Top posts

Featured Posts

Usno tiada YB tapi gah dengan Wisma Usno lima tingkat

USNO, sebuah daripada tujuh parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), walaupun tiada wakil rakyat masa ini, boleh berbangga dengan perasmian ibu pejabatnya, Wisma Usno semalam.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, merasmikan kenduri khas perasmian Wisma Usno lima tingkat bertempat di Donggongon Avenue, Penampang.

Hajiji turut sebak dan menitiskan air mata beliau ketika berucap apabila mengenang bekas Presiden Usno, Tun Datu Mustapha Datu Harun memilihnya sebagai calon Usno pada tahun 1990 di Sulaman.

Presiden Usno sekarang ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Berikut gambar-gambar kenduri berkenaan..

StarSabah dan PBS bincang ke arah penggabungan


Jayden Lisando & Luke Rintod, 23-6-2023

Kota Kinabalu : Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) dikatakan ingin bergabung menjadi sebuah parti, dan perbincangan peringkat tertinggi sudahpun dimulakan.

Menurut sumber-sumber dari kedua-dua parti, setiausaha agung StarSabah dan PBS sudah membuat pertemuan baru-baru ini atas arahan presiden kedua-dua parti lokal itu.

Selepas ini presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dan presiden StarSabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dijangka bertemu untuk menetapkan penggabungan itu. 

Bagaimanapun menurut sumber, naib-naib presiden kedua-dua parti akan bertemu terlebih dahulu bagi memperinci lagi cadangan penggabungan tersebut.

Pada masa ini turut ditimbulkan ialah cadangan untuk mendapatkan khidmat bekas presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, untuk mengambil-alih jawatan presiden PBS dari Dr Maximus yang dilaporkan tidak sihat.

Cadangan itu timbul bagi menyejukkan penolakan awal dari kalangan pemimpin PBS yang khuatir perbincangan penggabungan akan menemui jalan buntu.

Pada pilihanraya negeri 2020, PBS yang ketika itu masih anggota BN memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri manakala StarSabah menang di enam kerusi. Pada pilihanraya umum Parlimen 2022 pula, PBS senasib dengan StarSabah apabila hanya memenangi masing-masing satu kerusi Parlimen iaitu StarSabah di Keningau manakala PBS di Tawau.
Pada masa ini, Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN. Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai satu kerusi Parlimen. 

Pada masa ini juga StarSabah sudah meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS). StarSabah menyertai PN ketika perubahan tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan dari Pakatan Harapan kepada PN pada Februari 2020.

Bagaimanapun, pada Disember, 2022, Dr Jeffrey mengumumkan partinya lari dari PN kerana menyertai pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah Datuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada suatu masa, StarSabah bersama SAPP, walaupun masih komponen PN, juga turut bergabung dengan GRS bersama-sama Usno dan PBS, dan pada PRU15 November, 2022 yang baru limpas, mereka bersepakat untuk menggunakan lambang GRS.

GRS kini dianggotai tujuh parti iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah, StarSabah, PBS, SAPP, Usno, LDP, dan PHRS.

Presiden PBS, Dr Maximus, sendiri kalah teruk di Kota Marudu, gagal mempertahankan kerusi itu dengan kelebihan majoriti 8,174 undi memihak kepada Datuk Wetrom Bahanda, timbalan presiden Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarakat (PKDM).
          "Giant-killer" Datuk Wetrom Bahanda
       Timbalan Presiden PKDM yang tewaskan                      Presiden PBS di Kota Marudu.

Pada PRN Sabah 2020, Dr Jeffrey, yang kini Timbalan Ketua Menteri I Sabah, menewaskan abangnya Pairin di Tambunan, mengakhiri rekod tanpa kalah Pairin sejak tahun 1976, sekaligus memaksa beliau bersara terus dari politik aktif.

Pemerhati politik tempatan pula sudah mula memberi komen hambar terhadap usaha penggabungan itu sebagai hanya ingin meneruskan legasi keluarga Kitingan-Ongkili terutama dalam politik masyarakat Kadazandusun.
Pairin dan Dr Jeffrey merupakan pakcik kepada Dr Maximus yang meneruskan legasi mendiang abangnya Datuk Dr James Ongkili. Keluarga mereka "menguasai" kepemimpinan politik masyarakat Kadazandusun lebih 47 tahun sejak 1976, dan tanda-tanda penolakan terhadap pimpinan mereka semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

Pemerhati juga berpendapat usaha menggabungkan parti mereka itu sebagai petanda jelas mereka sudah mulai risau mereka bakal ditolak rakyat sebelumpun pilihanraya negeri diadakan selewat-lewatnya pertengahan 2025.

Seorang pemerhati politik dari Keningau yang hanya mahu dikenali sebagai Joe mengomen: "Tiadalah ini bro. Star akan ditolak pada pilihanraya nanti".

Seorang pensioner guru dari Ranau pula memberi komen: "Tidak akan jadi itu. Apapun semakin sikit kerusi kedua-dua parti ini pada PRN akan datang".

Seorang ahli politik dari Tawau pula memberi komen: "Jadi kita mahu undi apa? Warisan? Sudah-sudahlah Warisan tu".#

Jangan sampai Malaysia Madani menjadi Malaysia Maddening, kata dua aktivis terkenal Sabah

                              Kanul Gindol

Kenyataan Bersama
Daniel John Jambun & Kanul Gindol, 21-6-2023

1. Kenyataan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim beberapa hari lepas bahawa kerajaannya akan memperkasa (empower) semua Pegawai Daerah di Malaysia adalah dialu-alukan, namun jangan setakat memperkasa dengan kuasa dan dana.
                       Daniel John Jambun

2. Memperkasa Pegawai2 Daerah dengan lebih kuasa, dana dan autoriti di kawasan jagaan masing-masing sahaja tidak menjamin keberkesanan perancangan dan penyampaian program dan projek kerajaan kepada sasaran.

3. Nampaknya Perdana Menteri gagal melihat bahawa memperkasa pegawai2 dengan kuasa dan dana tidak akan mencapai apa-apa jika tidak diiringi dengan satu lagi pra-syarat untuk "reset" budaya kerja pekerja awam.

4. Kerajaan Madani sepatut mengangkat "merit" dalam memilih dan memastikan hanya pegawai2 yang bersih, cekap dan beramanah saja dilantik dan dinaikkan pangkat menjaga kawasan2 / daerah seluruh negara.

5. Memperkasa pegawai2 yang sedia malas, bijak curi tulang, rasuah, tiada visi, angkuh mengelak melawat kampung2 dan berjumpa dengan rakyat hanya menghabiskan duit rakyat saja.

6. Di Sabah kita amat dukacita mendengar seseorang pegawai yang terlibat dalam salah guna kuasa dilantik pula menjadi pengarah, bukannya diambil tindakan. Ini mengubah slogan Malaysia Madani menjadi "Malaysia Maddening".

7. Kita juga mendengar sungutan dan laporan ada pegawai2 awam asyik naik ke ibu negeri bahkan ada yang sering mengunjungi tempat-tempat maksiat termasuk kelab2 karaoke dan juga mesin jekpot yang berselerak di ibu negeri.

8. Pegawai2 ini sepatutnya bersama rakyat di kawasan mereka, sebahagian besar masanya sebagai pegawai awam yang diperkasa dengan dana rakyat jelata, siang dan malam.

9. Perdana Menteri perlu memastikan retoriknya diikuti dengan tindakan memastikan hanya pegawai2 yang paling cerdik, rajin dan beramanah diberi tanggung jawab dan autoriti yang besar untuk membasmi kemiskinan dan membawa pembangunan terutama sekali ke kawasan masih mundur atau memerlukan.

Sekian.

Daniel John Jambun ialah Presiden Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoFiMaFo) manakala Kanul Gindol Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo

GRS told to address critical issues instead of engaging in cheap publicity stunts


Daniel John Jambun, 18-6-2023

GRS MPs calling for an investigation into a former Federal Attorney-General is merely a cheap publicity stunt for political mileage.

Instead of engaging in political games, these MPs should focus on resolving critical problems in Sabah. 

The first and foremost critical problems include, the mother of all problems, Projek IC Mahathir. To date, illegal immigrants in cahoot with corrupt National Registration Dept officers have no problem in getting IC. More shockingly in recent time, these illegal immigrants population has increased rapidly and can be found encroaching in nearly every parts of Sabah - possibly all parts. 

In this sense the horrible possibilities of a reverse takeover of Sabah by the PTI is not a myth but real and imminent. 

For the records, GRS government must take the responsibility to assure the genuine Sabahans fear, with facts, that this assertion of a reverse takeover (is not true) will not happen. 

The eight poorest districts in Malaysia all Orang Asal or Momogun communities is in Sabah. 

Bad governance and rampant corruption. 

Frequent power disruptions, water  shortages and bad roads.

Stateless children, drug misuse among young people, lack of job opportunities.

 Insufficient housing  for the Orang Asal or Momogun community. 

Poor development planning by local authorities, traffic jams, squatter issues, and more.

The Sulu Claim on Sabah has long been discontinued by the Philippine Government. Both the governments of the Philippines and Malaysia are members of the United Nations, which effectively means that the so-called Sulu Claim is not recognized internationally.

Therefore,  there is no cause for concern regarding the "Sulu Claim Arbitration Awards."

Additionally,  under International Law, sovereign states are the main actors in territorial disputes. In the case of any disputes concerning the Sulu Claim on Sabah, the governments of the Philippines and Malaysia are the recognized main actors with locus standi (legal standing) under International Law.

The Sulu Claim is a non-issue and that the award given to the heirs of the Sulu Sultanate by an Arbitration Tribunal in Spain is defective in terms of jurisdiction and would not hold up under further scrutiny by higher appellate courts.


Daniel John Jambun is President of Borneo's Plight in Malaysia Foundation (BoFiMaFo)

Pemuda Sabah, 28, nikah nenek Kelantan, 62.. cinta TikTok

Semporna : Berita sedang tular seorang pemuda asal Semporna, Sabah berumur 28 jatuh cinta dengan seorang nenek dari Kelantan berumur 62, dan menikah pada 9 September, 2022.

Muhamad Amin Jamdail dan Rokiah Samat yang mempunyai perbezaan umur 35 tahun antara mereka mula berkenalan melalui aplikasi media sosial TikTok pada 2021.
         Muhamad, 28, dan isterinya Rokiah, 62.

Cinta mereka kemudian mekar dan membawa Muhamad terbang mencari kerja sebagai tukang urut di Johor sehingga cukup wangnya untuk melamar Rokiah di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Jun, 2022.

"Keluarga kami menyokong. Dia adalah jodoh saya. Dia pandai memasak, dan masakannya paling saya suka ialah kari kepala ikan," kata Muhamad yang juga dikenali sebagai Adam memuji isterinya.

Isterinya Rokiah pula berkata: "Adam seorang yang baik, penyabar, bertanggung jawab dan penyayang."

Ini merupakan perkahwinan kedua Rokiah yang mempunyai 11 anak, 22 cucu dan seorang cicit.

Anak tertua Rokiah berumur 45 manakala yang paling muda 18.#


Search This Blog