Datuk Bung Mokhtar Radin yang berusaha projekkan Umno/BN Sabah ada kuasa autonomi tapi sebenarnya kuasa adalah dalam tangan presiden Umno.
SEHARI dua ini Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi ligat di Sabah mengulas pelbagai isu dari slogan Sabah for Sabahan, semangat kenegerian sempit tak boleh pakai di Sabah, kuasa autonomi Umno Sabah dihormati, dan Zahid bakal menyelesaikan semua masalah air, elektrik dan pembangunan Sabah yang tak cukup, dalam tempoh tiga tahun, jika menjadi Kerajaan Negeri Sabah.
Pendek kata semua isu disapulah oleh Zahid. Seolah-olah tiadalah yang terlepas dari radarnya. Malah ramai kenalan saya dari Umno Sabah terkejut rupanya banyak lagi hal "autonomi" Sabah mereka sendiri belum ulas atau pasti. Mereka mesti kena tunggu Zahid dan KL, barulah pemimpin Sabah ini berani ulas, bukan suka-suka ulas, tiada kuasa sebenarnya.
Kamu percayakah Zahid hormati autonomi Sabah?
Pemimpin GRS Sabah terutama Dr Jeffrey Kitingan, yang tiba-tiba kembali mahukan supaya "parti lokal" mendominasi pentas politik Sabah, menerima tamparan sayang dari Zahid, yang dianggap angkuh oleh rakyat Sabah dalam mempersoalkan slogan "Sabah for Sabahans".
Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Salleh Said kompomlah selepas ini akan mengulas lebih lanjut setiap isu selepas, tapi bukan sebelum, Zahid ulas.
MENGENAI komen Bung Mokhtar dan pendirian Dr Jeffrey berhubung memilih "parti lokal", saya dapati sekarang Dr Jeffrey sudah kena tempeleng oleh Bung, juga kelmarin.
"Dr Jeffrey ini temberang saja.." itu rumusan Bung berhubung Dr Jeffrey yang kini seolah-olah mahu parti lokal berkuasa dan menguasai Sabah, sedangkan sebelum ini, pada 2020, ketika Warisan ada 29 kerusi dan juga BN 29 kerusi, Dr Jeffrey memilih untuk bersama dengan BN dan bukannya bersama parti lokal, Warisan.
Jadi di situ si kawan sudah kena. Jem sudah dua hari si kawan belum lancar mengulas komen tajam Bung itu.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment