Top posts

Featured Posts

80 ibu tunggal menerima bakul makanan sempena Ramadan, kata Dr Julia Ongkili

KOTA KINABALU : Seramai 80 ibu tunggal dari Pantai Barat Sabah menerima "bakul makanan Ramadan" dari Persatuan Ibu Tunggal Pantai Barat Sabah (PITPBS) baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PITPBS, Dr Julia Ongkili, bakul-bakul makanan tersebut disampaikan dalam satu majlis pada 30 Mac 2024 kepada kesemua 80 ahli persatuan itu di sini.

Dr Julia, yang juga Ketua Cawangan Parti Sedar Rakyat bagi DUN Tamparuli, berkata pembahagian bakul makanan itu merupakan sebahagian program pelayanan masyarakat terutama kepada isi rumah ibu tunggal yang menjadi ahli PITPBS.

Majlis itu berlangsung di Rumah Persatuan PITPBS di Taman Rose, Penampang dekat sini.

Berikut gambar-gambar aktiviti tersebut :



No comments:

Post a Comment

Search This Blog