Top posts

Featured Posts

Anwar perlu fokus kepada Sabah dan Sarawak sebelum terlambat kata dua aktivis Sabah


Oleh
Daniel John Jambun & Kanul Gindol
8hb Mac, 2024

Rombongan Anwar Ibrahim ke Australia minggu lepas.

1. Lawatan Perdana Menteri ke Australia beberapa hari lalu sepatutnya disertai delegasi kuat dari Sabah dan Sarawak seperti pada masa lampau.
2. Pelaburan RM24.5 bilion dari Australia yang disebut dalam lawatan itu agak besar juga tapi berapakah atau adakah pelaburan yang dibawa kepada Sabah dan Sarawak?
3. Begitu juga pelaburan RM63.02 bilion dari Amerika Syarikat, berapakah untuk Sabah dan Sarawak?
4. Walaupun MoU hanyalah lebih kepada promosi perhubungan awam, dan tidak semestinya diterjemah kepada pelaburan baru, kami merasa risau dengan nasib dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia yang semakin terancam peminggiran sistematik.
5. Sudah sampai masanya Perdana Menteri Malaysia mengalih fokusnya ke Borneo, memberi lebih banyak dana dan pelaburan ke Sabah dan Sarawak kerana majoriti penduduk dua wilayah ini sudah tidak boleh bertahan sabar lagi dengan situasi mereka yang terus-terusan dipinggir sekadar di tepian sedangkan Sabah dan Sarawak pada 1963 Malaya bagi nak rak menjemput kita menyertai Malaya menubuh Persekutuan Malaysia sehinggakan setiap lawatan PM ketika itu, pemimpin kanan dari Sabah dan Sarawak pastilah dalam rombongan PM Persekutuan.
6. Apa sudah jadi sekarang? Nampaknya Sabah dan Sarawak akan terus ketinggalan 30 tahun dan semakin jauh dari Malaya sekiranya beginilah bentuk layanan Perdana Menteri kepada kita. 
7. Semua pelaburan dibawa ke Semenanjung. 90% dana dan peluang diratakan di Semenanjung. Semuanya di Semenanjung. Buat ECRL sampai RM70 bilion di Semenanjung, buat High Speed Rail RM120 bilion di Semenanjung, tapi untuk Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah hanya RM1 bilion setahun. Mana adil?

Sekian.


Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation, manakala Kanul Gindol adalah Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo

No comments:

Post a Comment

Search This Blog