Top posts

Featured Posts

Mazliwati Semakin Popular, Berpotensi Terbalikkan Situasi Miha di Lamag ?

Mazliwati (kanan) anak sulung bekas Adun Kuamut allahyarham Datuk Abdul Malek Chua, dikatakan mewarisi semangat kepimpinan bapanya. Apakah beliau bakal membuat kejutan Sabtu ini menewaskan calon Umno-BN di Lamag?

Borneo Herald 
12.30AM MYT, 22-1-2026


Oleh Jayden Lisandu 
LAMAG : Berbaki tiga hari lagi ke hari pengundian pada Sabtu ini (24-1-2026), calon Warisan di DUN Lamag, Mazliwati Malek Chua, dilaporkan terus meningkatkan sokongan.

"Nampaknya sentimen penolakan parti Malaya benar-benar menonjolkan keinginan rakyat supaya parti lokal diberi peluang di Lamag," kata seorang pemerhati politik tempatan.

Pemerhati yang hanya ingin dikenali sebagai Bibi itu memberitahu Borneo Herald bahawa calon parti lokal Warisan, Mazliwati, dilihat "membawa suara sebenar rakyat jelata Lamag dan Sabah".

Katanya Mazliwati, 52, seorang peguam, semakin dilihat ramai sebagai lebih berpotensi dipilih Adun Lamag yang akan benar-benar bebas bersuara dan membela Sabah, seperti bapanya allahyarham Datuk Abdul Malek Chua.

"Mazliwati bukan calon segera, dia pernah bertanding (Parlimen Kinabatangan, 2022; 12,512 undi) dan membuktikan penerimaan rakyat serta kekuatan sokongan akar umbi yang nyata kepada gaya kepimpinannya yang sederhana, tegas dan tidak berlakon," kata Bibi.

Menurut Bibi lagi, Mazliwati, selain sebagai suara parti lokal dan membawa perubahan, beliau dijangka menyelesaikan isu lama yang menghantui Lamag iaitu infrastruktur asas, peluang pekerjaan dan masa depan belia luar bandar.

Terdapat petunjuk yang lebih 14,000 pengundi Lamag mahu memulakan langkah baharu di bawah seorang pemimpin wanita terpelajar seperti Mazliwati yang tidak terikat kepada gaya lama pimpinan di kawasan tersebut.

Strategi digital serta kempen dari rumah ke rumah oleh pasukan Mazliwati juga nampaknya membuahkan hasil apabila beliau semakin mendapat sokongan strategik pengundi muda.

Tiga hari lepas sambil mengulas pandangan seterunya di Lamag bahawa jika terpilih pun Mazliwati tetap menjadi Adun pembangkang dan tidak dapat berbuat banyak, calon Warisan itu menepis dakwaan itu dan menegaskan "pembangkang yang berfungsi dengan baik mampu menjadi suara yang kuat untuk rakyat"

"Suara inilah yang akan menekan dan menggerakkan agensi-agensi kerajaan, terutamanya dalam isu infrastruktur tempatan yang telah lama membelenggu masyarakat Lamag,” tegasnya.

Calon pihak lawan, Mohd Ishak Ayob atau lebih dikenali sebagai Miha pula, sejak akhir-akhir ini banyak dipersoalkan di media sosial kerana dianggap calon terjun memandangkan selama ini (PRN2025) beliau adalah calon bebas dan sering menghentam Umno-BN, parti yang kini telah mencalonkannya pula pada pilihanraya kecil ini.

Sebelum itu, Miha pernah berada dalam barisan pimpinan Warisan dan juga Parti Gagasan Rakyat Sabah sebelum terjun sebagai calon bebas Lamag baru-baru ini.#~Borneo Herald™


No comments:

Post a Comment

Search This Blog