Isu No. 3: "Kdm (Dan Bumiputra Muslim) Tidak Dapat Menyokong Sapp Sebab S APP Adalah Sebuah Parti Cina" |
Komen saya:
Pertama, SAPP bukanlah sebuah parti Cina. Dalam Perlembagaan parti SAPP tiada sebarang perenggan pun yang menyebut bahawa SAPP adalah parti untuk kaum Cina sahaja. Malah SAPP adalah parti untuk semua tanpa mengira kaum. Hanya secara kebetulan Presidennya adalah seorang berbangsa Cina. Sama juga dengan PBS dimana secara kebetulan ketuanya dari bangsa Kadazandusun (KDM) tapi PBS bukan parti perkauman. Parti-parti Perkauman ialah UMNO (dimana dalam nama parti itu sahaja terdapat perkataan "Malay" atau Melayu), MCA (dimana terdapat perkataan "Chinese" pada namanya), MIC (dimana terdapat perkataan "Indian" pada namanya), PAS (dimana terdapat perkataan "Islam" pada namanya) dan UPKO (dimana terdapat perkataan "Kadazan Dusun Murut" pada namanya). SAPP ialah sengkatan "Sabah Progressive Party" dimana tidak langsung menyebut nama kaum.