Borneo Herald
2.52PM MYT, 14-1-2026
Kempen pilihanraya kecil DUN Lamag dan kerusi Parlimen Kinabatangan masuk hari kelima hari ini. Straight fight di Lamag dan tiga penjuru di Kinabatangan. Menurut para pemerhati, keadaan di lapangan semakin rancak. Borneo Herald hari ini berkesempatan interviu santai-santai bersama seorang pemerhati veteran yang hanya ingin dikenali sebagai Uncle Frank :
Borneo Herald: Apa pandangan saudara berhubung peluang Warisan dan Umno di dua by-elections ini, kerusi Lamag dan Kinabatangan?
Jawapan : Pandangan saya setakat ini masih kedudukkan 50 - 50. Justeru itu, siapa yg mempunyai strategi yang berkesan boleh mempengaruhi hati rakyat dia akan memenanginya.
Borneo Herald: Apakah faktor-faktor lokal yg mempengaruhi kempen atau keputusan PRN dua kerusi ini?
Jawapan : Besar kemungkinan faktor lokal mempengaruhi. Ini adalah satu ujian kepimpinan UMNO-BN baru kiranya ia gagal mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut, UMNO-BN tidak akan bangkit lagi bermakna rakyat negeri ini sudah menolak parti tersebut.
Borneo Herald: Bagaimana pula jika UmnoBN berjaya mempertahankan kedua-dua kerusi itu? Andai katalah...
Jawapan : Bermakna UMNO-BN bangkit semula dan kepimpinan baru diterima rakyat. Bererti keputusan itu rakyat masih menerima UMNO-BN.
Perlu diingat kedua-dua kerusi tersebut adalah kubu kuat UMNO-BN sendiri tidak pernah tewas selama ini. Justeru itu, kiranya ia gagal bererti rakyat sudah tidak menerima kepimpinan baru dan UMNO-BN sudah ditolak rakyat di negeri ini.
Borneo Herald: Apa pandangan saudara berhubung kerjasama dari GRS dan PH kepada calon Umno-BN di sini?
Jawapan : Kiranya GRS dan PH mahukan kemenangan kedua-dua kawasan tersebut mereka kena bersatu hati dan kiranya mereka tidak ada kerjasama bermakna mereka akan jatuhkan UMNO-BN juga.
Info umum : Jumlah Pengundi Kinabatangan dalam 48,000 orang meliputi tiga DUN.. Kuamut, Sukau dan Lamag. Jumlah pengundi Kuamut dalam 18,000, Sukau 16,000 manakala Lamag 14,000. Kaum utama Dusun dan Sungai, kedua-duanya dalam rumpun Dusunik dan Paitanik. Calon Umno dan Warisan satu lawan satu di Lamag, manakala calon Bebas sertai tiga penjuru di Kinabatangan.#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment