Top posts

Featured Posts

SSPR sokong tindakan MP Sabah yang menegur Perdana Menteri tidak mengembalikan 40% cukai sebaliknya memberi tawaran lain lebih kecil

Jalibin Paidi (kiri), aktivis masyarakat yang juga Presiden SSPR

Oleh Jalibin Paidi, 3-12-2023
1. Tahniah kepada semua MP Sabah yang berani dan komited menuntut perlaksanaan hak-hak dan kuasa merdeka Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

2. Selepas setahun, nampaknya PMX sebiji sama dengan semua PM sebelum ini yang menidakkan hak-hak Sabah.

3. Malah, DS Najib jauh lebih baik dalam beberapa perkara apabila berkaitan Sabah.

4. Kegagalan PMX mematuhi keperluan Perlembagaan berkaitan hak 40% benar2 mengecewakan.

5. Kita tunggu pula kesudahan tuntutan Sabah Sarawak supaya 35% kerusi MP diperuntukkan buat dua Wilayah ini.

6. GPS dan GRS perlu buat ketetapan bersama mendesak ditunaikan hak 40% dan 35% dalam tempoh tertentu.

7. Kegagalan PMX memenuhi tuntutan bermaksud GPS GRS perlu tarik sokongan dan memilih PM yang mematuhi Perlembagaan.

Sabah Sarawak boleh.
Sabah Sarawak bukan milik Malaya.

Jalibin Paidi,
Presiden
Satu Semangat Perjuangan Rakyat (SSPR), dan
Aktivis Masyarakat

No comments:

Post a Comment

Search This Blog