Top posts

Featured Posts

Ratu Dalai Biosfera Banjaran Crocker 2024 di Kiulu 20 April ini


                        Dr Julia Emelda Ongkili

TAMPARULI : KDCA Women Council Tuaran Tamparuli Kiulu (WCTTK) dijadual menganjurkan satu program menarik untuk kaum wanita di sekitar Kiulu dan Tamparuli di Dewan Kiulu pada 19 dan 20 April 2024 ini.

Menurut Pengarah Program, Dr Julia Ongkili, yang juga timbalan pengerusi Majlis Wanita KDCA Kiulu-Tamparuli-Tuaran, pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program dua hari itu.

"Antara acara menarik ialah pertandingan ratu dalai biosfera Banjaran Crocker, anugerah ibu suri teladan, tiket bertuah dan peragaan busana rekaan wanita.

"Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag dijadual merasmi program pada 19 April manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dijangka menutupnya keesokan harinya," katanya.

Menurut Dr Julia lagi, beberapa ceramah motivasi mengenai "wanita bahagia, keluarga sejahtera", "perkahwinan bawah umur dari perspektif adat dan perundangan", serta "pertanian mensejahterakan keluarga" juga turut diadakan.

Katanya pameran keusahawanan, kraf dalai dan produk kesihatan juga turut diadakan.

"Tema program tahun ini iaitu "mengarusperdanakan gender dalam pembangunan luar bandar" diangkat bagi memotivasi semua pihak menyedia ruang dan peluang kepada wanita turut seiring menyumbang dalam pembangunan khususnya di kawasan luar bandar.

"Orang ramai adalah dijemput datang ke program dua hari ini, bukan saja untuk memeriahkan lagi majlis tetapi juga untuk menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat sesama kita," kata Dr Julia lagi.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog