Top posts

Featured Posts

“Saya sanggup tinggalkan lubuk kemewahan dalam BN, demi membantu rakyat miskin", Datuk Seri Lajim Ukin

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin Pengerusi PPS
Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menepis tanggapan pelbagai pihak mengatakan beliau menyertai pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih bersifat peribadi kerana tamak kuasa adalah tidak berasas dan karut semata mata.

Beliau berkata, jikalau tuduhan itu benar tidak mungkin beliau meninggalkan kemewahan dan kuasa yang ada semasa berada dalam UMNO-BN dimana gajinya (emolumen bulanan) tidak kurang daripada RM30,000 sedangkan dalam pembangkang satu sen pun tidak ada.
Tegasnya, tindakannya itu adalah semata mata untuk berjuang menyelamatkan rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan selain untuk membantu membetulkan urus tadbir negeri dan negara yang kini semakin tersasar jauh dari landasan yang betul.

“ Negara sudah melalui kemerdekaan selama 55 tahun, manakala Sabah dan Sarawak 49 tahun menyertai pembentukkan Malaysia (tetapi) kita lihat jurang perbezaan antara wilayah Sabah dan Sarawak terlalu jauh perbezaannya dengan di Semenanjong mengenai taraf hidup rakyatnya mahupun pembangunan infratruktur terutamanya dikawasan luar bandar.

“ Kita melihat dikawasan Rundum, Pensiangan dan sekitar Tomani jalanrayanya amat menyedihkan tetapi ketika laporan dalam belanjawan setiap tahun berbillion ringgit diluluskan untuk tujuan itu....selain itu tanah NCR diberi kepada rakyat tetapi dengan syarat diberi geran komunal...apa ertinya semua ini? Janji tinggal janji yang kaya tetap kaya, manakala yang miskin terus menderita, ” jelas Lajim.

Beliau menambah, pemberian geran komunal tidak memberi makna yang sebenarnya kepada rakyat yang berhak terutamanya penduduk Rundum dan sekitarnya kerana ia tidak meletakkan hak mutlak kepada seseorang pemegang itu, sebaliknya ia sekadar janji putar belit pemimpin kerajaan semata mata.

Lajim berkata demikian semasa program ceramah perdana di Kg Kalibatang Lama anjuran PKR Cabang Tenom yang dihadiri kira kira 1,000 orang pada Jumaat. Ceramah tersebut turut dihadiri Penasihat PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim, Ketua AMK PKR Nasional Shamsul Iskandar, Datuk Karim Ghani, Datuk John Ghani, Datuk James Ghani, Dr Chong Eng Leong, Sophia Leong Chau Chu dan Biyou Suyan.

Selain itu, beliau turut menyentuh hasil minyak yang dikutip kerajaan Persekutuan setiap tahun sebanyak RM20 billion dimana jika ianya diuruskan dengan betul sepertimana “Buku Jingga” PKR yang bercadang menaikkan kadar royalti kepada 20 peratus jika berjaya menawan Putrajaya, dimana Sabah akan memperolehi royalti sebanyak RM 6.4 billion.

“ Jika kita ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU-13), kita memperuntukkan RM1 billion untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk rakyat termiskin tanpa mengena birokrasi pemprosesan yang ketat sepertimana yang dilakukan kerajaan BN.

“ Kita cuma minta Ketua Kampong dan Pegawai Daerah untuk mengesahkan status pemohon dan selepas itu kita akan proses tanpa mengira kesukuan seseorang pemohon itu,” tegas beliau.

Dalam pada itu, berhubung pemberian BR1M 2.0 yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi Lajim berkata, tiada siapa boleh menghalang pemberian itu sebanyak RM500 kerana ia adalah hak rakyat hasil daripada kutipan cukai di setiap negeri, sebaliknya, kerajaan juga tidak boleh mendabik dada mendakwa bahawa bayaran itu adalah ketelusan dan keikhlasan mereka terhadap rakyat.

“ BR1M adalah salah satu mekanisma sandiwara mereka untuk meraih sokongan rakyat...kerana mereka telah sedar bahawa sokongan rakyat telah merosot terhadap mereka dan mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka boleh menang pada PRU-13.

“ Apalah ertinya kalau dibayar BR1M sebanyak RM500 tapi keesokkannya harga gula naik, minyak naik, tepong naik dan barangan seterusnya juga naik. Lebih baik kerajaan wujudkan peluang pekerjaan disektor Industri mahupun perladangan untuk menempatkan puluh ribu belia belia beliawanis yang bekerja di Semenanjong kerana diSabah tiada peluang pekerjaan,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog