Top posts

Featured Posts

Dr Jeffrey teragak-agak tinggalkan PKR tetapi KDM Task Force akan keluar parti 6 Januari, 2011

Oleh Razlan Danial
KOTA KINABALU:
 Ketika Dr Jeffrey Kitingan teragak-agak sama ada mahu meninggalkan PKR atau tidak, KDM Task Force PKR Sabah sudah pun membuat keputusan akan keluar beramai-ramai dari parti pembangkang itu pada 6 Januari, 2011 ini.

Timbalan Pengerusi KDM Task Force PKR, Daniel John Jambun, memberitahu Borneo Herald beliau dan hampir semua AJK KDM Task Force yang diketuai Dr Jeffrey akan tetap keluar PKR 6 Januari ini.

"KDM tetap keluar PKR, tiada apa yang ditunggu dalam parti ini lagi," katanya sambil menambah mereka akan mempunyai jalan sendiri untuk meneruskan agenda politik mereka selepas itu.
 
Jeffrey, bekas naib presiden PKR, dikatakan sudah menulis surat peletakan jawatannya dari PKR Sabtu (Januari 1, 2011) bagaimanapun masih mahu bermain teka-teki dengan penyokong dan pihak media mengenainya.

"Sepatutnya beliau berterus terang sahaja dan jangan buat kita tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya..." kata salah seorang penyokong beliau sendiri.

2 comments:

  1. Apa bah wayang dr jefrey kitingan ini. busan sudah saya baca

    ReplyDelete
  2. pigi manalah c froggy selpas ini?
    jgnlah buat alang2.. masuklah pbs antau sapp. inda juga kau mampu daftar parti baru tu. blum tantu lg manang 1 kurusipun...hehe

    ReplyDelete

Search This Blog