BANTAH......Karamah menunjukkan surat bantahan mengenai tanah tersebut tetapi tidak menerima sebarang respon daripada Jabatan Tanah dan Ukur. |
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Pemohon Tanah seluas 40 ekar di Kampung Sungai Sumpit, kawasan Nipah Tambisan, Tungku, Abdullah Hj Hamid yang mewakilkan kuasa kepada bapa mertuanya, Karamah Sajae (gambar) mendakwa bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatangan melakukan penyelewengan dalam proses pengukuran tanah di kawasan tersebut.
Karamah mendakwa Pegawai Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Thomas Wong telah mengetuai kerja-kerja pengukuran di kawasan tanah yang bukan dipohon, tetapi tanah milik orang lain dan mereka mengukur tanah secara rambang; termasuk di atas meja mereka sahaja.