Top posts

Featured Posts

Parti Sedar Rakyat sudah kenal pasti 18 calon DUN, akan tanding minimum 35 kerusi

Kenyataan Akhbar
Dr Julia Emelda Ongkili
Timbalan Pengerusi
Majlis Kerja Negeri (MKN) Sabah
Parti Sedar Rakyat (SEDAR)
TAMPARULI

26hb Mac, 2024



PARTI SEDAR RAKYAT SUDAH KENAL PASTI 18 CALON DUN, AKAN TANDING MINIMUM 35 KERUSI


1. Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat sudah mengenal pasti 18 calon pilihanraya di 18 kawasan Dewan Undangan Negeri, dan dijangka bertanding sekurang-kurangnya di 35 kerusi DUN pada pilihanraya negeri ini.
2. Pengerusi MKN, Prof Dr Ariffin Willie Muhamad, mengumumkan tiga lagi calon pada mesyuarat MKN Ahad lepas, sebagai tambahan kepada nama yang diumumkan sebulan lalu.
3. Mereka sedia dikenali di kawasan mereka kerana memang menyantuni komuniti masing-masing, dan walaupun menghadapi cabaran, mereka berjaya menyusun Cawangan DUN masing-masing.
4. Parti akan menyambung jelajah selepas Hari Raya ini selepas jelajah di Gum-Gum beberapa minggu lalu. Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan ekonomi juga sudah dan sedang dilaksanakan di bawah pimpinan Prof Dr Ariffin sendiri.
5. Selaku pemimpin komuniti KDMR dalam Parti, saya berkeyakinan rakyat sedang tertunggu-tunggu kehadiran nafas baru dan idea-idea baru yang mereka boleh menyertainya, menyokongnya serta mendapatkan faedah untuk masyarakat seluruhnya.
6. MKN Sabah mengutamakan Integriti kepimpinan dalam memilih calon, dan menumpu kepada Pendidikan dan Ekonomi sebagai saluran peningkatan mutu kehidupan keluarga Sabah, di samping pendekatan baru pengupayaan rakyat menerusi pelbagai inisiatif baru program dan projek yang bakal kami tawarkan dalam manifesto PRN nanti.
7. Mereka yang ingin menyertai Parti Sedar Rakyat boleh mendapatkan borang dan perlembagaan Parti dari Ketua-ketua rasmi Parti yang sudah dilantik di kawasan DUN.
8. Bagi kawasan yang belum ada Cawangan DUN, mereka boleh mendapatkannya dari Ketua-ketua Penaja Bahagian yang sedang dilantik masa ini, atau terus mengubungi saya atau Setiausaha MKN.

Terima kasih.





DR JULIA E. ONGKILI
Timbalan Pengerusi
MKN Sabah, Parti Sedar Rakyat 
leareds70@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Search This Blog