Top posts

Featured Posts

Timbalan Ketua SEDAR Sabah santuni masyarakat edar juadah berbuka di Tamparuli

       Dr Julia Emelda Ongkili gambar semalam.

TAMPARULI : Dalam kesibukan harian, Timbalan Pengerusi Majlis Kerja Negeri Sabah bagi Parti Sedar Rakyat, Dr Julia Emelda Ongkili, sempat menyantuni masyarakat di beberapa kampung, mengedar makanan untuk juadah berbuka.

Semalam, beliau ke beberapa tempat termasuk di Masjid Ubudiyyah Tamparuli dan Surau Darul Fikri Telibong dekat sini mengagihkan kuih-muih dan pelbagai juadah sempena program moreh Sedar Tamparuli yang diketuainya.

"Ini sebahagian program moreh kami untuk masyarakat di Tamparuli tahun ini, semoga barokah," katanya pada satu majlis yang disertai AJK SEDAR Tamparuli yang menurut Dr Julia bertungkus-lumus telah menjayakan program itu.

Berikut ialah gambar-gambar kegiatan beliau semalam :#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog