Top posts

Featured Posts

Pemimpin SEDAR Sabah lapor polis lelaki hina Premier Sarawak

                Richard Jimmy (memakai baju Parti Sedar Rakyat) dan tiga rakannya di luar Balai Polis Penampang semalam.

PENAMPANG : Ketua Pasukan Petugas Khas KDMR Parti Sedar Rakyat (SEDAR) di Sabah, Richard Jimmy, membuat laporan polis terhadap satu rakaman Tiktok yang dikatakan menghina Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Openg, beberapa hari lepas.

Richard yang juga Ketua Cawangan SEDAR Moyog, ketika menghubungi Borneo Herald berkata beliau berharap polis menyiasat pemilik akaun Tiktok itu, Zool Amali Husin yang menurutnya menghina Premier Sarawak.

Rakaman Tiktok itu juga dikatakan menghina seorang lagi pemimpin dari Sarawak iaitu Datuk Tiong King Sing, yang juga Menteri Pelancongan.

Rakaman berdurasi lebih empat minit itu mempersoal rekomendasi Abang Johari untuk Tiong menjadi menteri persekutuan sambil membahasakan premier Sarawak itu "bangang".

Lelaki yang memakai baju 'Free Palestin' dalam Tiktok itu juga menyelar Tiong yang didakwanya angkuh dan perasan paling berkuasa termasuk dalam beberapa kejadian seperti di KLIA ketika Tiong menyelar pegawai imigresen yang menahan pelancong dari China.

"Engkau ni tauke bapa ayam ke Tiong? Bawa rakyat China supply ayam-ayam Malaysia ni.." kata lelaki itu antara lainnya.
Richard diiringi tiga rakan lain ketika membuat laporan di Balai Polis Penampang semalam.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog