Oleh Daniel John Jambun, 5-6-2025
SABAH kini berada di ambang pilihan raya paling menentukan dalam sejarahnya. Seruan untuk reformasi menyeluruh dan tidak dapat diundur lagi semakin lantang. "Reset Sabah" bukan sekadar slogan—ia adalah laungan keramat kerajaan baharu yang bakal mengambil alih, yang diharapkan diterajui Warisan, untuk merampas kembali tanah air daripada rejim yang telah gagal dalam setiap aspek.
Selama lima tahun di bawah pentadbiran GRS, Sabah telah dijadikan bahan ketawa: sebuah negeri yang kaya dengan sumber, tetapi musnah oleh salah urus, korupsi, dan ketundukan membuta tuli kepada kuasa pusat. Sabah tidak rosak secara semula jadi—ia dirosakkan secara terancang.
Sabah Dalam Krisis: Realiti Yang Tidak Boleh Disangkal
Rakyat Sabah tidak berhalusinasi. Mereka kecewa—dan dengan sebab yang jelas:
Krisis Bekalan Air Terburuk di Malaysia – Keperluan asas kini menjadi mimpi ngeri harian. Air bersih kini dianggap barang mewah.
Kerap Kali Bekalan Elektrik Terputus – Bandar dan kampung bergelap, sementara pemimpin berpesta cahaya.
Jalan Raya Paling Teruk di Negara – Jalan rosak dan berbahaya, mencerminkan arah pentadbiran GRS: retak dan tidak layak.
Kadar Kemiskinan Tertinggi – Dalam negeri yang kaya, rakyat terpaksa bergelut untuk hidup.
Kadar Pengangguran Tertinggi (7.7%) – Terutamanya anak muda, yang terpaksa berhijrah demi masa depan.
Sekolah Dalam Keadaan Uzur – 589 daripada 1,200 sekolah diklasifikasikan sebagai daif; 225 daripadanya kritikal. Anak-anak Sabah sedang dicuri masa depan mereka.
Sistem Kesihatan di Ambang Kegagalan – Klinik tanpa doktor, hospital tanpa peralatan, pesakit dibiar merana.
Kes Rasuah Tertinggi di Malaysia – Pemimpin hidup mewah, rakyat terus merana.
Moral Penjawat Awam Merudum – Semangat kerja hancur akibat campur tangan politik.
Rampasan Tanah Oleh Kroni Politik – Tanah rakyat dirampas atas nama “pembangunan.”
Kemusnahan Alam Sekitar Yang Dibiarkan – Hutan digondol, sungai dicemar, semuanya didiamkan.
Sebuah Negeri Dikhianati Oleh Pemerintahnya Sendiri
Ini bukan sekadar kelemahan pentadbiran—ini adalah pengkhianatan. Rasuah telah merebak ke setiap urat nadi kerajaan negeri. Institusi dirampas. Dana awam dicuri. Perkhidmatan awam dipolitikkan. Rakyat menjadi penonton kepada perompakan yang berlaku secara terbuka.
Yang patuh diberi ganjaran. Yang menentang dibisukan. Ini bukan pentadbiran—ini penjajahan berselindung, oleh orang kita sendiri.
Mengapa Tadbir Urus Baik Bukan Lagi Pilihan, Tapi Keharusan
Sabah mesti keluar daripada kitaran pergantungan, ketakutan, dan kehancuran ini. Reset Sabah membayangkan sebuah kerajaan yang:
Melantik Berdasarkan Merit, bukan kesetiaan politik.
Mengamalkan Ketelusan Menyeluruh, bukan keputusan sulit.
Bertanggungjawab Sepenuhnya, bukan lepas tangan.
Menegakkan Keadilan, bukan kronisme.
Mendengar Rintihan Rakyat, bukan menolaknya.
Mentadbir bukan hak istimewa—ia adalah amanah rakyat. Kerajaan seterusnya mesti melaksanakan tugas dengan rendah diri, integriti, dan kecekapan—atau undur diri.
Sabah Perlukan Pemimpin, Bukan Boneka
Kita perlukan pemimpin yang berani, jujur dan tegas—yang akan mempertahankan hak Sabah, bukan jadi alat Putrajaya. Sabah tidak perlukan pengampu. Ia perlukan pejuang.
Kerajaan baru ini tidak akan tunduk. Ia tidak akan merayu. Ia akan menuntut hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Cukup-cukuplah dengan pengkhianatan.
Agenda Reset Sabah: Tegas, Berani dan Tidak Boleh Dikompromi
Basmi Rasuah – Wujudkan ketelusan institusi. Tempatkan pegawai SPRM di semua kementerian utama termasuk Pejabat Ketua Menteri. Rasuah mesti dipantau secara harian, bukan selepas berlaku.
Pulihkan Ekonomi Sabah – Bangunkan industri tempatan, cipta peluang pekerjaan, dan pastikan kekayaan Sabah untuk rakyat Sabah.
Tegakkan Autonomi Sabah – Pertahankan hak di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan. Sokong sepenuhnya tindakan undang-undang oleh SABAR dan SLS untuk mencabar Akta Laut Wilayah 2012 dan menuntut 40% hasil bersih persekutuan.
Baik Pulih Institusi Awam – Bebaskan perkhidmatan awam daripada politik dan pulihkan keyakinan rakyat.
Pulihkan Infrastruktur & Perkhidmatan Asas – Baiki jalan, stabilkan bekalan elektrik, selesaikan isu air, dan tingkatkan kemudahan kesihatan serta pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.
Akhiri Kronisme, Laksanakan Tadbir Urus Inklusif dan Berdasarkan Merit – Semua rakyat Sabah mesti diberi peluang saksama.
Penutup: Bangkit Atau Binasa—Pilihan Di Tangan Kita
Sabah telah terlalu lama diperintah secara rosak. Jalan pemulihan bukan mudah, tetapi ia mesti bermula dengan keberanian di peti undi dan kesatuan dalam perjuangan.
Reset Sabah bukan hanya rancangan kerajaan baru—ia adalah tuntutan rakyat. Ia adalah titik perubahan untuk menuntut semula maruah dan masa depan kita.
Masa untuk bangkit adalah sekarang.
Akan terus kita derita di bawah rejim korup? Atau bangkit, reset dan bina semula Sabah?
Perubahan bukan pilihan. Ia satu-satunya jalan untuk menyelamatkan Sabah.
Daniel John Jambun ialah Presiden
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) &
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS)
English Version :
Sabah Reset: The People's Movement to Dismantle a Failed Regime
AS Sabah stands on the threshold of a defining election, the cry for bold and irreversible reform has grown deafening. The “Sabah Reset” is not mere rhetoric—it is the rallying call of a new incoming government, led by the people’s hope, possibly under Warisan, to take back our homeland from a regime that has failed us at every turn.
For five long years, the GRS-led administration has reduced Sabah to a cautionary tale: a land blessed with immense resources but cursed with misrule, corruption, and blind subservience to federal overlords. Sabah is not broken by nature—it is being broken by design.
Sabah in Ruin: The Reality No One Can Deny
Sabahans are not delusional. They are disillusioned—and for good reason:
Worst Water Supply in Malaysia – A basic necessity has become a daily nightmare. Clean water is now a luxury.
Most Frequent Blackouts – Our cities and villages plunge into darkness while leaders bask in the spotlight.
Worst Roads Nationwide – Dangerous, crumbling roads that reflect the state’s direction under GRS: broken and unfit for purpose.
Highest Poverty Rate – In a resource-rich state, our people are forced to scrape for survival.
Highest Unemployment (7.7%) – Especially among youth, who are pushed out of Sabah in search of dignity.
Schools in Crisis – Over 589 out of 1,200 schools are dilapidated, 225 in critical condition—Sabah’s children are being robbed of their future.
Healthcare Collapse – Empty clinics, unequipped hospitals, suffering patients. Our health system is a national disgrace.
Corruption Capital – Sabah leads in corruption cases—leaders feed off public wealth with impunity.
Demoralised Civil Service – Dedicated officers demotivated by political interference and nepotism.
Land Grab Scandals – Cronies and political allies seize native land under the guise of “development.”
Environmental Plunder – Logging, mining, and pollution carried out with zero regard for sustainability.
A State Betrayed by Its Own Government
This is not just mismanagement—it is betrayal. Corruption has metastasised into every limb of the state. Institutions are captured. Public funds are siphoned off. Civil service is politicised. The people have been reduced to bystanders while a cartel of elites tightens its grip on Sabah.
Silence is rewarded, dissent punished. This is not governance. This is occupation in disguise—by our own.
Why Good Governance Is No Longer an Option—It Is the Only Option
Sabah must break the cycle of dependency, subservience, and decay. The Sabah Reset envisions a government that:
Appoints Based on Merit, not political loyalty.
Practices Total Transparency, not secrecy.
Holds Power Accountable, not protected.
Upholds Justice, not favours.
Listens to the People, not dismisses them.
Governance is not a privilege of power—it is a sacred duty. The next government must serve with humility, integrity, and competence—or step aside.
Sabah Deserves Leaders, Not Lackeys
We need a generation of leadership that speaks truth to power, defends our rights, and reclaims our future. Sabah doesn’t need yes-men to Putrajaya—it needs warriors for the people.
This new government will not bend. It will not beg. It will demand what is rightfully ours under the Malaysia Agreement 1963 (MA63). No more betrayals.
The Sabah Reset Agenda: Bold and Non-Negotiable
Crush Corruption – Institutionalise transparency. Place MACC officers in every ministry, especially the Chief Minister’s Office. No more unchecked power.
Reclaim the Economy – Develop homegrown industries, create jobs, and ensure Sabahans benefit from Sabah’s wealth.
Assert Autonomy, Not Ask for It – Enforce Sabah’s constitutional rights under MA63 and support all legal efforts (SABAR, SLS) to challenge the Territorial Sea Act 2012 and secure Sabah’s 40% federal revenue entitlement.
Fix Broken Institutions – Restore independence to public service and end political interference.
Revive Basic Services – Repair our roads, stabilise electricity, resolve water woes, and rebuild our hospitals and schools—especially in rural areas.
End Cronyism – Replace it with inclusive, fair, and merit-based appointments that reflect the true spirit of Sabah.
Conclusion: Rise or Rot—The Choice is Ours
Sabah has suffered enough. We cannot afford another five years of lies, of plunder, of betrayal. The Sabah Reset is not just a plan—it is a revolution of accountability. It is Sabah’s last chance to rise.
Let this be the generation that said enough. Let this be the government that truly serves. Let this be the moment Sabah rewrites its destiny.
Change is not optional. It is a matter of survival.
Reset now—or perish under a regime that no longer serves the people.
Daniel John Jambun is President of
Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoPiMaFo) and
Change Advocate Movement Sabah (CAMOS).#~Borneo Herald™