Top posts

Featured Posts

Cakap Hajiji "IC Sabah" bukan keutamaan, mengecewakan, kata aktivis Sabah

DRAF


KENYATAAN BERSAMA

22hb Oktober, 2023



Daniel John Jambun 
Presiden 
Yayasan Cabaran Borneo di Malaysia (BoPiMaFo)
&
Kanul Gindol 
Pengerusi 
Inisiatif Gindol Masyarakat Madani Borneo

*SARAWAK ADA SarawakPass, mana sudah Sabah IC*


KENYATAAN YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor 'KadSabah' bukan keutamaan amat mengecewakan..Nyata "IC Sabah" yang dilaung-laungkan rakan Hajiji dlm GRS selama ini tidak bermakna sama sekali bagi GRS.

Inilah contoh kes lain dicakap, lain dibuat. 

Hajiji kata isu lebih penting ialah menyelesaikan masalah air (tak cukup dan kotor), elektrik (bekalan putus-putus), jadi "IC Sabah" bukan keutamaan. Ini ada betul juga.

Ini macam mempermudahkan alasan. Adakah dia bercakap, kalau masalah air dan elektrik sudah selesai, barulah IC Sabah menjadi utama kembali?

Kita tanya mengenai IC Sabah, dia jawab kesediaannya memberi status Penduduk Tetap pula kepada rakyat Semenanjung yang sudah lama tinggal atau bekerja di Sabah seperti guru, doktor dan profesional lain. Ini patut dipuji kerana bersedia.

Kami fikir dengan menafikan kegunaan Kad Sabah seperti SarawakCard yang dicadang  Kerajaan Sarawak maka Sabah terlepas mendapat platform yang memperkukuh negeri Sabah.

Begitu juga dengan kengganan kerajaan GRS untuk mencontohi benda baik Sarawak iaitu mengubah nama jawatan ketua eksekutif negeri dari Ketua Menteri kepada Premier.

Sekian.

Daniel John Jambun 
010 878 6993 

Kanul Gindol 
012 885 6465

No comments:

Post a Comment

Search This Blog