Top posts

Featured Posts

GRS 29 + Warisan 25 = 54 : Jika Ada "Kejujuran & Kebijaksanaan" Parti Lokal Sudah Kontrol !

Dr Kanul Gindol (kiri) bersama Datuk Hanjan Samit di Kota Belud petang tadi... What a missed chance, they said on the probable GRS+Warisan coalition instead of the GRS-minted coalition with Malayan parties to govern Sabah.

Borneo Herald 
8.38PM MYT, 1-12-2025


Kenyataan Bersama Datuk Hanjan Samit & Dr Kanul Gindol
KOTA BELUD : Jika para pemimpin kanan Sabah ada "kejujuran dan kebijaksanaan" hari ini kerajaan negeri Sabah sudah dikawal sepenuhnya parti lokal, tak perlu lagi parti Malaya.

Akan tetapi, seperti biasa mereka cakap lain, buat lain. Jika GRS bergabung dengan Warisan (lupakan perbedaan, cari persamaan) kita kontrol 54 kerusi DUN, bukannya ngam-ngam 37 atau 38 untuk lari ke Istana angkat sumpah jawatan Ketua Menteri jam 3 subuh pagi.

Apa salahnya GRS dan Warisan bentuk kerajaan campuran yang terkuat? 29 kerusi GRS dan 25 kerusi Warisan !

Kenapa perlu sanggup ambil lagi kerusi PKR/PH itupun satu saja dan lantik pula Menteri penuh? Itupun penuh tipu muslihat.

Untuk sampai ke angka 38, Datuk Hajiji Noor, mendapatkan (tak pasti lisan atau ada SD) lima Adun Bebas, tiga Adun Upko dan seorang Adun PKR/PH. 

Tiada Adun Star, BN, KDM atau PN dalam perkiraan 38 "simple majority" pada tengah malam 29 November namun hari ini 1 Disember tiada pula menteri dari ini lima Adun Bebas dilantik. Yang ada tiba-tiba ada seorang menteri dari UmnoBN pula !

Dan, Star yang kini hanya ada dua Adun (berbanding enam dulu) pada mula tiada dalam senarai, namun presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan, isytihar sokong GRS.

Bukankah baru tiga-empat minggu lepas Jeffrey teriak sana sini dia bawa keluar Star dari GRS atas sebab dia tidak mahu parti Malaya? Hari ini ngam-ngam ada parti Malaya balik dalam GRS dia pun menyertai menyokong kembali GRS?

Kami berpendapat sekiranya GRS dan Warisan berani bergabung dan berkongsi kuasa, tiada sudah kaki parti Malaya di Sabah. Kita seperti Sarawak. 54 kerusi campur beberapa kerusi parti lokal ..iaitu 5 Bebas, 3 Upko, 2 Star, 1 KDM.. itu sudah 65 daripada total 73. It is a complete control by Sabah parties, almost like in Sarawak.

Tapi kenapa ini tidak berlaku? Banyaklah faktor dalaman Sabah. Termasuklah ditekan oleh parti Malaya yang cuba beri gambaran hanya parti Malaya (walaupun hanya tinggal 1 PH, 6 BN dan 1 PN) yang boleh dan mesti atur Sabah.

Di sinilah nampak kelemahan para pemimpin Sabah yang ada. Tiada Kejujuran & Kebijaksanaan, dan kami tambah tiada Keberanian Sejati. Tumpul otak.

Barangkali betul juga komen Hajiji dan Datuk Masidi Manjun.. slogan-slogan banyak selama ini..apa ertinya SelamatkanSabah, Sabah First, Sabah for Sabahans.. jika bukan Sabah First tapi hanya Me First, My Party First tingkah laku mereka.

Sampai bila begini ini Sabah?#Borneo Herald™


Search This Blog