Top posts

Featured Posts

Wujudkan semula Border Scout, gesa dua pemimpin dari Borneo

       Kanul Gindol (kiri) dan Voon Lee Shan di Kuching semalam.

KUCHING : Dua pemimpin dari Sarawak dan Sabah menggesa kerajaan Sarawak dan Sabah agar segera memulakan proses mewujudkan semula pasukan keselamatan Pengakap Sempadan atau Border Scout.

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan dan aktivis terkenal Sabah, Kanul Gindol, berkata pewujudan semula Pengakap Sempadan selaku unit separa-tentera khusus memantau dan menjaga sempadan kedua-dua negeri, akan mengukuhkan keselamatan dua negeri itu.

"Dalam beberapa perbincangan kami mengenai masalah-masalah dihadapi Sarawak dan Sabah di sini, kami dapati inilah masa yang sesuai untuk kedua-dua negeri memulakannya, jangan tunggu setahun lagi," kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di Kuching semalam.

"Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor sendiri pada Oktober 2023 dilaporkan berkata beliau ada berbincang dengan Premier Sarawak, Datuk Abang Johari Openg, mengenai cadangan pewujudan semula Pengakap Sempadan, jadi apa ditunggu lagi?," kata mereka.
                               Border Scout

Menurut Voon dan Kanul, Sarawak dan Sabah perlu memperkenal semula Pengakap Sempadan memandangkan kedua-dua negeri Borneo itu sering menghadapi masalah sempadan bolos oleh rakyat asing.

Ini, kata mereka, juga perlu kerana terbukti pasukan keselamatan sedia ada tidak mencukupi mengawal sempadan yang panjang, termasuk sempadan Sarawak dengan Indonesia yang sejak kebelakangan ini memperlihat pembolosan semakin meningkat.

Border Scout ini ditubuhkan dan dilatih oleh British pada 1963 dan dianggotai anak negeri yang tinggal tidak jauh dari sempadan, dan pengetahuan mereka mengenai geografi tempatan telah membantu keberkesanan pengakap sempadan dalam menjaga pondok-pondok polis sepanjang sempadan. 

Unit Pengakap Sempadan kemudian dibubarkan pada 1986 dan anggotanya diserap ke dalam pasukan polis, bagaimanapun tahap pasukan keselamatan sedia ada tidak mencukupi dalam menjaga sempadan Sarawak dan Sabah.#

No comments:

Post a Comment

Search This Blog