By Daniel John Jambun, 17-5-2025
KOTA KINABALU : We refer to the comments made by Datuk William Majinbon and Isaiah Majinbon in response to our call for comprehensive reforms to the Native Court system in Sabah, as reported in Warta Online on 15 May. While we welcome healthy public discourse, we cannot allow factually flawed and politically defensive narratives to mislead the public or derail urgent reform.
Their recent statements reflect more of a desire to polish the image of a failing system than to confront the truth: that Sabah’s Native Court remains marginalised, structurally weak, and politically manipulated.
Let us be precise and unapologetic in addressing their flawed arguments:
1. No Religious Discrimination — It’s the Law
The claim that our proposal discriminates on religious grounds is legally inaccurate and intellectually dishonest.
Section 9 of the Native Courts Enactment 1992 clearly states that the Native Court has no jurisdiction over matters governed by the Syariah Court. Any native customs that contradict Islamic law are excluded from Native Court proceedings.
This means Muslim natives are legally bound by Syariah law, and their first and primary recourse is the Syariah Court—not the Native Court.
Therefore, it is both logical and lawful to propose that the administration of the Native Court and Native Affairs be led by non-Muslim natives, who continue to rely on customary law as their source of justice, culture, and identity.
2. Endorsed by Legal Authority: Tun Richard Malanjum’s View
This position is not radical—it is supported by Tun Richard Malanjum, former Chief Judge of Sabah and Sarawak and Chief Justice of Malaysia. He publicly stated that native institutions in Sabah should be led by non-Muslim natives, as they make up the majority of indigenous peoples who still live by and depend on customary law.
This is not exclusion. It is about jurisdictional clarity, cultural representation, and legal consistency.
3. Talk of Meritocracy is Hypocrisy
Talk of “merit-based appointments” rings hollow when political patronage is the norm. For decades, appointments to the Native Court and the Department of Native Affairs have been dictated more by political allegiance than by legal acumen or cultural knowledge.
Case in point: A Native Chief with past criminal convictions was recently appointed and later removed. Where was the merit then?
Those defending the system today are defending a system that has consistently sidelined adat-literate and respected community leaders in favour of political loyalists.
4. Digital Records Are Not Reform — They’re Basic Housekeeping
Boasting about digitising court records as a sign of “reform” is a weak deflection. Digitalisation is a minimum standard in any modern administrative system—it is not structural reform.
If real reform was underway, we would already see:
A new and empowered Native Court Enactment,
Constitutional recognition of the Native Court,
Increased budget allocations,
Independent oversight mechanisms, and
Administrative autonomy.
None of these exist today.
5. Sabah Should Emulate Sarawak’s Native Court System
Sarawak has made considerable strides in elevating its Native Court. It is recognised under the Sarawak Constitution, has dedicated judicial training, clearer jurisdictional standing, and institutional pride.
Sabah must learn from this. Our Native Court must not remain a ceremonial footnote. We should emulate Sarawak’s model—a structurally independent, culturally representative, and constitutionally recognised Native Court.
This is the benchmark we must aspire to—not the watered-down version currently tolerated in Sabah.
6. The Native Court’s Role Has Evolved — Let’s Be Honest
Historically, the Native Court in Sabah included jurisdiction over all natives. But since Islam was made the state religion in 1973, and with the subsequent rise of the Syariah legal system, Muslim natives have been legally and structurally aligned with Syariah Courts.
Today, the Native Court primarily serves non-Muslim indigenous peoples. Any attempt to deny this reality is disingenuous and undermines effective reform.
7. Muslim Knowledge of Adat Is Not the Issue
We do not question the knowledge of adat held by Muslim natives. But the issue is not knowledge—it is legal applicability.
As long as Syariah law is the governing framework for Muslims, it is only fair, as Tun Malanjum argued, that native institutions be led by non-Muslim natives, who are the primary users and custodians of native customary law.
8. Is the Current System Working?
We urge Datuk William and Isaiah Majinbon to reflect:
Are they truly proud of the current state of the Native Court?
Are they satisfied with a system viewed by many as a “kampung court” with no real authority, no budgetary dignity, and no professional development?
Or do they admit—like most Sabahans—that it has become a political convenience, stripped of its rightful status as a legitimate pillar of justice?
We Stand Firm — Reform Is Not Optional
Sabah’s indigenous peoples deserve better. We reiterate:
The Native Court must be constitutionally recognised, structurally independent, and culturally representative.
Leadership in native institutions must be based on jurisdictional relevance, not tokenistic “balance.”
Reforms must be substantive, not cosmetic.
We don’t need more excuses. We need transformation. Let us be bold, honest, and just—for the sake of our people, our traditions, and our future.
Daniel John Jambun is President of
Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO).
KENYATAAN MEDIA
17 Mei 2025
HENTIKAN MEMPERTAHANKAN STATUS QUO — REFORMASI MAHKAMAH ANAK NEGERI MESTI BERASASKAN UNDANG-UNDANG, BUKAN KESETIAAN POLITIK
KOTA KINABALU — Kami merujuk kepada kenyataan Datuk William Majinbon dan Isaiah Majinbon berhubung gesaan kami agar reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem Mahkamah Anak Negeri Sabah, seperti yang dilaporkan dalam Warta Online pada 15 Mei. Walaupun kami mengalu-alukan perbincangan awam yang sihat, kami tidak boleh membiarkan naratif yang pincang dan defensif secara politik menyesatkan rakyat atau menggagalkan keperluan mendesak untuk perubahan.
Kenyataan mereka jelas lebih bertujuan untuk mempertahankan imej sistem yang sedang gagal, daripada berani berdepan dengan realiti sebenar: bahawa Mahkamah Anak Negeri di Sabah kekal dipinggirkan, lemah dari segi struktur, dan sering dimanipulasi untuk kepentingan politik.
Kita mesti tegas dan tidak berdolak-dalik dalam menjawab hujah mereka yang lemah:
1. Tiada Diskriminasi Agama — Ini Soal Undang-undang
Tuduhan bahawa cadangan kami bersifat diskriminasi agama adalah tidak tepat dari sudut undang-undang dan tidak jujur secara intelektual.
Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara yang berada di bawah Mahkamah Syariah. Apa-apa adat anak negeri yang bercanggah dengan hukum Islam juga tidak terpakai.
Ini bermaksud bahawa anak negeri beragama Islam secara sah tertakluk kepada undang-undang Syariah, dan Mahkamah Syariah adalah saluran utama mereka — bukan Mahkamah Anak Negeri.
Justeru, adalah wajar dan sah untuk mencadangkan agar pentadbiran Mahkamah Anak Negeri dan Hal Ehwal Anak Negeri dipimpin oleh anak negeri bukan Islam, yang masih bergantung kepada adat sebagai sumber keadilan, budaya, dan identiti.
2. Disokong oleh Autoriti Undang-undang: Pandangan Tun Richard Malanjum
Cadangan ini bukanlah sesuatu yang radikal. Ia disokong oleh Tun Richard Malanjum, mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak dan mantan Ketua Hakim Negara. Beliau secara terbuka menyatakan bahawa institusi adat di Sabah wajar dipimpin oleh anak negeri bukan Islam kerana mereka mewakili majoriti yang masih berpegang kepada undang-undang adat.
Ini bukan soal pengecualian. Ini soal kejelasan bidang kuasa, kewakilan budaya, dan konsistensi undang-undang.
3. Cakap Tentang Meritokrasi Adalah Hipokrasi
Seruan tentang “pelantikan berdasarkan merit” adalah kosong apabila budaya pelantikan berdasarkan kesetiaan politik telah berakar umbi selama berdekad.
Sebagai contoh: seorang Ketua Anak Negeri yang pernah mempunyai rekod jenayah telah dilantik dan kemudian terpaksa digugurkan. Di mana merit ketika itu?
Mereka yang mempertahankan sistem ini hari ini sedang mempertahankan satu sistem yang telah lama mengenepikan pemimpin komuniti yang arif tentang adat, demi melantik orang yang setia kepada politikus.
4. Rekod Digital Bukan Reformasi — Itu Kerja Asas
Membanggakan diri kerana telah mendigitalkan rekod mahkamah kononnya sebagai “reformasi” adalah alasan lemah. Pendigitalan adalah tahap minimum dalam sistem pentadbiran moden — ia bukanlah reformasi struktur.
Jika benar reformasi sedang berlaku, kita seharusnya telah melihat:
Enakmen Mahkamah Anak Negeri yang baharu dan diperkasakan;
Pengiktirafan perlembagaan terhadap Mahkamah Anak Negeri;
Peruntukan belanjawan yang lebih tinggi;
Mekanisme pemantauan bebas; dan
Autonomi pentadbiran.
Namun, semuanya masih belum wujud.
5. Sabah Harus Mencontohi Sistem Mahkamah Bumiputera Sarawak
Sarawak telah mencatat kemajuan ketara dalam memperkasa Mahkamah Bumiputera. Ia diiktiraf dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, mempunyai latihan kehakiman tersendiri, bidang kuasa yang lebih jelas, dan martabat institusi yang tinggi.
Sabah mesti belajar daripada ini. Mahkamah Anak Negeri kita tidak boleh kekal sebagai institusi simbolik tanpa kuasa sebenar. Kita perlu mencontohi model Sarawak — institusi yang bebas, mewakili budaya, dan diiktiraf secara perlembagaan.
6. Peranan Mahkamah Anak Negeri Telah Berubah — Akuilah Realitinya
Secara sejarah, Mahkamah Anak Negeri melibatkan semua anak negeri. Namun sejak Islam dijadikan agama negeri pada tahun 1973, dan dengan perkembangan Mahkamah Syariah, anak negeri beragama Islam secara struktur dan undang-undang telah beralih ke dalam sistem Syariah.
Kini, Mahkamah Anak Negeri khususnya berkhidmat untuk anak negeri bukan Islam. Menafikan realiti ini adalah satu tindakan tidak jujur yang akan menggagalkan reformasi sebenar.
7. Ilmu Adat oleh Anak Negeri Islam Bukan Isunya
Kami tidak mempertikaikan pengetahuan adat dalam kalangan anak negeri Islam. Tetapi isu ini bukan soal ilmu — ia soal keberkesanan undang-undang.
Selagi mana hukum Syariah adalah kerangka perundangan utama bagi orang Islam, maka seperti yang ditegaskan oleh Tun Malanjum, institusi adat sewajarnya dipimpin oleh anak negeri bukan Islam yang merupakan pengguna dan penjaga utama adat resam.
8. Adakah Sistem Sekarang Berfungsi?
Kami menyeru Datuk William dan Isaiah Majinbon untuk menilai secara jujur:
Adakah mereka benar-benar bangga dengan keadaan Mahkamah Anak Negeri sekarang?
Adakah mereka berpuas hati dengan satu sistem yang dilihat ramai sebagai “mahkamah kampung” yang tiada kuasa sebenar, tiada peruntukan sewajarnya, dan tiada laluan profesional yang jelas?
Atau mereka, seperti kebanyakan rakyat Sabah, mengakui bahawa sistem ini kini hanya menjadi alat politik yang telah dilucutkan martabatnya sebagai institusi keadilan sebenar?
Kami Tetap Teguh — Reformasi Bukan Lagi Pilihan, Ia Keperluan
Anak negeri Sabah berhak mendapat yang lebih baik. Maka kami tegaskan semula:
Mahkamah Anak Negeri mesti diiktiraf dalam Perlembagaan, bebas dari segi struktur, dan mewakili budaya.
Kepimpinan institusi adat mesti berdasarkan bidang kuasa sebenar — bukan imbangan simbolik.
Reformasi mesti bersifat substantif, bukan kosmetik.
Kita tidak perlukan lagi alasan. Kita perlukan perubahan sebenar. Marilah kita bersikap berani, jujur dan adil — demi rakyat kita, adat kita, dan masa depan negeri Sabah.
Dikeluarkan oleh:
Daniel John Jambun
Presiden, Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO). ~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment