Top posts

Featured Posts

Terima kasih Dr Julia derma dua "water sprayers" untuk sukarelawan bomba

          Aktivis Kanul Gindol (kiri) dan seorang sukarelawan bomba Darryl Spartye bersama dua "water sprayers" sumbangan Dr Julia Ongkili.

Oleh Jayden Lisando, 17-3-2024
KOTA BELUD : Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah, Parti Sedar Rakyat, Dr Julia Emelda Ongkili, bermurah hati mendermakan dua unit "water sprayer" untuk sukarelawan memadam api-api kecil di Kota Belud hari ini.

Sukarelawan kampung diketuai aktivis tempatan, Kanul Gindol, yang menerima dua unit alat penyembur galas bahu itu berkata apabila Dr Julia mendengar laporan pasukannya memadam api semak, beliau terus membuat sumbangan itu.

"Saya berterima kasih kepada Dr Julia walaupun dia dari Tamparuli dan saya dari Kadamaian bersebelahan dengan kawasannya, terus menolong apabila saya bercerita keperluan kami," kata Kanul sambil menambah beliau menghubungi beberapa kenalannya berhubung kerisauan api semak semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Menurutnya, dua hari lepas api semak hampir-hampir sampai ke empat buah rumah di siring jalanraya lama Kelawat-Kinasaraban di Kota Belud.

"Tindakan pantas pemilik rumah serta kehadiran segera jentera bomba telah berjaya mengawal api semak dari sampai ke kediaman penduduk Kg Mandap," katanya sambil berharap ada yang membantu mengganti paip-paip air mereka yang musnah terbakar.

Beberapa hari lepas pula, bomba Sabah terpaksa mendapatkan bantuan helikopter khas memadam api dari bomba Miri, Sarawak apabila sebuah bukit besar di Kota Belud terbakar dan tidak dapat dikawal kerana tiada jalanraya ke atas bukit tersebut.

Bukit berkenaan dikelilingi banyak kampung yang padat antara lainnya ialah Sembirai, Timbang Dayang, Kuala Abai, Kulambai, Suang Punggur dan Lingkodon.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog