Top posts

Featured Posts

Gambar-gambar majlis PKDM P169 Kota Belud raikan Datuk Almudin Kaida pengerusi penaja

Baru-baru ini 10 Jun, 2023, Presiden Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony, mengetuai pimpinan partinya bertandang ke majlis ramah-mesra bersama barisan penaja PKDM P169 Kota Belud di Kg Nanamun, Kota Belud, sebuah perkampungan Iranun di tepi pantai. PKDM Kota Belud diketuai Datuk Almudin Kaida, bekas Timbalan Presiden PBS.
Berikut antara gambar yang menceritakan majlis tersebut :

A quick take :

1. Timbalan Presiden PKDM, Datuk Wetrom Bahanda, pada majlis itu berkata PKDM berkemungkinan besar akan meletak calon di kerusi DUN Pintasan dan juga membayangkan kerjasama PKDM dengan rakannya untuk (Warisan) mempertahan kerusi P169 Kota Belud.

2. Presiden PKDM turut dendangkan lagu Gerimis Mengundang pada majlis itu.

3. Dikatakan ada 10 pemimpin parti politik lain dari Kota Belud menyertai PKDM.

Pesta Kaamatan Parti Bangsa Malaysia (PBM) 25 Jun 2023 ini di Kota Marudu

Kota Marudu : Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng, dijadual merasmikan sambutan Pesta Kaamatan anjuran parti itu di sini, 25 Jun 2023 ini.
                             Jupperi Lenson

Pengerusi PBM Sabah, Jupperi Lenson, memberitahu Borneo Herald, Tadau Kaamatan yang julung kali dianjur PBM akan diadakan di Dewan Residensi Prima Wongkok, Kota Marudu dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Pengerusi Penganjur, Jonethan Mathew (tengah), sedang mempengerusi mesyuarat persiapan Tadau Kaamatan PBM

"Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis serta menyaksikan acara-acara yang diadakan termasuk pertandingan Unduk Ngadau," katanya.#


Timbalan Presiden PBS sertai PKDM

                        Datuk Almudin Kaida

Jayden Lisando, 7-6-2023
Kota Belud : Bekas Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Almudin Kaida, dikatakan menyertai dan bakal mengetuai Parti Kesejahteraan Demokrasi Masyarakat (PKDM) di P169 Kota Belud.

Satu majlis PKDM yang dinamakan Majlis Perjumpaan Jawatankuasa Penaja PKDM P169 Kota Belud bersama Presiden dan Timbalan Presiden PKDM telah dijadualkan di Kg Nanamun, kampung Almudin, pada 10 Jun, 2023 ini.

Dijadual hadir ialah Presiden parti itu Datuk Peter Anthony dan Timbalan Presiden Datuk Wetrom Bahanda.
Menurut promosi perjumpaan berkenaan, beberapa acara sukaneka seperti tarik tali dan sepak manggis turut diadakan.

Almudin, seorang Iranun, bertanding calon Bebas di DUN Pintasan pada piliharaya negeri 2020 lepas.#

Memperingati Nahas Double Six...

47 tahun lalu tepatnya kira-kira 3.50pm pada 6-6-1976, kapal terbang kecil Nomad terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu, mengorbankan para pemimpin utama negeri Sabah ketika itu.

Berikut gambar-gambar relevan nahas itu dan juga acara ringkas memperingati peristiwa tersebut pada hari ini 6-6-2023.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mewakili kerajaan Sabah meletakkan karangan bunga di Tugu Double Six, Sembulan.#

Keadaan buruk jraya, bekalan air dan elektrik Sabah jadi bahan jenaka

Luke Rintod, 6-6-2023
SAYA tidak tahu hendak ketawa atau menangis, tapi yang pasti keadaan buruk jalanraya seluruh Sabah boleh membuat Ketua Menteri Sabah dan menteri-menterinya malu besar. Itu pun kalau pandai malu..

Bila Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim mengulas mengenai keadaan buruk jalanraya Sabah di depan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan ratusan atau ribuan pelajar UMS baru-baru ini, Hajiji tertunduk malu.

"...Masalahnya jalan lubang-lubang, macam naik bot.. kadang-kadang saya tak pasti ini naik kereta atau naik bot.." kata Anwar disambut riuh para pelajar sambil kamera menunjukkan Hajiji tunduk tersipu.

Sebelum itu setiap kali Anwar menyebut masalah bekalan air dan bekalan elektrik, para pelajar riuh, menunjukkan masalah-masalah itu turut popular di kalangan semua dan sudah menjadi trademark kerajaan negeri semasa.

Anwar dalam ucapan dialognya itu berkata dia berbincang dengan Hajiji mengenainya.

Kita berharap perbincangan mereka tidak sulit dan ada transparensi, jangan ada agenda sulit menyerahkan masalah dan penyelesaian kepada Kerajaan Pusat sahaja.

Urusan elektrik Lembaga Elektrik Sabah sudahpun diserah kepada Tenaga Nasional Berhad, agensi Pusat, manakala penyelenggaraan jalanraya menjadi tanggung jawab bersama Pusat dan Negeri.

Air masih dalam tangan Sabah.

Apalah malang nasib rakyat Sabah.

Janganlah hanya kerana ada majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri maka Kerajaan GRS tidak telus, tidak membawa rakyat berbincang jika suatu keputusan penting hendak dibuat.

Baru-baru ini kita dikejutkan tiba-tiba kerajaan membawa sisipan strategik dalam Rang Undang-Undang Anti-Lompat yang menyelitkan bahawa "Persekutuan" yang dimaksudkan dalam Perlembagaan Sabah adalah merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Semua ADUN kerajaan menyokong bulat-bulat lagi usul ini..

Ini bermakna kerajaan GRS pun turut serta memaksa rakyat Sabah menerima bahawa bukan Persekutuan baru 1963 yang dirujuk tiap kali "Persekutuan" disebut dalam Perlembagaan, tapi Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ini memberi gambaran bahawa Sabah mengakui ia hanya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963 dan bukan menubuh Persekutuan baru Malaysia pada tahun itu. 

Sepatutnya dengan kekuatan dua pertiga majoriti di DUN mereka buat undang-undang atau pindaan atau tambahan yang menguatkan peranan dan kedudukan Sabah. Ini sebaliknya yang mereka buat.

Itulah sebabnya ia dibuat sembunyi-sembunyi, diam-diam mengejut. Sudah tentu Adun-Adun kerajaan tahu lebih awal, bahkan merekalah yang bersepakat mengenainya sebab ia dibawa ke mesyuarat Kabinet dan 'pre-council meeting' sebelum dibawa ke DUN.

Bulikah begini punya kerajaan?#

Search This Blog