Borneo Herald
3.01PM MYT, 18-5-2026
1 Tahun 6 Bulan Berlalu - BERSIH Sabah Pertikai Ketelusan Kes Rasuah ADUN Sabah
Oleh Fadhil Kasim
KOTA KINABALU : Sudah satu tahun enam bulan berlalu sejak sebaran video skandal rasuah melibatkan beberapa ADUN Sabah menggemparkan negara.
Sehingga hari ini, hanya dua individu
didakwa manakala sebilangan besar yang lain masih bebas tanpa pendakwaan.
Kali terakhir SPRM memberikan perkembangan kes ini adalah pada 9 September
2025, memaklumkan enam lagi ADUN masih menunggu keputusan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
Sehingga kini tiada perkembangan baharu
diumumkan SPRM kepada rakyat.
BERSIH Sabah menggesa SPRM tampil
memberikan penjelasan terbuka mengenai status baki ADUN yang terlibat.
Lebih mengecewakan, beberapa individu yang dikaitkan dengan skandal ini dilantik sebagai menteri termasuk pengerusi GLC seperti Sabah Softwoods, SEDCO dan SOGDC.
Keadaan ini menimbulkan persoalan integriti serius terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Skandal rasuah Sabah adalah antara skandal rasuah politik terbesar di Malaysia
kerana melibatkan jumlah ahli politik kerajaan yang sangat ramai termasuklah bekas Seiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Anwar
Ibrahim.
Sehubungan itu, BERSIH Sabah bersama Suara Mahasiswa UMS sedang dalam perancangan menganjurkan himpunan Gempur Rasuah Sabah 3.0.
Satu sidang media rasmi akan diadakan dalam masa terdekat.
Orang ramai diseru mengikuti media sosial rasmi Gempur Rasuah Sabah 3.0 untuk perkembangan lanjut.
Fadhil Kasim adalah Naib Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).#~Borneo Herald™
No comments:
Post a Comment