Oleh Cleftus Spine Mojingol, 29-5-2025
Sempena Tadau Kaamatan & Gawai 202
1. SALAM persaudaraan dan perpaduan kepada semua rumpun Dayak di Sabah dan Sarawak. Sekali lagi kita menyambut Tadau Kaamatan dan juga Gawai, dua acara tahunan yang meriah dan bermakna kepada kita.
2. Sejajar dengan kemajuan yang semakin rancak, marilah kita memperingati keperluan untuk terus memelihara kebudayaan dan tradisi kita termasuk bahasa ibunda kita yang semakin disisihkan oleh ramai kalangan kita sendiri.
3. Rumpun Dayak berterima kasih kepada pihak kerajaan pusat dan negeri kerana terus membantu kita termasuk dalam memberi geran memperkembangkan kebudayaan dan cara hidup kita bukan sahaja dalam penggalakan bahasa-bahasa tempatan tetapi dalam pelbagai bidang seperti ilmu perubatan herba, seni, musik, binaan dan sebagainya.
4. Lebih banyak penyelidikan dan pendokumentasian perlu dilakukan terhadap setiap segi hidup suku-suku dan kaum-kaum rumpun Dayak ini bagi mengukuhkan lagi keluarga Dayak.
5. Kemudahan infrastruktur seperti pusat-pusat kebudayaan, masyarakat dan ilmu bagi setiap kaum rumpun Dayak adalah sesuatu yang kita idamkan dalam menyerlahkan dan memperkasa lagi ketamadunan rumpun ini.
6. Usaha untuk memperkasa penyertaan lebih bermakna rumpun Dayak antara lain dalam perniagaan, industri, pertanian dan pelancongan sangat penting dibangun tambah, dan untuk ini sudah masanya kerajaan memberi fokus dan sumber kepada Sabah dan Sarawak.
Sekian.
Kotobian Tadau Kaamatan &
Gayu Guru Gerai Nyamai.
Cleftus Spine Mojingol ialah Presiden
Pertubuhan Kebudayaan Rumpun Dayak Sabah [PKRDS].#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment