Top posts

Featured Posts

Jangan lupa tonton filem pendek "Oyo" yang setakat ini sudah rangkul dua anugerah

FILEM pendek "Oyo" dari Sabah bukan kaleng-kaleng tau.. Ia sedang hot trending selepas merangkul dua anugerah iaitu Best People's Film Award dan Best Cinematographer selain  turut tercalon untuk Best Director dan Best Actress.

Filem "Oyo" mengisahkan kehidupan susah Oyo dan seekor kucing Gitom. Rutin harian hidup Oyo di kampung seperti perjalanan dari rumah ketika subuh lagi untuk ke sekolah menggamit jiwa kita.

Cabaran seperti Oyo terpaksa menyeberangi sungai besar dan berjalan atas batu-batu sungai serta kehidupannya selepas balik sekolah digarap dengan baik sekali dalam penggambaran.

Filem berdurasi lapan minit ini dibarisi pelakon cilik Philbertha Yoora dan Roger Jino Sibin serta sekor kucing bernama Gitom. 

Pengarah ialah Pulina Keritek dengan Bryn Casey Kouju selaku pengarah sinematograpfi. Roger juga adalah penerbit Oyo.

Oyo boleh ditonton pada page Facebook KKFVA. #


No comments:

Post a Comment

Search This Blog