Top posts

Featured Posts

Govt should allot some fund for cultural documentation in Budget 2024, says USLA


TUARAN: The United Sabah Lotud Association (USLA) here is making an urgent appeal to the state government to set aside part of the Budget 2024 for an urgent cultural documentation.

USLA’s president, Datuk Raymond Tombung, said the need to record the cultural heritages of the original peoples of Sabah is paramount in view of the fast disappearance of their practitioners.

“The most urgent of these is the recording down of the chants of the traditional priestesses or bobohizans or tantagas in Lotud,” he said. “There are so few of them who are still alive that soon they will none left to recite the chants that have been part of native life since time immemorial. The new generation may have  different spiritual adherences and beliefs but the priestesses deserve respect and consultation for their connection to our distant and forgotten past.
”While the younger generations now have converted to new religions, the ancient linguistic and spiritual proficiency of the priestesses are fertile sources of knowledge for people in the modern age,” he added. “Specifically, the chants of the priestesses are languages containing a massive amount of obscure and magical words which, if studied, will definitely enrich the modern mother tongues.“.”

Raymond pointed out that since the native mother tongues are now disappearing due to being supplanted by Malay and English, the effort to preserve them should be enhanced by adopting many beautiful words and expressions from the chants.
“The revival of traditional arts and crafts, music and dances is easy, but languages when lost is almost impossible to revive,” Raymond said. “Hence there is an urgent need to document the chants to strengthen the sporadic language revival efforts going in some places in Sabah.

“The problem is that documentation work is tedious, taking many years and very expensive to undertake, especially by non-professionals. This is the reason why this important work has been done only intermittently and neglected since a long time,” Raymond pointed out. “Because of this, the role of the government, maybe through the state Cultural Board, is critical in launching a full state-funded, and long-term, research project for cultural documentation.”


Versi Bahasa Malaysia:

KERAJAAN PERLU SEGERA LANCAR PROJEK DOKUMENTASI BUDAYA - USLA

TUARAN: Persatuan Lotud Bersatu Sabah (USLA) di sini merayu kepada kerajaan negeri untuk memperuntukkan sebahagian daripada Bajet 2024 bagi dokumentasi budaya yang kini sangat mendesak.

Presiden USLA, Datuk Raymond Tombung, menyatakan keperluan untuk merakam warisan budaya orang asal Sabah adalah penting memandangkan para pengamalnya semakin cepat hilang.

"Yang paling mendesak adalah merakam mantera tradisional atau rina’it para bobohizans atau dipanggil tantagas dalam budaya Lotud," katanya. "Sudah tinggal sedikit sahaja mereka  yang masih hidup, dan tidak lama lagi tiada daripada mereka yang tinggal untuk menzikirkan mantera kuno yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan pribumi  sejak zaman purba. Generasi baru mungkin mempunyai agama dengan kepercayaan rohani yang berbeza tetapi para tantagas tersebut layak mendapat penghormatan dan penghargaaan kerana ilmu merek dan pertalian mereka dengan masa lampau yang sudah jauh di belakang dan dilupakan oleh kita.

"Walaupun generasi muda kini telah menukar kepada agama baru, kecekapan bahasa dan spiritual yang kuno dari para tantagas tersebut adalah sumber pengetahuan yang kaya bagi kita orang di zaman moden," tambahnya. "Secara khusus, rina’it mereka adalah bahasa yang mengandungi banyak perkataan yang indah, luarbiasa dan mistik, yang jika dikaji dan direkodkan, pasti akan memperkayakan bahasa ibunda moden."

Raymond menekankan bahawa kerana bahasa ibunda kini semakin lenyap kerana digantikan oleh Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, usaha untuk mengekalkannya perlu diperkukuhkan dengan mengambil banyak perkataan dan ungkapan yang indah dari rina’it tersebut.

"Penghidupan semula seni tradisional seperti kraftangan, muzik dan tarian adalah mudah, tetapi bahasa, apabila telah hilang hampir mustahil untuk dihidupkan semula," kata Raymond. "Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk mendokumentasikan rina’it tantagas bagi memperkukuhkan usaha-usaha pemuliharaan bahasa yang sedang berjalan di beberapa tempat di Sabah.

"Masalah besarnya ialah, kerja mendokumentasi memerlukan banyak tenaga, mengambil masa bertahun-tahun, dan sangat mahal untuk dilakukan oleh orang-orang bukan profesional. Inilah sebabnya mengapa kerja penting ini telah dilakukan hanya secara tidak konsisten, malah terabai sejak begitu lama," jelas Raymond. "Oleh kerana itu, peranan kerajaan untuk mendokumentasi warisan budaya, mungkin melalui Lembaga Kebudayaan Negeri, adalah penting dalam melancarkan projek penyelidikan penuh yang dibiayai oleh kerajaan negeri, secara jangka panjang.”#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog