Oleh Daniel John Jambun, 22-5-2025
KOTA KINABALU : Kami merujuk kepada kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Malay Mail 20hb 2025, yang mendakwa kononnya ketidakstabilan politik dan kemunduran pembangunan di Sabah berpunca daripada pemerintahan parti-parti tempatan sebelum tahun 1994, sambil mengangkat pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebagai era pembangunan sebenar dan kestabilan.
Naratif ini bukan sahaja menyeleweng daripada fakta sejarah, malah merupakan satu cubaan terang-terangan untuk memutihkan era gelap pemerintahan penuh manipulasi politik, korupsi dan penindasan. Rakyat Sabah tidak boleh terus diperbodohkan. Kesilapan politik paling besar dalam sejarah moden Sabah bukanlah perpaduan di bawah parti tempatan — sebaliknya adalah apabila kita membenarkan BN memerintah Sabah selama 31 tahun.
Fakta mesti dijelaskan:
1. Sabah Dibenamkan Dalam Kemiskinan Di Bawah BN
Sepanjang pemerintahan BN, Sabah kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia, walaupun kaya dengan hasil minyak, gas, balak dan sumber asli. Di bawah 31 tahun pemerintahan BN:
Berbilion ringgit dibolot melalui amalan rasuah
Kawasan luar bandar terus terpinggir
Infrastruktur asas seperti jalan raya, sekolah, hospital, bekalan air dan elektrik sangat daif dan ketinggalan
Jika ini dikatakan pembangunan, ia adalah pembangunan tanpa maruah dan tanpa kesejahteraan rakyat.
2. Autonomi Sabah Dirobohkan, Bukan Diperkuatkan
Kononnya “kestabilan” yang dibawa BN bermula dengan rampasan kuasa politik. Kejatuhan PBS pada tahun 1994 bukanlah peralihan kuasa secara demokratik, tetapi hasil daripada lompat parti besar-besaran, campur tangan Persekutuan, dan pelaksanaan Projek IC yang mencabuli kedaulatan dan integriti politik Sabah.
BN tidak menyatukan Sabah — BN menjajah Sabah dari segi politik.
3. Korupsi Berleluasa dan Pengurusan Kewangan Yang Lemah
BN mentadbir Sabah melalui kronisme dan politik habuan, bukan melalui tadbir urus yang telus. Institusi-institusi awam dipolitikkan, dana rakyat disalahgunakan, dan budaya rasuah berakar umbi dalam pentadbiran negeri.
Ini adalah realiti yang cuba disembunyikan oleh Bung Moktar.
4. Sabah Ditinggalkan Dalam Keadaan Kewangan Lemah Berbanding Sarawak
Pada penghujung pemerintahan BN pada tahun 2018, Sabah hanya mempunyai rizab kewangan berjumlah RM3 bilion, sedangkan Sarawak — yang kekal dengan pentadbiran negeri yang lebih berdaulat — berjaya mengumpul rizab kewangan sebanyak RM31 bilion pada tahun yang sama.
Tepat dikatakan:
Jika UMNO memerintah Sarawak seperti mana mereka memerintah Sabah, Sarawak juga akan menjadi negeri yang mundur dan melarat. Perbezaannya bukan pada kedudukan di Persekutuan, tetapi pada kualiti dan integriti pentadbiran.
5. Projek IC Masih Menjadi Luka Terbuka Sabah
Projek IC yang dijalankan di bawah pemerintahan BN merupakan pengkhianatan besar terhadap rakyat Sabah. Pemberian kerakyatan secara haram kepada warga asing demi kepentingan politik telah mengubah komposisi demografi negeri ini, menjejaskan hak-hak anak negeri, dan membebankan sistem pendidikan, kesihatan dan sosial kita.
Inilah harga sebenar kepada "kestabilan" palsu yang didakwa BN.
6. Projek Mega BN Ditangguh dan Dipolitikkan
Projek seperti Lebuhraya Pan Borneo telah dijanjikan sejak tahun 1990-an, tetapi hanya dilaksanakan secara serius selepas pertukaran kerajaan. Projek-projek ini turut diselubungi kelewatan, kos melambung dan pemberian kontrak kepada kroni. Pembangunan di bawah BN lebih tertumpu kepada mengkayakan golongan elit politik, bukan memperbaiki nasib rakyat.
Kata Akhir:
Datuk Bung Moktar tidak layak memutarbelit sejarah untuk memuliakan rejim yang merompak kekayaan Sabah, melemahkan institusi, dan menjual maruah rakyat.
Pemerintahan 31 tahun BN bukanlah zaman keemasan — ia adalah zaman pengkhianatan, kegelapan dan kemunduran. Masa depan Sabah terletak bukan pada nostalgia terhadap penjajah politik, tetapi pada keberanian untuk mengembalikan autonomi sebenar, membersihkan pentadbiran, dan menyerahkan kuasa kepada rakyat Sabah sendiri.
Kita tidak boleh lagi keliru antara penindasan dengan kestabilan, atau antara korupsi dengan pentadbiran.
Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo).
The English Version :
PRESS STATEMENT
22 May 2025
Sabah’s Real Political Mistake Was 31 Years of BN Rule — Not the Era of Local Governance
KOTA KINABALU — We refer to the recent remarks made by Sabah UMNO Chief, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Malay Mail 20th May 2025, who claimed that political instability and underdevelopment in Sabah stemmed from the period of local party rule prior to 1994, while portraying Barisan Nasional’s (BN) takeover as a period of “real development” and stability.
This narrative is not only historically misleading, but it is a blatant attempt to glorify a dark era of political manipulation, corruption, and subjugation. Sabahans must not be fooled. The greatest political mistake in Sabah’s modern history was not unity under local parties — it was allowing BN to rule Sabah for 31 years.
Let us respond with facts:
1. Sabah Was Plunged into Poverty Under BN
During BN’s rule, Sabah remained consistently the poorest state in Malaysia, despite being one of the most resource-rich. Blessed with oil, gas, timber, and fertile land — yet under BN’s 31-year rule:
Billions were siphoned off through corrupt practices
Rural communities were neglected
Basic infrastructure like roads, schools, hospitals, water supply, and electricity remained critically underdeveloped
BN failed to translate resources into real development for the rakyat.
2. Sabah’s Autonomy Was Hijacked, Not Strengthened
BN’s so-called “stability” began with a political coup. The fall of PBS in 1994 was engineered through mass political defections, federal interference, and the infamous Project IC, which tampered with Sabah’s demographics and electoral integrity.
BN did not unite Sabah — it colonised it politically.
3. Systemic Corruption and Financial Mismanagement
BN ruled Sabah through cronyism and patronage, not governance. State institutions were politicised, public funds were misused, and the culture of corruption became embedded in government operations.
This is the reality Bung Moktar conveniently forgets.
4. Sabah Was Left Financially Weak Compared to Sarawak
At the end of BN’s rule in 2018, Sabah had only RM3 billion in state financial reserves. In contrast, Sarawak — which maintained stronger state-led governance — had accumulated RM31 billion in reserves for the same year.
Let us be blunt:
Had UMNO governed Sarawak the way it governed Sabah, Sarawak too would be financially crippled. The difference lies not in federal alignment but in the quality and integrity of governance.
5. The Legacy of Project IC Still Haunts Sabah
BN’s systematic granting of citizenship to foreigners through Project IC remains one of the greatest betrayals in Malaysian history. It diluted native rights, strained public services, and continues to destabilise Sabah’s social fabric. This “stability” came at the cost of Sabah’s identity.
6. BN’s “Mega Projects” Were Delayed and Politicised
Projects like the Pan Borneo Highway were promised for decades under BN, yet only began proper implementation after regime change. Many were riddled with delays, inflated costs, and politically connected contracts. The so-called “development” under BN was more about enriching elites than serving the people.
Final Word:
Datuk Bung Moktar should not be allowed to rewrite history to glorify a regime that siphoned Sabah’s wealth, weakened our institutions, and sold our dignity.
BN’s 31-year rule represents an era of missed opportunities, economic theft, and political betrayal. Sabah’s future lies not in reliving that past, but in restoring real autonomy, rooting out corruption, and empowering Sabahans to take back control of their destiny.
We must never again mistake oppression for order, or corruption for stability.
Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo). ~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment