Oleh Mail Mathew
Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Rudy Sulaiman Mairi |
TENOM, Disember 14, 2011: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar), merasa lega dan mengalu alukan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa Barisan Nasional (BN) Sabah telah menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk pemilikan Kad Pengenalan menerusi pintu belakang diSabah.
Katanya, SAPP antara yang telah memperjuangkan penubuhan RCI beberapa bulan lalu berharap isu yang dibangkitkan Pairin itu akan menjadi kenyataan sebaliknya bukan sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga untuk mengaburi mata rakyat kerana pilihanraya umum kali ke-13 sudah hampir.