The full statement:
JOINT PRESS STATEMENT
7th May 2025
REBUTTING THE FALSE NARRATIVE THAT “MALAYSIA BELONGS TO THE MALAYS”
THE assertion by UMNO Youth Chief Dr. Akmal Saleh that “Malaysia belongs to the Malays” is not only a dangerous historical revision but also an affront to the indigenous peoples of Sabah, Sarawak, and the Orang Asli of the Peninsula. It is an insult to the very process of decolonisation that forged Malaysia in 1963.
Our Rebuttal—Uncompromising and Unyielding
1. The Orang Asli: The True Original Inhabitants of Malaya
Historical records confirm that the Orang Asli—comprising the Semang, Senoi, and Jakun peoples—were the original custodians of the Malay Peninsula. Even early colonial accounts and indigenous rulers acknowledged that the Malays arrived later from islands across Southeast Asia. British Census Reports (1931, 1947) unequivocally show that a significant portion of those classified as “Malay” were recent immigrants. Claiming an exclusive Malay claim on Malaya erases these undeniable historical truths.
2. Malaysia’s Creation: A 1963 Federation, Not a 1957 Dream
Malaysia was not an organic outgrowth of Malaya but a federation politically constructed through the Malaysia Agreement of 1963—a treaty (if valid, which is disputed) forged by the United Kingdom, the Federation of Malaya, with the then colonies of North Borneo (Sabah), Sarawak, and Singapore. This was a deliberate, multinational pact to establish a secular, multicultural, and power-sharing state. Any narrative that ignores this treaty is an attack on the fundamental principles upon which our nation was built.
3. Defending Our Dignity: Borneo’s Fear of Malay Domination
Sabah and Sarawak did not join the making of Malaysia to be relegated to second-class status under a monolithic, Malay-dominated regime. Their leaders—and their people—voiced overwhelming concerns about the threat of racial and religious suppression. The concessions made, including additional parliamentary seats, were not handouts but essential safeguards against domination. This was a fight for dignity and self-respect that continues to echo today.
4. Singapore’s Exit and the Betrayal by Supremacist Policies
In 1965, deep-seated racial politics and the unwavering refusal of UMNO to honour the Malaysia Agreement forced Singapore to exit the federation. The ensuing racial violence in May 1969 was then used to justify the New Economic Policy—a policy that reshaped Malaysia into a state that privileges one race and one religion over all others. This betrayal undermines the entire basis of a secular federation.
5. A Covenant Broken: MA63 Violated
Repeated actions by UMNO-led governments have severely undercut the autonomy promised to Sabah and Sarawak. Centralised control over oil and gas resources, erosion of native land rights, and a deliberate substitution of secular federalism with a system of Malay-Muslim supremacy constitute a flagrant violation of MA63. These multiple breaches are not mere policy missteps—they are a deliberate dismantling of the founding pact. Under international law, such material breaches grant the aggrieved parties the right to withdraw from the federation.
6. Malaysia is for All Malaysians—not Just for One Group
The Federal Constitution, even with the “special position” of Malays recognized under Article 153, clearly enshrines equality, citizenship, and freedom for every Malaysian. The vision expressed by the Reid Commission, Tungku Abdul Rahman, and the very spirit of Malayan Merdeka was for a truly inclusive nation. Sabah and Sarawak joined this union as equal partners, not as subordinates in a far right Malay nationalist project.
7. A Call for National Self-Reflection and Decisive Self-Determination
We call on all Malaysians, especially the younger generation, to reclaim the true history and essence of the federation if they wish to continue it:
Malaysia was created in 1963—not in 1957—as a voluntary, secular, and equal partnership.
The original vision has been systematically betrayed by those who insist on racial exclusivism.
The peoples of Borneo now assert their right to self-determination as the only path to genuine justice.
UMNO’s claims of exclusive Malay ownership are a betrayal of our sacred founding principles and the collective rights of every Malaysian. If Malaysia is to remain a union of diverse peoples, it must honour its founding agreements. Otherwise, Sabah and Sarawak must reclaim their right to determine their own destiny.
Defending the Inalienable Right to Decide
In 1963, both IGC Chairman Lord Lansdowne and PM Tunku Abdul Rahman affirmed the right of Sabah and Sarawak to exit the federation. The omission of any secession clause in the federal amendments—once a basic tenet of free association—only reinforces this legal and moral right. International law supports this right, and history vindicates it.
Daniel John Jambun
President, Borneo Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO)
Robert Pei
President, Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ
Versi Bahasa Malaysia
KENYATAAN MEDIA BERSAMA
7 Mei 2025
MEMBANTAH NARATIF PALSU BAHAWA “MALAYSIA MILIK ORANG MELAYU”
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh bahawa “Malaysia milik orang Melayu” bukan sahaja satu penulisan semula sejarah yang berbahaya, malah satu penghinaan terhadap masyarakat peribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung. Ia mencemar semangat penyahjajahan yang membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Penolakan Kami — Tegas dan Tidak Berkompromi
1. Orang Asli: Penduduk Asal yang Sebenar di Tanah Melayu
Rekod sejarah jelas menunjukkan bahawa Orang Asli — terdiri daripada kaum Semang, Senoi dan Jakun — adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu. Bahkan catatan kolonial awal dan penguasa tempatan mengakui bahawa orang Melayu datang kemudian dari kepulauan Asia Tenggara. Laporan bancian British (1931, 1947) dengan jelas menunjukkan ramai yang dikategorikan sebagai "Melayu" adalah pendatang baru. Menuntut hak eksklusif ke atas Tanah Melayu bagi orang Melayu adalah cubaan menghapuskan fakta sejarah yang tidak dapat disangkal.
2. Pembentukan Malaysia: Sebuah Persekutuan 1963, Bukan Impian 1957
Malaysia bukan kesinambungan semula jadi dari Malaya, tetapi terbentuk melalui Perjanjian Malaysia 1963 — sebuah perjanjian politik yang dimeterai oleh United Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu, bersama jajahan Borneo Utara (Sabah), Sarawak, dan Singapura ketika itu. Ia merupakan pakatan pelbagai negara untuk membentuk sebuah persekutuan sekular, berbilang kaum dan berkongsi kuasa. Mana-mana naratif yang mengabaikan perjanjian ini adalah serangan terhadap asas pembentukan negara.
3. Mempertahankan Maruah: Ketakutan Borneo Terhadap Dominasi Melayu
Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia untuk menjadi rakyat kelas kedua di bawah satu pemerintahan dominan Melayu. Pemimpin dan rakyat Borneo telah menyuarakan kebimbangan besar terhadap penindasan kaum dan agama. Konsesi seperti perwakilan tambahan di Parlimen bukan pemberian, tetapi langkah perlindungan asas. Ini adalah perjuangan untuk maruah dan harga diri yang masih relevan hingga ke hari ini.
4. Pengunduran Singapura dan Pengkhianatan Dasar Supremasi Kaum
Pada tahun 1965, politik perkauman yang mendalam serta keengganan UMNO untuk menghormati Perjanjian Malaysia memaksa Singapura menarik diri dari persekutuan. Rusuhan kaum pada Mei 1969 pula digunakan untuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru — dasar yang mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang memihak kepada satu kaum dan satu agama sahaja. Ini adalah satu pengkhianatan terhadap asas persekutuan sekular yang telah disepakati.
5. Perjanjian Dimungkiri: MA63 Dilanggar
Tindakan berterusan kerajaan-kerajaan yang diterajui UMNO telah menjejaskan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak. Kawalan berpusat terhadap hasil minyak dan gas, penghakisan hak tanah adat, serta penggantian sistem persekutuan sekular dengan sistem keutamaan Melayu-Islam adalah pelanggaran terang-terangan terhadap MA63. Pelanggaran ini bukan sekadar kesilapan dasar — ia adalah usaha sistematik membatalkan asas perjanjian. Menurut undang-undang antarabangsa, pelanggaran seperti ini memberi hak kepada pihak yang dikhianati untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut.
6. Malaysia Milik Semua Rakyat Malaysia — Bukan Milik Satu Kaum Sahaja
Perlembagaan Persekutuan, walaupun mengiktiraf “kedudukan istimewa” orang Melayu dalam Perkara 153, turut menjamin kesaksamaan, kewarganegaraan dan kebebasan untuk semua rakyat. Visi Suruhanjaya Reid, Tunku Abdul Rahman dan semangat Merdeka jelas menjurus ke arah sebuah negara inklusif. Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan ini sebagai rakan kongsi setara, bukan sebagai bawahan dalam projek nasionalisme Melayu sayap kanan.
7. Seruan untuk Refleksi Nasional dan Penentuan Nasib Sendiri
Kami menyeru semua rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda, untuk menuntut kembali sejarah dan semangat sebenar pembentukan persekutuan ini jika ingin ia terus wujud:
Malaysia dibentuk pada tahun 1963 — bukan 1957 — sebagai sebuah persekutuan sukarela, sekular dan setara.
Visi asalnya telah dikhianati oleh mereka yang mengangkat eksklusivisme perkauman.
Rakyat Borneo kini menegaskan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri sebagai satu-satunya jalan ke arah keadilan sebenar.
Kenyataan UMNO bahawa Malaysia milik eksklusif Melayu adalah satu pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip asas negara dan hak kolektif semua rakyat. Jika Malaysia ingin kekal sebagai persekutuan pelbagai kaum, ia mesti menghormati perjanjian asalnya. Jika tidak, Sabah dan Sarawak mesti menuntut semula hak untuk menentukan masa depan sendiri.
Mempertahankan Hak Mutlak untuk Menentukan Nasib Sendiri
Pada tahun 1963, Pengerusi IGC Lord Lansdowne dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengiktiraf hak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari persekutuan. Ketiadaan klausa pemisahan dalam pindaan persekutuan — yang dahulunya adalah prinsip asas persekutuan bebas — hanya mengukuhkan hak undang-undang dan moral ini. Undang-undang antarabangsa menyokong hak ini, dan sejarah mengesahkannya.
Daniel John Jambun
Presiden, Borneo Plight in Malaysia Foundation (BOPIMAFO)
Robert Pei
Presiden, Sabah Sarawak Rights Australia New Zealand (SSRANZ). ~Borneo Herald
No comments:
Post a Comment