam kalangan anak negeri Islam. Tetapi isu ini bukan soal ilmu — ia soal keberkesanan undang-undang.

Selagi mana hukum Syariah adalah kerangka perundangan utama bagi orang Islam, maka seperti yang ditegaskan oleh Tun Malanjum, institusi adat sewajarnya dipimpin oleh anak negeri bukan Islam yang merupakan pengguna dan penjaga utama adat resam.

8. Adakah Sistem Sekarang Berfungsi?

Kami menyeru Datuk William dan Isaiah Majinbon untuk menilai secara jujur:

Adakah mereka benar-benar bangga dengan keadaan Mahkamah Anak Negeri sekarang?

Adakah mereka berpuas hati dengan satu sistem yang dilihat ramai sebagai “mahkamah kampung” yang tiada kuasa sebenar, tiada peruntukan sewajarnya, dan tiada laluan profesional yang jelas?

Atau mereka, seperti kebanyakan rakyat Sabah, mengakui bahawa sistem ini kini hanya menjadi alat politik yang telah dilucutkan martabatnya sebagai institusi keadilan sebenar?

Kami Tetap Teguh — Reformasi Bukan Lagi Pilihan, Ia Keperluan

Anak negeri Sabah berhak mendapat yang lebih baik. Maka kami tegaskan semula:

Mahkamah Anak Negeri mesti diiktiraf dalam Perlembagaan, bebas dari segi struktur, dan mewakili budaya.

Kepimpinan institusi adat mesti berdasarkan bidang kuasa sebenar — bukan imbangan simbolik.

Reformasi mesti bersifat substantif, bukan kosmetik.

Kita tidak perlukan lagi alasan. Kita perlukan perubahan sebenar. Marilah kita bersikap berani, jujur dan adil — demi rakyat kita, adat kita, dan masa depan negeri Sabah.

Dikeluarkan oleh:
Daniel John Jambun
Presiden, Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO). ~Borneo Herald™

Kecaman Zahid terhadap "Sabah for Sabahans" tingkat kebencian Malaysia Timur terhadap keangkuhan parti Malaya?


            Zahid Hamidi               Jeffrey Kitingan        

Oleh Datuk Raymond Boin Tombung, 15-5-2025
BERITA terhangat kini ialah reaksi hangat dari ramai pemimpin politik di Sabah berikutan stetmen oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di mana dia menyebut slogan perjuangan politik “Sabah untuk orang Sabah” atau “Sabah for Sabahan” sebagai  slogan pemecah belah yang tidak wajar diketengahkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Menurut beliau, slogan berkenaan tidak selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan inklusiviti dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, dan ia bertentangan dengan gesaan Perdana Menteri yang mahukan keterangkuman semua parti politik agar setiap negeri dapat berganding bahu dengan kerajaan Pusat dalam merealisasikan agenda pembangunan negara.

Antara yang lantang menolak pandangan Zahid  ialah Presiden STARSABAH, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan yang mengeluarkan stetmen keras bahawa: “Apa yang memecah belahkan ialah sikap angkuh Persekutuan, bukan slogan ‘Sabah untuk Sabahan’.  

“Kenyataan sedemikian mengabaikan sejarah, memutar-belitkan fakta dan menolak kehendak politik yang sah di kalangan rakyat Sabah. Kami tidak perlu  meminta kebenaran untuk bersuara bagi pihak kami sendiri, dan kami tidak perlukan pengesahan daripada mana-mana pemimpin Persekutuan untuk menegaskan apa yang sememangnya menjadi hak kami.

“‘Sabah untuk Sabahan’ bukanlah satu tindakan menentang. Ia adalah pendirian yang wajar bagi mempertahan maruah politik, integriti perlembagaan dan kebenaran sejarah. Sabah seharusnya tidak boleh dianggap sebagai negeri bawahan. Kami sama-sama membentuk persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama rata, bersama Sarawak dan Malaya  [dan Singapura], berdasarkan terma yang jelas yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Izinkan saya bercakap terus terang: Selama beberapa dekad, Sabah telah dilayan sebagai jajahan, sumber hasil bumi sementara suara kami dipendam. Kerajaan Persekutuan telah secara sistematik meruntuhkan semangat MA63, menghakis kedudukan perlembagaan kami dan mengaut kekayaan daripada tanah kami sambil mengabaikan keperluan pembangunan kami.

“Berikut adalah fakta. Sejak 1976,
• Minyak dan gas kami diletakkan di bawah kawalan PETRONAS tanpa sebarang persetujuan daripada rakyat Sabah.
• Status kami sebagai Negara dan rakan kongsi yang sama rata telah dipadamkan daripada kedua-dua perlembagaan Persekutuan dan negeri.
• Projek IC telah membawa masuk pendatang tanpa izin, mengubah secara kekal demografi kami dan mengubah masa depan politik kami.
• Perlembagaan Sabah telah diubah untuk menampung kemasukan parti-parti Malaya, yang bersilih ganti jawatan Ketua Menteri seperti token sehingga giliran UMNO tiba.
• Hutan dan tanah kami telah diagihkan kepada entiti yang jauh dari Sabah, memperkayakan orang lain atas kos kami.
• Dasar-dasar hasil Persekutuan terus menafikan Sabah daripada bahagian (syer) yang sepatutnya, sementara infrastruktur kami masih ketinggalan beberapa dekad.
• Janji Pemborneonisasian kekal sebagai janji yang kosong kerana rakyat Malaysia Barat masih menguasai jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah sehingga ke hari ini.

“Dan kini, selepas semua ini, kami diberitahu untuk tidak menyatakan aspirasi kami sendiri? Untuk duduk diam sementara parti-parti Malaya berunding sesama sendiri tentang siapa yang akan memerintah Sabah? Kami tidak akan meminta maaf kerana mahu mengawal masa depan kami sendiri. Sabah berhak untuk menentukan hala tuju sendiri. Jika Malaysia itu mahu menjadi negara yang benar-benar bermakna, ia mesti dibina berdasarkan perkongsian yang tulen, bukan penjajahan.

“Izinkan saya jelaskan: ‘Sabah untuk Sabahan’ akan terus kekal. Ia bukan slogan politik sementara. Ia adalah pemulihan kebenaran yang telah lama ditunggu-tunggu. *Jika ada sesuatu yang memecah belahkan, ia adalah sikap angkuh Persekutuan yang berterusan yang enggan mengiktiraf tempat yang sepatutnya dipegang oleh Sabah.*

“Kerjasama kami dengan Putrajaya mesti berasaskan hormat dan persamaan, bukan kepatuhan. Kami akan bekerjasama apabila ia memberi manfaat kepada Sabah, tetapi kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan campur tangan, manipulasi dan eksploitasi. Sabah bukan jajahan Malaya. Kami tidak pernah dan kami tidak akan pernah menjadi jajahan.

Dr. Jeffrey mengakhiri hujah dengan menegaskian: “Sama ada kita bergerak maju sebagai rakan kongsi yang dipulihkan dalam persekutuan, atau mencorakkan hala tuju yang sama sekali baru, bergantung kepada bagaimana Sabah dilayan pada hari-hari mendatang. Keputusan itu akan dibuat bukan di Putrajaya tetapi di sini, oleh rakyat Sabah sendiri.”

Swngan cepat, bekas Menteri Undang-Undang, Dato’ Zaid Ibrahim memberi reaksi agresif dengan berkata Dr. Jeffrey adalah “pemipin Sabah yang tipikal, yang mengambil sebarang peluang untuk menjatuhkan pemimpin Persekutuan kerana kegagalan mereka sendiri.”

Sementara itu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar, turut mempertahankan pemimpin utama partinya dengan menyifatkan kenyataan Dr. Jeffrey sebagai tidak berasas dan “berbahaya jika dibiarkan tanpa jawapan”, “perjuangan untuk hak Sabah tidak seharusnya direndahkan kepada sandiwara politik” dan mendakwa bahawa “suara Sabah dalam kerajaan Persekutuan kini mendapat lebih pengiktirafan melalui rundingan dan diplomasi”.
Apa pun reaksi pro-Persekutuan yang telah dan akan lafazkan, kenyataannya, Dr. Jeffrey telah menghangatkan semula perasaan rasa tidak puas hati, atau rungutan mendalam, di kalangan rakyat Sabah. Tidak dapat dinafikan stetmen beliau kini menjadi satu daripada penunjuk arah ideologi kuat yang akan mencorak kempen PRN17 nanti. Para pemerhati dari peringkat kampung hingga ke peringkat inteklektual dan kepimpinan atasan kini sedang penuh ghairah berbual, berpanggilan dan bermesejan membincangkan isu “Sabah untuk Sabahan” dan “Sabah mesti diperintah parti-parti tempatan”.

Ini menjadi satu cabaran berat bagi kepimpinan Persekutuan, bagi BN dan PH, untuk membendungnya. Mereka harus sedar bahawa sentimen ini semakin membara di kalangan *para pengundi Sabah yang emosi politik mereka kini mendekati tahap semangat 1985.# ~Borneo Herald™

Search This Blog