Top posts

Featured Posts

Islam bukanlah undang-undang, kata aktivis Sabah

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/07/10/malaysia-sebagai-negara-sekular-tak-boleh-diterima-kata-pm/


KENYATAAN AKHBAR
11 Julai 2023

*ISLAM, AGAMA SULTAN, BERDASARKAN KONSEP DOSA, IA BUKAN UNDANG-UNDANG.*

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak boleh jadi sekular total di Malaysiakini pada 10hb Julai 2023.

Artikel 3, satu kelainan dalam undang-undang, tidak bermaksud agama tertanam dalam Perlembagaan.

Islam, agama Sultan, berdasarkan konsep dosa. Ia bukan undang-undang.

Syariah bukan undang-undang tetapi bergantung pada keinginan individu untuk menerimanya. Adalah tidak berperlembagaan untuk memaksa syariah ke atas sesiapa.

Undang-undang rendah adalah batal dan tidak berkuasa dalam ukuran yang tidak konsisten dengan undang-undang tinggi. Mahkamah syariah bukanlah mahkamah undang-undang tetapi Tribunal.

Mahkamah undang-undang tidak boleh masuk ke dalam teologi.

Dalam jurisprudens, Tuhan bukan sumber undang-undang. Undang-undang harus mempunyai sumber untuk mempunyai bidang kuasa, kuasa dan kekuatan.

Undang-undang wujud, dan sentiasa wujud, berdasarkan akal sehat, nilai universal dan prinsip keadilan semula jadi.

Daniel John Jambun
Presiden Yayasan Borneo's Plight in Malaysia (BoPiMaFo)

PBS dingin terhadap cadangan Jeffrey untuk gabungkan StarSabah dan PBS


                      Dr Joachim Gunsalam

Luke Rintod, 7-7-2023
CADANGAN Presiden StarSabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mengenai usaha penggabungan partinya dengan PBS, nampaknya menerima sambutan dingin, sekurang-kurangnya dari salah seorang Timbalan Presiden PBS sendiri.

Datuk Dr Joachim Gunsalam membayangkan cadangan itu bukan keutamaan partinya masa ini. "Ia cuma cadangan Dr Jeffrey. Belum ada apa-apa jawatankuasa ditubuhkan dan oleh itu terlalu awal untuk bercakap mengenainya," tegas Dr Joachim.

Katanya PBS tidak mahu tergesa-gesa membincang perkara itu, sebaliknya PBS akan meneruskan kerjasama sedia ada dengan StarSabah di bawah panji-panji GRS sehinggalah pilihanraya umum negeri Sabah yang bakal diadakan selewat-lewatnya tahun 2025.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam media The Star hari ini.

Namun sebelum ini Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, dilaporkan cadangan penggabungan dua parti bertunjangkan masyarakat Kadazandusun itu adalah baik dan perlu dibincangkan majlis tertinggi kedua-dua parti.

Presiden PBS, Datuk Dr Maximus Ongkili, yang tidak berapa sihat sejak tahun lalu, pula masih berdiam diri mengenai cadangan tersebut, walaupun dikatakan kedua-dua pihak sudah bertemu sebelum ini untuk membuka cerita usaha penggabungan PBS dan StarSabah.

Pada pemilihan Timbalan Presiden PBS tahun 2021, Dr Joachim, menewaskan Joniston.

Pada masa-masa lalu, berlaku juga perbincangan untuk menggabungkan semua parti utama Kadazandusun termasuk PBRS dan Upko tapi tiada apa-apa kemajuan mengenai itu, dan cadangan dibiar hilang begitu saja oleh pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Pemerhati berpendapat, Dr Jeffrey menimbulkan kembali cadangan itu bagi melahirkan sebuah parti baru yang lebih kuat dari StarSabah dan PBS berasingan, serta membuka ruang baginya memimpin parti baru itu, bagi melebarkan penguasaannya terhadap naratif politik kumpulan etnik Kadazandusun dan Murut.

Oleh itu ada cadangan supaya abangnya, pengasas PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dicadang kembali menerajui buat sementara waktu PBS dan juga parti baru itu sebelum Jeffrey mengambil-alih. Ini bagi menyenangkan hati beberapa golongan dalam PBS yang sangsi dengan kehilangan PBS menjadi parti gabungan dengan StarSabah yang mungkin akan didominasi Dr Jeffrey.

Ramai juga ragu penggabungan itu boleh menjadi realiti, sama juga dengan usaha menggabung PBS, PBRS dan Upko pada masa lampau. Ini kerana para pemimpin / presiden parti-parti Kadazandusun sangat mementingkan kedudukan mereka sendiri masing-masing, bersikap degil sesama dan tidak berani.

"Jika mereka berani, tidak degil dan tidak mementingkan diri sendiri saja, sudah lama mereka bergabung. Hari ini 'players' masih orang yang sama, apa yang baru boleh diharapkan dari mereka?," kata seorang pemerhati.

PBS dan StarSabah, pada pilihanraya umum negeri pada 2020 baru lalu, walaupun dalam satu kesatuan GRS, bertembung juga di beberapa kerusi. PBS menang tujuh manakala StarSabah enam.#



Ramdi Indang writes to Adrian Lasimbang, to defend Dr Jeffrey's initiative on carbon credit project...


                               Ramdi Indang


Dear Mr. Adrian Lasimbang, 
Kg. Nampasan, Penampang, Sabah Malaysia. 
I am writing to you as a Sabahan, a member of the Sabah KDMR community. 

I am reaching out to you because I am familiar with you and your family, as well as 
the admirable work you have done to uplift impoverished KDMR communities in 
Sabah. 

I feel compelled to inform you that the poverty situation in Sabah, particularly among 
the KDMR community, remains distressing. If not adequately addressed, this 
situation will only worsen. 

It is disheartening to note that 8 out of the 10 poorest districts in Malaysia are 
located in Sabah, all of which are inhabited by the KDMR community. This is indeed a 
tragedy. 

To provide you with some statistics, the average per capita GDP of Sabah is around 
US$6,000.00, compared to the national average of US$12,000.00. Singapore has an 
average per capita GDP of approximately US$76,000.00, making it the second highest 
in the world. 

Furthermore, Sabah faces the highest rates of illness and illiteracy, as well as serious 
challenges with water supply, electricity, and recurrent flooding. Sabah also faces a 
very high youth unemployment. 

This is highly disappointing given that Sabah had the 3rd highest average per capita 
GDP when Malaysia was formed 59 years ago! 

Most Sabahans know that the annual budget allocation of approximately RM5 billion 
from Kuala Lumpur, combined with the local income generated in Sabah, is grossly 
insufficient to tackle the aforementioned problems.

Therefore, Sabah must explore innovative ways to secure additional funds in order to 
grow its economy (GDP), raise the average per capita GDP of Sabahans, and 
ultimately eradicate poverty in the state. 
I would like to emphasize that I have spent several months reviewing and analyzing 
the Nature Conservation Agreement (NCA) and its potential transformative impact on 
Sabah's economy. 

This involves obtaining direct and extensive briefings from the 
local NC Staffs of HS based in KK. 
I have also conducted thorough due diligence on Dr. Ho Choon Hou, as well as the 
Service Providers and Project Developers associated with Hoch Standard Pte Ltd (HS), 
which is a party to the NCA. 

I can confidently confirm, in writing, that Dr. Ho, the Service Providers, and the 
Project Developers behind HS have impeccable credentials. Their track records can 
be independently and externally verified. 

I must also add that I have consulted some members of the Sabah Law Association 
about the NCA, and they have all confirmed that the NCA is valid and enforceable. 
Please note that one of the retired Chief Justices of Msia sits as a member of HS’ 
Global Advisory Board. 

Hence, based on my comprehensive review of the NCA, subject to the DATA Room of 
the 2 million hectares under the NCA to be provided by the Forest Department, as 
well as Carbon Credit price trends, the NCA has the potential to generate a minimum 
of RM2.8 billion per year for Sabah. It will also provide sustainable long-term 
employment opportunities for Sabahans, with the recruitment of 3,000-5,000 Carbon 
Rangers. 

The implementation of the NCA will also attract multi-billion foreign capital 
inflows, creating positive economic impacts throughout the Sabah economy. 
Furthermore, the implementation of the NCA will involve the deployment of cutting-
edge technologies such as Satellite imaging, Drone Technology, AI, ML, Blockchain, 
and Cloud Banking. This will result in technology transfer benefits to all Sabahans. 
It is important to note that the entire forest operation in Sabah generated 
approximately RM180 million in 2022 through extensive logging activities. 

The NCA,  however, does not involve the felling of a single tree. Instead, it focuses on perpetual 
forest conservation. The NCA also does not require the Sabah Government to inject 
any form of capital, expose itself to losses or liabilities, or permit mineral prospecting. 
In essence, it provides a means to unlock the currently "lazy" Natural Capital assets of 
Sabah.

As reported in the Borneo Lines Newspaper on July 3, 2023, premised on the signed 
NCA, Dr. Jeffrey Kitingan has proposed to the Prime Minister the relocation of the 
Carbon Exchange from Kuala Lumpur to Sabah. It appears that the PM has given his 
blessing in principle. This proposed move has the potential to transform Sabah's 
natural capital assets and create high-quality, long-term employment opportunities 
for all Sabahans and digitally connect Sabah to the carbon credit industry globally. 

Dr. Jeffrey Kitingan, a passionate advocate for Sabahan rights, is genuinely concerned 
about addressing the serious poverty issues faced by Sabah, particularly within the 
KDMR community. 

As the Chairman of the NCA Steering and Management Committee, established and 
approved by the Sabah Cabinet, it would be wise for you to personally meet and have 
an honest conversation with Dr. Jeffrey and address your concerns directly to him in 
an objective and professional manner. I am confident that both of you will prioritize 
the best interests of Sabah. 
                         Adrian Lasimbang 

Since the NCA is currently being implemented, it would be unhelpful and unwise to 
continue airing grievances in the media, as it could damage Sabah's reputation as a 
stable location for foreign investors. 
Adrian, it is crucial to remember that we are all indigenous Sabahans first. The KDMR 
community, in particular, is facing severe poverty issues, and we must come together 
as Sabahans to address them. 

I regret to inform you that the BAU (Business As Usual) approach will not effectively 
solve the poverty problems in Sabah. 
I strongly believe that the NCA presents a practical solution not only to address 
poverty but also to foster economic growth and transform the Sabah economy into a 
Green Circular Economy, aligning with the 17 UN Sustainable Development Goals. 
Sabah must avoid perpetuating extractive economic policies that destroy the 
environment and jeopardize the livelihoods of future generations.

Lastly, through Dr Jeffrey’s initiative, I have been advised that a credible foreign 
funder has formally proposed RM17 billion to the Sabah government to fund flood 
mitigation problems. Combined with the multi-billion foreign capital inflow and 
carbon credit income generated by the NCA, this RM17 billion flood mitigation 
funding will have a significant multiplier effect on the Sabah economy. 

I also wish to inform you that KDCA has given its full support for the implementation 
of the signed NCA. 
Sincerely, 
……………………………………………….. 
Ramdi Indang JP
President, Sakag Talantang 
CC: 
Chief Minister 
Deputy Chief Minister 
State Secretary 
Attorney General 
Forest Conservator 
President KDCA

Konvensyen StarSabah 1 Julai bakal jadi majlis "puji dan pooja" saja ..


      
Penampang : Konvensyen Nasional StarSabah pada 1 Julai 2023 ini bakal menjadi majlis "puji dan pooja" dengan 18 ucapan dari pemimpin-pemimpin parti itu sendiri memenuhi acara sehari itu.

Konvensyen yang akan berlangsung di ballroom ITCC Penampang itu juga merupakan sambutan ulangtahun ke-7 parti lokal pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan itu.
                   Datuk Dr Jeffrey Kitingan

Beliau akan memotong kek di akhir majlis.

"Expect nothing significant and relevant to the rakyat from the Star's national convention..." kata seorang pemerhati politik Sabah.

"It will become their 'puji-puji and puja-puja' event.. siok sendiri saja," tambahnya lagi.

Berikut program di Konvensyen Nasional itu :

Warisan dilapor polis gara-gara Hajiji menangis dituduh munafik, "dah tua pun bodoh"

Jayden Lisando, 27-6-2023
Kota Kinabalu : Seorang aktivis pro-GRS dijadual membuat laporan polis hari ini terhadap Warisan gara-gara Ketua Menteri yang menangis sedu ketika merasmi Wisma Usno dua hari lalu 25 Jun 2023 di Donggongon Avenue.
                     Datuk Zulkarnain Mahdar

Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), dijadual membuat laporan polis itu jam 1.30pm ini di balai polis Kota Kinabalu.

Laporan itu ekoran siaran video tular yang dikatakannya dari jentera parti Warisan yang menyifatkan Datuk Hajiji Noor sebagai munafik sambil mengomen "dah tua pun bodoh".

Hajiji yang juga Pengerusi GRS, menangis ketika mengenang sejarah awal penglibatannya dalam politik di mana pengasas Usno sendiri, allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun memanggilnya untuk bertanding sebagai calon Usno di Sulaman pada tahun 1990.

Berikut surat jemputan kepada media dari Zulkarnain :



*SURAT JEMPUTAN*

Ybhg Dato",Datuk, Tuan, Puan
Rakan Editor, Wartawan.
(Mohon kongsikan kepada rakan-rakan media)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

*JEMPUTAN HADIR SIDANG AKHBAR*
 
Perkara dibawah berkaitan:

*Laporan Polis ke atas jentera Parti Warisan Sabah kerana secara sengaja dan berniat jahat memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor kononnya sengaja menipu menangis dan tangisan ini adalah merupakan seorang munafiq*

*Sebaran video YAB Ketua Menteri Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat "DAH TUA PUN BODOH" adalah jelas satu perbuatan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima*

*Untuk makluman YAB Datuk Seri Hajiji secara spontan telah menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun 2023*.

Justeru satu laporan Polis akan dibuat esok ditempat seperti yang berikut:-

Tempat:
*Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu*
*Jln. Pahlawan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah* *( Bersebelahan Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan)*


Tarikh:
*27 Jun 2023 (Selasa)*

Masa:
*1.30 pm*

Pelapor:
*Datuk Zulkarnain Mahdar*
*Pengerusi*
*Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57)*

Hotline: *+6-0169556655*




Search This Blog