TUARAN : Sebuah pergerakan politik bebas yang menggelar diri mereka "Gabungan Bebas Merdeka" [ GBM ] telah dilancarkan di sebuah restoran Tuaran di sini hari ini, bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia dan Sabah.
Gabungan para pemimpin lokal Sabah itu mengambil tema ✓Merdekakan Malaysia Dari Rasuah, dan ✓Merdekakan Sabah dan Sarawak Dari Belenggu Kesulitan sebagai pati utama panggilan politik perubahan mereka.
Pemandu falsafah perjuangan GBM, Dr Kanul Gindol, ketika melancarkan pergerakan itu dalam satu majlis ringkas berkata GBM lahir dari kesedaran bahawa Sabah memerlukan gelombang baru politik untuk perubahan dan pembaharuan.
"GBM dengan ini merupakan pergerakan politik yang pertama mengusulkan kepada negara khususnya Sabah dan Sarawak supaya Borneo terutama sekali Sarawak yang sudah membuktikan agar diberi laluan memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum (PRU) tidak lama lagi.
"Kami mengusulkan seseorang yang berkebolehan dari Sarawak dipilih untuk dilantik Perdana Menteri Malaysia pada PRU kali ini, dan GBM berusaha mencari jalan bagi impian ini untuk melonjak mencapai beberapa matlamat yang amat sukar diselesai atau dipenuhi selama lebih 60 tahun ini," katanya pada majlis ringkas yang dihadiri sembilan aktivis, termasuk seorang dari Sarawak.
Menurutnya GBM bersedia menggerakkan rakan-rakan aktivis di 26 kawasan Parlimen termasuk Labuan supaya mereka boleh mendengar sendiri komen dan aspirasi orang Sabah secara terus terang dan dari lubuk hati mereka.
"Selama ini semua Perdana Menteri adalah dari Malaya dan kita boleh lihat sendiri, pada hari ini pun kita baca laporan bermacam rasuah, penyelewengan kuasa dan wang terus berleluasa di semua tempat termasuk di pejabat paling tinggi. Sampai bila begini? Siapa lagi yang kita mahu percaya?
"Sudah tiba masanya Sarawak dan Sabah menerusi inisiatif rakyat sendiri melancarkan gelombang baru, gelombang pembaharuan di Sabah khususnya di mana para pemimpinnya tidak sehaluan, dan nampaknya masih terus mengharapkan yang tidak dapat diharapkan atau dipercayai lagi," katanya sambil menambah Sabah tidak boleh mengharapkan penyelesaian dan pembaharuan dari pihak atau pendekatan yang terus-menerus salah dan sengaja tidak menyelesaikan.
Dr Kanul berkata selepas beliau bertemu rakan lamanya Anthony Mandiau di Kota Marudu minggu lalu beliau memberitahu Anthony 'Perdana Menteri Malaysia mesti dari Sarawak kali ini, tidak boleh lagi terus-menerus dari Malaya saja' tema tersebut telah mendapat sambutan hangat yang sangat memberangsangkan.
"Makanya kami percepatkan pertemuan ringkas ini hari ini. Ada beberapa lagi rakan pemimpin tidak dapat hadir, dan oleh itu saya akan berusaha bertemu mereka termasuk dari Sandakan, Tawau dan Pensiangan," katanya lagi.
Katanya, beliau tidak terperanjat ramai orang Sabah berminat menyokong gerakan politik itu kerana rata-rata orang Sabah kini melihat Sarawak sebagai model yang terbaik apabila pemimpin negeri itu berjaya mentadbir urus negeri dengan sangat baik dan memajukan.
"Banyak orang sebut mengenai Sarawak.. pengeluaran minyaknya, Air Borneo, pelabuhan Bintulu, siapnya Lebuhraya Pan-Borneo, bajet negeri cecah RM15 bilion, sedangkan Sabah hanya RM6 bilion, dan sudah dekat 10 tahun laluan Pan-Borneo paling strategik dari Berungis Tuaran ke Inanam dan Kota Kinabalu tidak pandai siap-siap sedangkan ia laluan utama semua ke ibu negeri termasuk dari utara, dari Ranau, Sandakan, Tawau semua lalu di situ tapi jalannya sangat teruk tak pandai siap-siap, duluan siap di bahagian yang tidak begitu mendesak...
"Kita juga telah menyaksikan Sabah gagal ambil peluang kuatkan kerajaan negeri apabila gagal membentuk kerajaan campuran GRS-Warisan yang sepatutnya majoriti kukuh untuk parti tempatan Sabah, tak perlu lagi pihak luar. Lain dicakap, lain dibuat. Itulah dia yang telah berlaku dan akan berlaku lagi selagi tiada orang sama," katanya.
Untuk Sarawak dilancarkan bersempena bulan kemerdekaan negara dan Sabah serta Bebas Merdeka mengambil
No comments:
Post a Comment